September 1, 2010
Quite a sad day today...
August 31, 2010
Berlemah - lembik ketika berpuasa
Haaa... Sebenarnya, tak salah kalau kita nak menyegarkan diri ketika sedang berpuasa. Malah, HARUS bagi kita untuk berada di dalam keadaan segar dan bertenaga ketika berpuasa. Jangan jadikan puasa sebagai alasan produktiviti kita menurun. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk kita menolak kerja-kerja dan tugasan yang diberikan kepada kita. Sebab puasa sama sekali tidak menjejaskan kualiti kerja kita, SEKIRANYA kita orang yang beriman, dan memahami erti puasa.
Lapar dan dahaga adalah hakikat berpuasa kerana kita tidak boleh makan dan minum. Tetapi kelaparan bukanlah alasan untuk kita menjadi lemah. Bukannya kita berlapar selama sebulan tanpa makan atau minum. Kita cuma tak makan selama lebih kurang 14 jam sahaja!
Rasulullah tidak mengajar kita untuk menjadi lemah dan lembik ketika berpuasa. Malah, rasulullah dan para sahabat pernah beberapa kali menyertai peperangan ketika sedang berpuasa. Jadi, kalau setakat duduk dalam air cond tapi dah kata tak larat nak buat kerja, itu bohong namanya!
Ingat, kita kena berhati – hati di dalam perbuatan dan kata – kata kerana islam seringkali dinilai melalui akhlak seseorang muslim. Jangan menjadikan bulan ramadhan sebagai satu bulan yang negative sedangkan pada hakikatnya ia adalah bulan yang mulia. Jangan kerana sikap dan iman kita yang lemah, non-muslim melihat puasa adalah satu bentuk ibadah yang tidak relevan dan menyiksakan umat islam.
Jadi, pergilah menyegarkan diri anda sekiranya anda merasakan badan semakin lemah, terutamanya menjelang petang. Begitu juga, letakkan diri anda di dalam keadaan selesa. Mana – mana yang tak selesa contoh telinga gatal ke, atau terasa ada sesuatu yang menghalang laluan angin keluar masuk ke/dari hidung, sila lah settle kan seperti biasa (dengan adab yang betul ekk).

Ada banyak cara untuk mengekalkan dan menambah kesegaran fizikan dan mental. Antaranya, untuk mengekalkan kesegaran fizikal, kurangkan lah bercakap terutamanya yang tak penting seperti mengumpat dan berbual kosong. So, kuranglah tenaga dibazirkan. Kekalkan badan dalam keadaan segar dan wangi. Ambil wudhuk pun OK, tak pun, basuh la muka... Bila dah balik kerja tu, boleh la mandi dulu. Baru segar... untuk mantain kesegaran mental, banyak – banyakkan berzikir, baca Quran ke... dan banyakkan bersedekah ketika bulan ramadhan. Pendek kata, lakukan banyak perbuatan mulia, hati pun jadi bersih dan tenang. Bila tak kusut dan serabut, maka mental pun segar.
“Dari Abu Hurairah ra: katanya Rasulullah saw berabda: “Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat jahat (padahal dia puasa), maka Allah tidak butuh ia meninggalkan makan dan minum” [Bukhari]
Tapi,persoalannya boleh ke kita menyegarkan badan seperti basuh muka atau mandi lepas asar? Kan dulu ustazah kata tak boleh?
Tak apa. Kalau ustazah kata tak boleh, ada seorang insan kata boleh. Bukan tu aje, malah insan tersebut sendiri melakukannya. Insan ni bernama Muhammad bin Abdullah.
Di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Imam Malik dalam al-Muwatta', Ahmad dan Abu Daud didalam Sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan, "Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: "Aku melihat Rasulullah SAW di al-'Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas".
Habis tu, korek hidung atau telinga atau mana-mana rongga dan lubang lain kat badan ni, batal puasa ke tak?
Yang sebenarnya membatalkan puasa hanyalah 3 perkara: Makan, minum dan bersetubuh.
“Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah dan minumlah sehingga nyata bagi kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)” Al-Baqarah, 2: 187
Dan dalam sebuah hadith Qudsi daripada Abu Hurairah, Rasulullah menyatakan bahawa:
“Setiap amal anak Adam adalah bagi dirinya...Kecuali puasa maka ia adalah untuk Aku dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (anak Adam) meninggalkan makanan kerana Aku, dan meninggalkan minuman kerana Aku dan meninggalkan kenikmatan* kerana Aku dan meninggalkan isterinya (tidak bersetubuh) kerana Aku”
*kenikmatan yang dimaksudkan di atas telah dibahaskan oleh ulama bahawa ia adalah kenikmatan yang berupa kepuasan psikologi yang terhasil daripada keinginan manusia bagi menghilangkan atau menggantikan sifat nafsu lapar dan dahaga, seperti merokok, mengambil dadah, dan sebagainya...(meaning, kalau kita buat, kita puas mcm kita kenyang)
So, Allah dah bagitau dengan jelas apa yang membatalkan puasa seseorang muslim. Cuba tengok balik, koreng hidung, telinga dan apa-apa rongga atau lubang tu ada tak tersenarai di dalam surah di atas?
Erm... sekarangni, kita mungkin belajar banyak benda tentang adab dan pantang larang ketika berpuasa ni ketika sekolah dulu. Dalam masa yang sama, Muhammad bin Abdullah dan tunjuk jalan, malah jalan tersebut lebih lama daripada silibus mata pelajaran kat sekolah, even umur ustad dan ustazah kita. So, ikut hangpa la nak ikut yang mana..
August 19, 2010
Alhamdulillah....
September 2, 2009
Oh Tarawih...

Alhamdulillah, hari ni dah pun masuk hari ke 18 umat Islam menunaikan ibadah puasa untuk tahun ke 1430 Hijriyah ini.
Majoriti muslim di seluruh dunia paling menggemari bulan Ramadhan, kerana mengetahui banyak maghfirah dan manfaat dapat diperolehi di dalam bulan Ramadhan. Antaranya adalah Solat Tarawih yang tidak ada pada mana - mana malam kecuali malam ramadhan. Begitu juga dengan malam Lailatul Qadr yang akan ada pada bulan ramadhan sahaja. Tidak ketinggalan juga, kebanyakan muslim mengambil kesempatan untuk bersedekah sebanyak - banyaknya pada bulan ini... Diharapnya, segala kebaikan yang ditaburkan dengan penuh keikhlasan pada bulan ramadhan, dapatlah dikekalkan pada bulan - bulan yang lain juga...
Apa yang Xiet perhatikan, ada imam yang baca panjang - panjang. Ada yang baca lambat - lambat, ada yang baca cepat - cepat. Ada pula yang baca ekspress sangat sebab nak buat 20 rakaat. Kalau kat Shah Alam ni, semua surau/masjid yang Xiet pergi, sentiasa penuh. Jemaah yang hadir pun terdiri daripada pelbagai golongan usia. Kalau kat Meru pula, ada sesetengah surau majoritinya adalah terdiri daripada golongan warga emas...
Bagi Xiet, tak kisahlah nak buat berapa rakaat sekali pun. Terpulang juga kalau nak baca surah panjang - panjang atau sekadar juzu' amma sahaja. Yang penting, kita kenalah tau yang solat Tarawih tu adalah solat yang sepatutnya dilakukan di dalam keadaan rehat, tenang dan aman. Perkataan Tarawih itu sendiri diambil daripada perkataan 'istirahah' atau rehat. Jadi lebih baik kita melakukan Solat Tarawih dengan keadaan tenang, sambil menghayati bacaan ayat suci Al -quran yang di baca oleh pak imam. Tak kisahlah walaupun sekadar 8 atau 10 rakaat sahaja. Ianya lebih bermanfaat dan mengikut objektif asal solat tersebut berbanding melakukan dengan sebanyak - banyak rakaat tetapi bacaannya tidak bernokhtah dan cepat - cepat.
Lagipun, kita ada sepanjang malam untuk melakukan Solat Tarawih. Kalau rasa - rasa dah penat atau level kekhusyukan dan menurun, boleh saja kalau berhenti dulu, kemudian rehat atau tidur... Nanti nak bangun sahur, boleh saja nak sambung balik atau ditambah dengan solat - solat sunat yang lain... Jadi, buat apa nak berkejar - kejar? Melakukan solat bukan untuk mencukupkan syarat sahaja, tetapi biarlah dengan penuh keikhlasan...Betul tak?
Pak imam pun, janganlah baca ekspress sangat macam tak tahan nak ke toilet je bunyinya. Lebih baik kalau dapat survey dulu keadaan majority ahli jemaah yang menjadi makmum. Kalau majority adalah warga emas, pandai - pandailah nak budget kepanjangan bacaan. Kalau ada yang berfikiran nak habiskan 30 juzu' Al - Qur'an sepanjang Ramadhan, elok sangat lah tu. Tapi bukan lah melalui tarawih berjemaah di surau/masjid. Pergilah baca Quran sendiri atau bertadarus dengan gang - gang anda...
Apapun, Xiet nak mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa dan berjimat - jimatlah ketika berbelanja untuk raya nanti... Jangan lupa firman Allah yang mengatakan bahawa pembaziran itu kawan syaitan... Hehe
Xiet_Enigma
August 12, 2009
Ada apa dengan filem Malaysia?
Today is quite a boring day for me coz nobody's home (Apparently today is Wed, Xiet! haha)... Masa tengah mencari idea masa buat esement, tetiba Xiet terfikir tentang cerita SETEM (arahan Khabir Bhatiar) yang Xiet tengok dengan Hubby few weeks ago.
--Selingan--
Kengkawan tau yang Xiet ni susah nak gelak kalau pun cerita tu punya genre is komedi or lawak, etc... Kekadang instead of gelak, Xiet boleh pulak tanya balik kat orang sebelah "Kenapa korang gelak? tak paham laaa... Citer balik"
Kesimpulannya, my siblings and my frens yang dah tau perangai Xiet memang takkan bawak or join Xiet untuk tengok citer2 komedi... Sebab nanti dorang sakit hati je Xiet asyik tanya2... Bak kata one of my best fren "Minah ni takde reseptor kot!"....(Tetiba teringat pada satu hari Xiet dan labmates tgk citer antoo fighter... Kawan sebelah gelak mcm nak mati, tapi Xiet diam je. Siap menguap lagi... habis je citer kawan sebelah tu kata bila dia tgh khusyuk gelak,tetiba tgk ekspresi Xiet kat sebelah dia, dia jadi seram sejuk...hehe)
--Sambungan--
Tapi citer SETEM ni lain. Unsur lawaknye memang menjadi. Paling penting, lawak yang dibuat tu bukanlah lawak bodoh (paling benci lawak bodoh. entah pape). Ni memang citer 1 Malaysia sebab semua bangsa ada, semua bahasa ada. Selain tu, pengajaran atau orang jawa kata 'moral of the story' pun dapat disampaikan dengan sangat jelas sekali. Bukan takat gelak je, tapi yang penting kita dapat belajar something daripada citer tu... Untuk citer ni, Xiet bleh bagi 5 bintang!
In my humble opinion, not all Malaysia/Malay movies are sucks. I admit that I'm not a kaki wayang dan bukan dikalangan mereka yang suke update new movies. And frankly speaking, Xiet memang tak berapa suke dengan cerita - cerita melayu yang streotype dan sikit2 cinta lelaki & perempuan, pastu yang so-called lawak, padahal mcm ntah pape.... tak pun sikit2 merempit...
Tapi sekarang, ada banyak citer2 yang baik yang patut kita sokong. Contohnya citer2 yang membawa mesej sejagat, mesej kekeluargaan, dan semangat patriotisma. Selain itu, ada juga citer yang membelah kesempitan minda masyarakat (esp Melayu) yang selalunya menjadi kontroversi (of coz) tetapi sebenarnya sangat bagus untuk ditonton dan dibahaskan bersama secara intelek...(Sape kate tengok muvie tak de pekdah...Kalau citer bagus, kan boleh ambil pengajaran daripada citer tu. Ye tak?)
Sebagai rakyat Malaysia, kita patut sokong citer2 macamni... Antara contoh filem2 Melayu yang Xiet suke adalah seperti Hati Malaya, Leftenan Adnan, Cinta, Setem, Upin & Ipin, dan Muallaf.
Tapi dalam masa yang sama, Xiet kesal jugak la dengan sebilangan orang Malaysia (esp Melayu)yang bulat-bulat menolak untuk menonton dan menyokong filem2 Melayu/Malaysia dengan alasan 'confirm tak best' atau 'takde kualiti'... Ada je kawan Xiet yang berfikiran sedemikian... Yang Xiet peliknye, citer mat saleh yang entah pape, yang sorry to say kekadang takde pengajaran pun, sanggup pula ditontonnya. Faham2 la kan citer mat saleh ni kekadang aksi2 terlampau je lebih, tapi plot cerita takla bagus mana pun.
Pada pendapat Xiet, kita kenalah berlaku adil dan profesional. Sebab kekadang, bila diperatikan, ada je orang2 yang act/berlagak je terlebih, konon tak standard la tgk citer melayu kat wayang! Konon kalau cakap pun speaking je, dah tak reti cakap melayu dah....Kalau dengar lagu pun, Maroon5, Daughtry, or David Cook je. Mana layan lagu melayu (Xiet pun minat dorang2 tu. Hehe) So apatah lagi nak tgk wayang pilem melayu, apa kelas!
Xiet tak kisah sangat benda2 tu semua. Lantak la nak speaking melayu ke, english ke, spanish ke, jawa ke...Sebab kita skang bukan dok zaman bawah tempurung lagi. Tapi disebabkan zaman skang bukan zaman bawah tempurung la kita kena judge berdasarkan kualiti. So tak payah la rasanye nak 'act' terlebih2 tak tentu pasal. (Adik Xiet amek TESL tgk je citer Syurga Cinta! Kawan Xiet dok obersea 4 tahun boleh je layan citer2 melayu. citer tamil pun dia siap layan lagi tau)
Tapi Xiet pun tak salahkan orang2 yg berfikiran mcmni 100%. Maybe dorang pun tak larat nak tunggu citer2 yg best. Maybe dalam setahun tu, kalau ada 20 movies, 5 je yang best...Yang lain streotype. Kalau ada citer yang 'lain' sikit, terus kena ban. Takut kontroversi...Lagu pun memang tak banyak yang (maybe bg mereka) mencapai kualiti yang di expect. (lain la kalau layan indie...some indie songs are not bad... yang tak indie mcm Aizat and Faizal Tahir pun okie apa...kreatif...Eh, salah topic. hehe) So, maybe dorang pun malas nak bersangka baik lg pada filem2 Malaysia ni...Mungkin.
Point di sini bukanlah nak memerli mana2 pihak (penggiat filem atau penonton). Sebab setiap orang ada pendirian memasing. Begitu juga, kita semua ada quality standard yg berbeza2 terhadap sesuatu... Asalkan tak langgar syarak tak kisah je korang nak berpendirian mana. Bukan lah juga untuk Xiet promote orang tgk filem2 melayu and boycott filem2 mat saleh (bukan ada share pun). Jugak bukannya suro korang jadi kaki wayang. Tak tengok wayang lagi bagus. save banyak duit! hehe. Tapi sekadar nak berkongsi sedikit pendapat mengenai 'kemodenan gaya hidup yang nampak di luar, tetapi kesempitan pemikiran yang sebenarnya bersarang di dalam'.
P/S: Siriusly taktau kenapa tetiba tulis benda2 mcmni... well, inilah yang ada dengan filem Malaysia.
*********************************
--off topic---
Tadi, masa tengah google about something, suddenly terbuka satu blog berkenaan seorang penggiat filem yang tersohor di Malaysia. Ada lah sikit2 pujian tentang hasil kerja beliau, tak kurang juga dengan ucapan takziah buat keluarga beliau di atas pemergian beliau.
Tapi yang lebih banyak mendapat perhatian adalah tentang isu 'gender' beliau, iaitu tentang rumors yang mengatakan bahawa beliau adalah hermaphrodite, or dalam melayu dinamakan khunsa. But i dont wanna touch about that issue coz there's something else that has increased my interest level. bukan isu gender tu, tapi adalah tentang komen-komen daripada isu gender tu...
Apa yg Xiet lihat, komen2 tu mmg majority datang daripada orang islam. Dalam komen2 tu pandai mengutuk perbuatan beliau yang dikatakan menukar jantina-hubungan sejenis-etc. Tapi kenapa sebagai muslim, kita tak lihat adab ketika berhujah? bukankah apa yang dilakukan oleh setiap orang tu, in the end Allah yang akan evaluate. So perlu ke kita nak menjadi jurucakap Allah dengan mengatakah something very rude like "Bagus la ko mati. Cepatlah ko dapat siksaan Allah" or something like "Dia ni hina doh, suka-suka tukar gender. Habes la kat neraka nanti kena siksa"
First of all - Rumors are rumors... Even the closest family member of beliau didnt comment on anything about this... So why bother so much about the rumors esp after the person's death? So stop wondering about that coz that has nothing to do with your life rite?
2ndly, We are all human a.k.a servant of The Almighty God. Do we have any right to judge other servant which is just like us? ESPECIALLY judgement yang menggunakan ayat2 yang very rude, crude and vulgar. Yang kita happy sangat mengutuk tindakan orang lain dengan kata2 kesat, confident ke yang tindakan kita tu betul? Kan Allah dan pesan yang Allah tak suke kata2 cacian kepada orang lain?
3rdly, kita kena sedar yang blog atau website ni boleh di akses oleh sesiapa sahaja. Kalau kita terus-terusan kutuk mengutuk dengan ayat-ayat keras, lepas tu menggunakan agama dan nama Allah di dalam penilaian kita, bayangkan kalau non-muslim baca? apa yang dorang boleh fikir? Orang Islam ni sempit akal, kolot, etc... dan Islam tu agama yang hampeh....
Akhir sekali, nak cakap or buat apa2 pun, kenalah beringat2... there's barrier between retionale and emotionale. So when you talk about religion, dont ever cross the barrier.
Xiet_Enigma
August 11, 2009
Laa Yukallifu-llah nafsan illa wus'ahaa...
Al - Baqarah, 2:286
July 14, 2009
Bertemu masa silam...
Kisah kali ni adalah berkenaan dengan masa silam.
Setiap orang punyai masa silam masing – masing. Yang baik biasanya dijadikan kenangan. Yang tak baik pula selalunya lekat diingatan dan sukar dilupakan. Bak kata seseorang, “it’s like a wound that you got from an accident. You may recover, but the scar would live to tell you the story”
Tiada siapa yang boleh memaksa kita melupakan masa silam kita. Walaupun untuk memulakan hidup baru, ia bukan bermakna kita mampu untuk melupakan masa silam kita. Masa silam adalah hak kita; ia menceritakan tentang kisah hidup kita dan siapa kita. - We live with out past.
Namun, adalah kurang bijak jika kita menyalahkan masa silam untuk menjadi alasan kenapa kita bertindak melulu, penuh emosi, atau menyusahkan orang lain.
Jika kita merasakan kita mempunyai hak untuk bertindak di luar rasional dan bersifat mementingkan diri dan emosi sendiri hanya kerana kita punyai masa silam, maka bagaimana pula dengan orang lain? Jika orang lain boleh bertindak rasional dan profesional walaupun mempunyai masa silam yang kurang baik, mengapa kita tidak mencuba?
Bagaimana pula dengan status Khalifah yang Allah kurniakan kepada manusia? Adakah logik seorang khalifah yang dilantik oleh Penciptanya yang Maha Agung mampu mentadbir dan mengurus alam ini jika dirinya penuh dengan emosi yang melulu dan mudah terbawa - bawa dengan apa yang dilaluinya suatu ketika dahulu di dalam hidupnya?
Bagaimana pula dengan kelebihan aqal dan fikiran yang telah Allah kurniakan? Adakah ia hanya digunakan ketika menelaah pelajaran dan menjawab peperiksaan? Tapi bila berhadapan dengan peperiksaan dan ujian kehidupan yang satu ini (menguruskan emosi), kita hanya buat ikut kemahuan hati dan tidak berfikir secara rasional.
Bukan mudah untuk menguruskan emosi. Apatah lagi jika kita berhadapan dengan mereka yang terlibat dengan masa silam kita. Tapi cubalah kita tanamkan di dalam diri; Kita tidak mahu dikuasai oleh masa silam yang hanya mengganggu emosi, kerana kita lebih berkuasa daripada masa silam kita...
Jika kita adalah diantara mereka yang suka terbawa – bawa dengan emosi dan masa silam, ingatlah bahawa walaupun kita hidup bersama masa silam, tapi masa silam hanya untuk dikenang sahaja. Ia sepatutnya adalah pengajaran yang boleh dijadikan pedoman di dalam kehidupan, bukan untuk menjadi alasan supaya kita berdendam dan bersedih.
Life is short; so be grateful of what we have, and live our life to the fullest of joy...
The past is unforgotten; but we are now living in the present – the one that will determine what our future is going to be.
June 25, 2009
Dai'e-dai'e yang penat...
Namun, persoalan yang timbul; sejauh manakah hati melayan karenah nafsu duniawi? Adakah sekadar memastikan kehidupan lebih terjamin, ataupun sehingga menjadikan nafsu itu menguasai priority kehidupan?
Wahai para du’at,
Di manakah anda semua? Adakah sudah penat mengemudi perahu dakwah sehingga mahu mengundur diri? Ataukah sudah tidak berdaya menyelusuri jalan dakwah yang penuh pancaroba lantas mahukan rehat yang panjang, tidur yang lena serta mimpi yang indah? Ataukah minda sudah kehabisan segala idea kerana tidak mampu menyaingi hati yang cenderung melebihkan tuntutan nafsu duniawi?
Wahai para muslimin,
Jika dahulu, sengguk sanggup ditahan dek kerana memerah otak bagi memastikan kupasan isu dibahas bersama dengan matang. Jika dahulu, waktu yang terhad ketika berjumpa para ikhwan digunakan untuk bertanya khabar dan membincangkan isu agama. Jika dahulu, masalah ikhwan adalah masalah anda juga…
Kini,
Semua masa dihabiskan hanya untuk mencari wang ringgit, agar dapat merealisasikan impian untuk membeli mobil idaman. Segala yang difikirkan hanyalah bagaimana caranya untuk menaut hati si gadis yang dicintai. Perjumpaan dengan ikhwan dihabiskan dengan perbualan tentang berapa tebal duit di poket masing – masing, berapa buah kereta yang dimiliki dan berapa orang isteri yang ingin dinikahi.
Jika dahulu, masalah sahabat anda adalah masalah anda juga. Kini, sahabat yang paling rapat di sisi anda suatu ketika dahulu, langsung tidak pernah anda hiraukan lagi. Sayangnya ukhuwah dimatikan begitu sahaja. Lebih – lebih lagi, jika sudah punyai isteri. Hidupmu hanya untuk dirimu dan isteri tercinta sahaja!
Di manakah pejuang – pejuang Islam yang dahulunya sentiasa bersiap siaga terhadap apa juga mehnah dan tribulasi di dalam perjuangan dakwah? Di manakah lelaki – lelaki soleh yang dahulunya sentiasa membicarakan soal perjuangan agama?
Wahai para muslimat,
Yang belum berkahwin, sibuk memikirkan masalah percintaan masing – masing. Yang sudah berkahwin pula, menjadikan alasan tugasan rumah tangga yang terbeban sehingga tidak sanggup turun ke medan dakwah. Yang belum bercahaya mata, sibuk menjadikan kerjaya sebagai alasan untuk tidak mahu diganggu. Yang sedang berbadan dua pula, menjadikan alasan ‘pembawaan budak’ dan tidak berdaya untuk menyumbang idea dan tenaga. Manakala yang sudah bercayaha mata, konon ingin fokus kepada pembinaan baitul muslim dengan mendidik anak – anak menjadi para pejuang Islam. Tetapi, jika si ibu tidak memberi contoh yang baik kepada anak, bagaimana si anak ingin meneladani ibunya?
Di manakah serikandi – serikandi yang dahulunya sentiasa berada di soff hadapan setiap kali Islam dipersendakan? Di manakah wanita berhati tabah yang bijak menguruskan hal peribadi agar tidak sesekali mengganggu tugasan dakwah?
Fikirlah semula,
Adakah semua itu benar – benar masalah yang tidak mampu dielakkan, yang menyebabkan kita terpaksa memilih untuk bergerak pasif atau terus tidur di dalam medan dakwah? Ataukah hanya 2% sahaja kebenaran, manakala selebihnya hanya ALASAN YANG DICIPTA SEMATA – MATA?!
Memang benar, setiap pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas, itu adalah ibadah. Dan setiap muslim yang berusaha melakukan yang terbaik demi agamanya, itu adalah jihad. Islam tidak pernah menghalang penganutnya untuk berjaya. Islam tidak pernah menghalang penganutnya untuk menjadi kaya.
Namun, tanyakan kepada diri sendiri, adakah kita benar – benar menganggap pekerjaan kita sebagai satu bentuk ibadah dan jihad? Bagaimanakah sikap kita di dalam menguruskan pekerjaan kita? Adakah kita tergolong di kalangan mereka yang hanya mementingkan gaji masuk ke dalam akaun setiap hujung bulan? Adakah kita tergolong di antara mereka yang banyak menggunakan waktu senggang di tempat kerja untuk bergosip murahan dan sebagainya? Sudah lah kerja dakwah ditinggalkan jauh di belakang, pekerjaan yang sepatutnya menjadi ibadah pun, tidak kita laksanakan dengan sebaik mungkin. Kemudian, tanpa rasa malu mahu menjadikan kesibukan harian sebagai alasan kita tidak sanggup turun ke medan dakwah lagi.
WAHAN = cintakan dunia dan takutkan mati…
Masih ingatkah istilah itu?
Sejak bila kita mula mencintai dunia sehingga leka dengan segala isinya? Ye, sejak kita sudah punyai gaji yang besar, kereta dan rumah yang selesa, dan pasangan yang lebih penting dari segala – galanya!
Buktinya?
Jika dahulu, bila kita mendengar tasjie’, hati akan menjadi sayu, lantas terus memuhasabah diri terhadap segala amanah masa yang telah kita sia – siakan dengan aktiviti yang tidak memberi fa’edah kepada agama. Langkah yang sumbang di atur kembali agar tidak tersalah strategi.
Tetapi kini, apabila mendengar tasjie’, hati menjadi marah, lantas terus membela diri yang dirasakan tidak bersalah.

Adakah zaman mereka Islam berada di bawah, dan zaman kita Islam sudah berada di atas?
Adakah mereka tidak mempunyai keluarga seperti kita?
Perbezaannya adalah;
Mereka menganggap perjuangan menegakkan tauhid bukan sebagai hobi di masa lapang atau sekadar aktiviti ketika berada di kampus. Mereka menganggap perjuangan ini sebagai satu kewajipan dan tanggungjawab untuk mencari keredhaan Allah. Kerana itu, mereka meletakkan kesungguhan terhadap setiap usaha dan kerja mereka.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang – orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.
Mereka itu adalah orang – orang yang bertaubat, yang beribadah, yang memuji Allah, yang melawat (untuk mencari ilmu dan berjihad), yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar, dan memelihara hukum – hukum Allah. Dan gembirakanlah orang – orang mukmin itu” ¬_ At – Taubah, 9:111-112
Xiet: Ohh… satu lagi perbezaan yang ketara di antara kita dan mereka adalah – Mereka buat kerja – kerja yang bahaya dan mencabar demi untuk menegakkan ajaran Tauhid. Siap pergi ke medan perang lagi. Kita? Herm… sekadar buat kerja ciput yang tak seberapa pun tak mampu untuk dilangsaikan…
Xiet_Enigma
250609;2 rejab 1430
U11
June 18, 2009
Nikmat kesakitan
Prophet Muhammad said: "no fatigue, nor disease, nor sorrow, nor sadness, nor hurt,nor distress befalls a muslim, even if it were the prick he receives from a thorn, but that Allah expiates some of his sins for that" _ HR Bukhari.
Kesakitan... Mampu menyedarkan manusia yang tersasar jauh dari jalan kebenaran agar kembali ke pangkal jalan.
Kesakitan... Mampu mengingatkan manusia yang alpa dengan kehidupan dunia, agar mengingati kehidupan akhirat.
Kesakitan... Adalah ujian yang disebaliknya terletak hikmah yang besar.
Lima hari menderita dengan apa yang dikatakan sakit, barulah hati sedikit peka terhadap bekalan dan persediaan yang perlu di bawa ke alam yang abadi. Sepanjang terlantar dengan 'nikmat' kesakitan, barulah hati tergerak untuk berkira - kira, entah berapa lama lagi diri mampu untuk menghirup udara Allah di muka bumi ini. Entah kan sempat melalui hari esok, entahkan tidak. Itulah lumrah manusia yang sering leka; Bila berhadapan dengan musibah, barulah rohani mula mencari jamahannya.
Disebalik ujian kesakitan, terhimpun pelbagai kebaikan. Dengan kesakitan inilah, jiwa mampu memupuk sabar, bertenang sedikit dan boleh melupakan sejenak masalah harian yang tak pernah berkesudahan.
Dengan kesakitan inilah, hubungan kasih sayang di antara ahli keluarga menjadi semakin intim, kasih sayang seorang suami terhadap isterinya semakin terserlah, dan menebal lah kecintaan dan penghargaan seorang isteri terhadap suaminya yang sanggup berjaga sepanjang malam, menjaga kebajikan isteri di waktu si isteri dilanda musibah.
Ujian kesakitan ini, telah menyedarkan diri tentang betapa beruntungnya nikmat kesihatan. Telah menginsafkan badan yang selama ini sihat, akan betapa nikmatnya jika dapat solat di dalam keadaan sempurna. Ujian kesakitan ini jugalah yang telah merafa'kan kesyukuran dan keberuntungan diri kepada Allah, kerana berada di dalam sebuah agama yang sangat mudah dan praktikal, yang sentiasa memberi alternatif kepada penganutnya agar bisa mengamalkan suruhan agama mengikut kondisi dan kemampuan individu. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
"...(Allah) has not laid upon you in religion any hardship..." (Al - Hajj, 22:78)
Xiet_Enigma
170609
SSU11
May 19, 2009
Repost: Hidup - Madah menagih erti
Kita sangka penawar, rupa-rupanya racun
Namun, itulah yang membuatkan hidup ini penuh erti
Kerana segala-galanya di luar jangkauan kewarasan manusiawi…
Yang putih rupanya kaca menghiris diri
Yang hitam rupanya mutiara tersembunyi
Yang tersurat biasanya tiada erti
Yang tersirat biasanya rahsia realiti
Yang dihormati si angkuh tak kenang budi
Yang dipinggir si pemilik luhur hati
Tiada siapa tahu isi hati
Melainkan si Rabb Al-’Izzati…
Nukilan,
Xiet_Enigma
10 oktober 2008
May 8, 2009
WANITA... ISTERI
Begitu tinggi darjatnya seorang wanita di dunia ini. Seorang wanita mampu sekaligus bertindak sebagai seorang isteri, ibu, pendidik dan pekerja; Seorang ibu yang menjaga dan mendidik anak, seorang isteri yang sentiasa menyokong suami dan menjadi tulang belakang disebalik kejayaan suami, seorang suri yang mempersiapkan segala makan pakai seisi rumah, dan seorang pekerja yang menyumbang tenaga dan idea kepada masyarakat.
Rahsia kejayaan seorang suami terletak pada pendampingnya. Isteri adalah teman bicara, teman berbincang dan teman berkongsi suka dan duka. Dengan redhanya seorang isteri membenarkan suaminya berpergian meninggalkannya kerana urusan kerjaya atau perniagaan, barulah si suami berasa lapang dada untuk melakukan pekerjaan. Dengan sikap memahami yang ada pada isteri, barulah suami berasa bertuah mempunyai teman hidup yang sentiasa ringan tulang dan cerdas otak di dalam membantu merungkai kekusutan yang sering menjengah. Dengan mensyukuri indahnya kehadiran seorang isteri, barulah suami berasa sejuk hati dan mampu melupakan segala masalah yang dihadapi ketika di pejabat.
Isteri bukan hamba sahaya yang boleh dimarah dan diherdik jika apa yang dilakukan dirasakan tidak memuaskan. Isteri adalah teman yang perlu ditegur jika apa yang dilakukan tidak sedap dipandang mata.
Sering berlaku di dalam sebuah rumah tangga di mana isteri tak menang tangan melangsaikan semua urusan harian manakala suami hanya duduk membaca surat khabar atau menonton televisyen. Jika lambat sikit apabila dipanggil, atau masakan ada yang tak kena, mulalah suami naik angin! Pendek kata, segala keinginan dan keperluan suami wajib dibereskan secara sempurna oleh si isteri. Alasannya, suami sudah penat seharian mencari nafkah untuk keluarga. Hai, bukankah zaman sekarang isteri juga keluar membantu suami mencari nafkah? Jadi mengapa pula suami tidak boleh ringan tulang membantu isteri menguruskan hal rumah tangga? Dan adakah itu satu lisence yang menghalalkan suami untuk sewenang – wenangnya melayan isteri tak ubah seperti orang gaji?
(Selingan...)
Kalau sekadar nak melayan isteri seperti orang gaji, lebih baik tak payah kahwin, hire je la pembantu rumah! Oh, terlupa pula, kalau tak kahwin, kurang satu nikmat yang boleh dilakukan terhadap wanita tersebut… ish ish ish…
Menjadi suami bukan bererti anda berkuasa menentukan apa sahaja untuk isteri mengikut sesuka hati. Isteri juga bukan employee yang perlu diadakan rules & regulation yang bukan – bukan dan boleh dikongkong dan ditegah itu ini. Isteri masih seorang manusia yang masih perlu kehidupan sosialnya bersama kawan – kawan dan mempunyai minat atau hobi yang tidak salah untuk dilakukan.
Wahai para suami,
Hargailah isteri /isteri – isteri anda sementara mereka masih di sisi anda. Jangan nanti bila sudah tiada barulah terasa susah hidup tanpanya, dan tak lengkap segala urusan kerana ketiadaannya.
P/S: Alhamdulillah, aku dikurniakan seorang teman setia yang memahami perjalanan hidup dan tugasa seharian ku. Alhamdulillah, aku dianugerahkan seorang suami yang tidak buta menilai pengorbanan seorang isteri...
Xiet_enigma
11:00AM; 080509
UNI MALAYA
April 29, 2009
Pesta Buku & Courtesy visit to Pengasih
Anuar macam biasalah, beli buku dia sampai Xiet rasa macam sebulan ni kitorang suami isteri makan buku je kot… giler burst budget. Tapi memang puas la… (Mana tak puas, kaki sampai rasa nak tercabut. Siap terpisah – pisah lagi. Mujur tak buat announcement kehilangan suami)
Balik dari ‘berpesta’, kami jumpa Zahir dan lunch together sambil bincang tentang Yayasan Iqra’ dan plan untuk courtesy visit to Pengasih on Tuesday.
Ok, tu cerita last Sunday. Harini pulak, pagi – pagi lagi, macam biasalah Xiet ke UM. Pagi ni Xiet memang tak buat kerja banyak sebab dah rancang dengan labmates nak ke MPH Wholesale. So, lepas siap je kerja, kami terus ke SS14. Herm, kalini Xiet beli 4 buah buku (3 buah buku lagi tak de. Sedih betul!) Dan harini, secara official, Xiet dah ada semua collection of Cecelia Ahern’s! so Zahir, hang kene pikir buku lain pulak la nak bagi aku on my next birthday… Maybe tunggu keluaran baru Cecelia ke?...hehehe… (yang terbaru adalah The Girl from the Future, dijadualkan release di Ireland pada Oktober 2009 ni. Hehe)
Penyebab Xiet sengkek pada hari ini.. Hehe (Book Theif tu dah baca, pinjam Zahir punya tapi nak beli jugak. Baru rasa puas. hehe)
My Love!
Petang pula, Xiet, Anuar, Zahir and Kak Shikin pergi ke Rumah Pengasih. Kami mewakili Abumeow dan Yayasan Iqra’ telah dijemput oleh pengasas Pengasih, En. Yunus Pathi untuk mengadakan program yang sesuai. Jadi, first visit harini basically adalah untuk bincang tentang kesesuaian program yang boleh kami lakukan di sana. Tadi pun hanya sekadar mendengar penjelasan dan pengenalan tentang Rumah Pengasih daripada representative of Rumah Pengasih.
Berdasarkan apa yang diberitahu, Pengasih adalah sebuah NGO yang committee nya terdiri daripada 100% bekas penagih dadah (Daripada pengasas, volunteer, kaunselor sehinggalah participant) Ia diasaskan untuk tujuan membantu penagih dadah agar bebas daripada dadah. Mereka mempunyai program pemulihan dan terapi yang sangat bersistematik dan setiap satu mempunyai objektif yang khusus.
Secara personal, Xiet sangat kagum dengan disiplin mereka. Mereka sangat commit terhadap apa yang mereka lakukan, kerana itulah mereka berjaya mengekalkan Rumah Pengasih, malah telah berjaya mengembangkan sayap Pengasih ke tahap yang lebih maju.
Kawasan Rumah Pengasih memang totally berlainan daripada bayangan Xiet. Takde pagar konkrit, takde T-shirt segaram… Yang ada adalah kawasan yang dihiasi dengan hijau – hijau pokok, tasik yang tenang dan kawasan yang bersih. Para penghuni yang mengikuti program pemulihan di sana memang pakai smart, ada yang siap tali leher lagi. Macam budak – budak Asasi UM pun ada. Tapi sekelumit kerisauan dan kekesalan bersarang di hati apabila melihatkan penghuni – penghuninya adalah anak – anak muda yang masih mentah yang sepatutnya belajar untuk lead Negara di masa hadapan, sebaliknya terlibat dengan najis dadah. Bagaimana dengan yang masih di luar sana?
Hampir 5 tahun bergiat di dalam organisasi, inilah pertama kali Xiet berurusan secara direct dengan sekumpulan penagih dadah dan sebagai perkongsian, mereka adalah sekumpulan manusia yang mempunyai kejujuran yang tinggi. Di kalangan resident, ada yang kembali menagih apabila balik bercuti atau setelah ‘bebas’ di luar. Tapi mereka kembali ke Pengasih, mengaku perbuatan mereka walaupun tahu mereka akan dikenakan penalty.
Para pekerja dan volunteer memang rock, brutal dan selamber tapi di dalam menguruskan pengasih, mereka memang bersungguh - sungguh. Semua yang dilakukan mempunyai objektif yang jelas. Herm… Berapa banyak organisasi yang terdiri daripada orang – orang ‘baik’ yang bila buat kerja main tibai je, bila buat program sekadar nak mengisi planner tahunan. Oh Dear, Xiet tak berniat nak jadi sarcastic whatsoever, Xiet just nak bagitau yang walaupun mereka ni adalah orang – orang yang sering digelar sampah masyarakat, tapi kalau nak buat sesuatu, mereka sangat berobjektif dan mandiri. Mereka sangat mementingkan ukhuwah dan mereka mempunyai keinginan untuk berubah dan megubah golongan senasib, cuma mungkin nikmat yang satu itu terlalu sukar untuk dilupakan, lantas berkali – kali mereka gagal.
Sekurang – kurangnya, Xiet dapat belajar bahawa kita manusia kadangkala (atau selalu?) menganggap kita baik berbanding mereka – mereka yang terlibat dengan perbuatan – perbuatan yang terkutuk (dadah, pelacuran, arak, etc) lantas kita memandang enteng sesetengah perkara. Yang membuatkan manusia angkuh dan ego adalah apabila mereka menganggap diri mereka sudah baik. Kerana dengan itu, mereka tidak merasa perlu untuk berubah, apatah lagi untuk mendekati perubahan…
Pelajaran terbaik adalah melalui pengalaman hidup. Tak kisahlah dari siapa kita pelajarinya…
Xiet_enigma
22:39pm; 280409
Shah Alam
April 17, 2009
Belajar Mandarin...
“Permudahkan, jangan kamu susahkan.”
(Bukhari, Muslim)
“Allah intends for you ease, and He does not want to make things difficult for you."
(Al-Baqarah 2:185)
Xiet_Enigma
170409; 0933am
UM
April 8, 2009
Orang Melayu Jangan Cepat Melatah... Opocottt!
Contohnya, isu baru – baru ni yang melibatkan seorang ahli DAP yang bukan beragam Islam yang berkempen untuk Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang. Individu tersebut telah menquote terjemahan ayat Al-Qur’an di dalam ucap bahasnya. Akibatnya, beberapa pihak telah membuat aduan polis berhubung isu tersebut.
Selain itu, seorang mufti telah dipanggil untuk memberi komen berkenaan isu tersebut. Menurut mufti tersebut, ia adalah satu perkara yang tidak wajar dan tidak boleh sama sekali untuk dilaksanakan. Menurut beliau, perkara ini menggugat sensitiviti umat Islam di Malaysia. Malah menurutnya, ia seolah – olah memperlihatkan bahawa umat Islam di Malaysia hilang kewibawaan sehingga ada non-muslim menggunakan ayat Al-Qur’an, didengari oleh orang Islam. Selain itu, kebimbangan turut diluahkan oleh mufti tersebut sekiranya individu non-muslim tersebut tersilap menterjemah atau tersilap faham mengenai ayat Al-Qur’an tersebut.
Keesokan harinya, seorang mufti lain juga dipanggil untuk membuat kenyataan. Mufti ini agak ‘neutral’ dengan hujjahnya yang mengatakan bahawa boleh untuk orang non-muslim mengkaji Al-Qur’an, tetapi kalau boleh carilah alternative lain lagi untuk dijadikan bahan kempen. Ini boleh menggugat sensitivity umat Melayu - Islam di Malaysia.
Di sini, Xiet bukanlah nak mengkritik mufti tersebut. Beliau adalah seorang mufti yang berilmu. Malah, dengan rendah hati Xiet mengakui ketinggian ilmunya berbanding ilmu Xiet. Xiet juga faham concern mufti tersebut sekiranya non-muslim sewenang-wenangnya menterjemah ayat Al-Qur’an dan menggunakannya secara semberono.
Namun begitu, suka untuk Xiet mengajak rakan – rakan pembaca sekalian untuk berfikir dari sudut yang berbeza, supaya tidak memandang isu ini sebagai isu yang negative semata – mata.
1. Al – Qur’an adalah untuk semua ummat dan kaum
Islam adalah satu – satunya agama yang diterima oleh Allah. Al-Qur’an diturunkan sebagai panduan hidup manusia. Ia diturunkan untuk semua manusia, tidak mengira kaum, keturunan, warna kulit, bahasa dan budaya. Al – Qur’an adalah petunjuk bagi mereka yang berfikir.
“sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; Maka sembahlah Aku. (Kebanyakan manusia masih berselisih) dan berpecah – belah dalam urusan agama mereka; (ingatlah) merea semuanya akan kembali kepada Kami untuk (menerima balasan)” Al – Anbiya’, 21:92-93.
“Bertanyalah kepada Bani Israel, berapa banyak keterangan yang telah Kami berikan kepada mereka (Sedang mereka masih ingakar juga?) dan sesiapa menukar nimat keterangan Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesuadah nikmat itu sampai kepadaNya, maka (hendaklah dia mengetahui) sesungguhnya azab Allah amat berat siksanya” Al – Baqarah, 2: 211
Jika Al – Qur’an diturunkan hanya untuk orang Islam, maka bagaimanakah untuk kita berdakwah kepada orang bukan Islam melalui kebenaran wahyu dari Allah ini?
2. Memperbetulkan, bukan menghalang
Mengapa orang Islam perlu bimbang jika penggunaan Ayat Al – Qur’an itu didengari oleh puluhan atau ratusan orang Islam yang lain? Adakah kerana ego? Ya, ego kerana merasakan bahawa Al-Qur’an itu adalah untuk orang Islam, maka hanya orang Islam yang paling tahu mengenai isi kandungan dan maksud – maksudnya. Dan orang bukan Islam sudah tentu tidak tahu apa – apa mengenai Al – Qur’an.
Jika individu tersebut tersalah quote maksud ayat Al-Qur’an tersebut, bukankah kita sebagai orang Islam boleh memperbetulkannya? Tak mungkin daripada ratusan yang ada, tak satu pun yang hafal atau terhafal ayat tersebut! Bukankah Al – Qur’an untuk orang Islam dan sebagai Muslim kita sepatutnya ‘lebih’ tahu?
Untuk berlaku adil, Xiet cuba untuk mendengar apakah ayat yang dibacakan oleh Nga Kor Ming, mencari jika ada kesilapan tafsiran yang dibuat beliau sebagaimana yang sangat dibimbangi oleh ramai muslim. Oh, rupanya beliau membaca sepotong ayat daripada surah An-Nahl, 16:90.;
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat ihsan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya” _ An-Nahl 16: 90
Ye, dari segi sebutan, memang fail. Memang seperti orang jawa berbahasa Inggeris. Tapi adakah itu yang perlu dijadikan isu? Berapa ramai orang Islam sendiri yang membaca Jawi juga tak pandai, apatah lagi membaca Al-Qur’an?
3. Hikmah disebaliknya adalah dakwah
Bukankah ia adalah satu stategi yang baik untuk kita merapatkan dan memperkenalkan individu tersebut dan ramai lagi non-muslim dengan keindahan ayat – ayat Al – Qur’an? Jika dia tidak faham tentang konteks ayat tersebut, boleh lah kita menerangkan kepada nya. Malah, jika kita bijak, kita boleh menerangkan lebih banyak isi kandungan Al-Qur’an kepada dia.
Pepatah itu sangat popular sekali. Sama lah dengan isu ini. Bagaimana untuk membuatkan orang bukan Islam jatuh hati kepada Agama Islam dan Keindahan Al – Qur’an jika mereka sendiri tidak mengenali apakah itu Islam dan apakah yang terkandung di dalam Al – Qur’an?
Bayangkan betapa beruntungnya jika dengan memahami hanya sepotong ayat daripada Al-Qur’an, seorang non-muslim boleh jatuh cinta dan terbuka hatinya untuk mendalami Islam, dan seterusnya memeluk Islam!
4. Jangan mempolitikkan Agama
Betul, sebagai umat Islam, kita perlu tahu yang kita dilarang menjadikan agama sebagai barang dagangan, tak kiralah di dalam urusan perniagaan, promosi sesuatu produk, ataupun di dalam bidang politik.
Namun, perlu kita ingat, agama Islam adalah syumul. Merangkumi dan mencakupi semua aspek kehidupan kita tak kiralah dari segi ekonomi, akhlak, etika, perundangan, perbankan dan politik.
“…This day, I (God) have perfected your religion for you, completed My Favour upon you, and have chosen for you Islam as your religion...” Al – Ma’idah, 5:3
Kita tidak boleh memisahkan ekonomi daripada Islam kerana akibatnya, berlakulah ketidak adilan, korupsi, riba dan lain – lain.
Kita tidak boleh memisahkan perundangan daripada Islam kerana akibatnya, berlakulah penindasan terhadap golongan tertentu, sistem perundangan yang tidak adil dan tidak menyeluruh.
Kita tidak boleh memisahkan politik daripada Islam kerana akibatnya, berlakulah penyalahgunaan kuasa, kebejatan akhlak pemimpin dan penindasan terhadap golongan – golongan tertentu.
Perlu juga anda fikirkan. Adakah yang tertuduh itu yang sebenarnya mempolitikkan agama, atau yang menuduh itu sendiri, secara sedar atau tidak, adalah orang – orang yang sebenarnya mempolitikkan agama…
5. Kenalpasti isu yang priority.
Sebagai Muslim, kita tak sepatutnya cepat melatah terhadap sesuatu isu. Yang perlu kita lakukan adalah menganalisa sesuatu isu dengan ilmu dan rasional. Kita patut kenalpasti isu yang priority dan memberi mudharat yang lebih kepada agama, bukan kepada individu, parti atau kaum. Kadangkala, disebabkan kegelojohan dan kurang bijak di dalam menangani sesuatu isu, kita telah menambah salah faham non – muslim terhadap Islam, dan menjauhkan mereka daripada Islam.
Bukan bermaksud kita perlu ketinggalan dan bersikap kurang peka. Point di sini adalah analisa setiap perkara/isu dengan ilmu dan rasional. Ada banyak isu pokok yang lebih priority yang perlu diselesaikan seperti isu murtad, isu gejala sosial yang melibatkan ribuan remaja Islam, isu aqidah yang masih lagi tak dibahaskan secara serius seperti mempertontonkan filem seram dan sesat di mana pelakonnya adalah muslim yang berlakon sebagai orang yang mensyirikkan Allah, dan Sister In Islam dan Islam Liberal yang semakin berleluasa. Atau pun sebagai muslim, kita patut prihatin terhadap kerelevenan system pendidikan Islam di Malaysia yang masih sama seperti puluhan tahun yang lalu, yang mana terdapat banyak perkara yang perlu dikaji semula, serta bagaimana untuk meningkatkan ekonomi orang Islam melalui system agihan zakat dan baitul mal secara efisien.
6. Orang Melayu jangan terlalu sensitive
Xiet adalah seorang wanita melayu. Dan Xiet sangat bangga menjadi anak melayu, kerana orang melayu penuh dengan adab kesopanan dan kesusilaan. Tapi perlu juga kita semua renugkan bersama, adakah baik jika terlalu sensitive terhadap perkara – perkara yang tidak perlu? Bagaimanakah kita hendak maju dan bersikap terbuka jika fikiran masih di kotak yang tertutup?
Kesimpulan
Sebagai Muslim, kita sepatutnya lebih mengetahui apa yang Allah dan Rasulullah pinta kita lakukan, dan patuh dengan ajaran Rasulullah. Bukannya kita membuat intrepetasi berlandaskan pemikiran kita semata – mata.
Kepada yang ‘alim di dalam urusan agama dan berupaya untuk mendekati umara’, dekatilah umara’ kerana andalah yang patut memberi bimbingan dan nasihat kepada mereka. Jika anda menjauhi mereka, jangan salahkan orang lain jika mereka melakukan yang bukan – bukan, sebaliknya tanyalah diri anda sendiri, kenapa anda memilih untuk sentiasa membantah dan tidak membetulkan, sedangkan anda punya kuasa dan keupayaan.
Peace no War! =)
Xiet_enigma
060409; 17:22pm
Shah Alam
March 13, 2009
Kemalangan yang tidak disengajakan...
Tajuk tu pelik. Sebab sepatutnya kalau kemalangan mestilah sesuatu yang tak disengajakan. Betul tak? Hehe... (sepatutnya lah...)
Oklah... taknak stress banyak kat tajuk...Arakian terciptalah sebuah kisah, di mana pada suatu pagi, ketika on the way ke UM (dan my hubby on the way ke offis), Xiet tertidur... (Maklumlah, sejak Anuar berpindah ke HSBC Amanah kena keluar awal sikit)...
Pada waktu itu, seperti pagi-pagi yang sebelumnya, jamm sangat teruk di Federal Highway. Xiet pun seronok lah. Ada banyak masa sikit untuk melelapkan mata. (Tapi muka Anuar tensyen je... hehe) Walaupun Xiet melelapkan mata, tapi Xiet taklah tidur lena. Sekejap - sekejap Xiet terjaga juga... (Tidur-tidur ayam laa). Sampailah kami tiba di hadapan Mentari Court, Xiet dah tak sedarkan diri lagi (bukan pengsan, cuma tertidur dengan lena)
Entah macam mana, sedang nyenyak tidur, tiba-tiba terdengar dentuman yang sangat kuat dari belakang kereta. Kereta juga terasa seperti terhenjut ke hadapan sedikit....Ada momentum yang agak kuat dari belakang. Dengan tidak semena-mena, Xiet yang sedang tidur terus terjaga dan bertakbir dengan kuat sebanyak 3kali berturut-turut...
"Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar"
Xiet sangat panik. Daripada bersandar di kerusi, Xiet terus membongkokkan diri ke hadapan.
Seriously, Xiet terfikir yang Malaysia kena serang dengan US dan kereta kami kena serang...
Xiet fikir, dah tak sempat nak selamatkan diri lagi...
Bila Xiet pandang kanan, tengok Anuar buat muka selamber and macam nak tahan gelak... Dia tanya Xiet.
"Kenapa?"
Xiet pun tersipu-sipu malu dan menceritakan kepada dia apa yang Xiet sangka... Dia pun tergelak besar (sedapnya dia gelakkan orang...cess)... "Itulah. tidur je..."
Huhu...
Lepastu kereta kami berhenti di tepi jalan. Kereta yang melanggar kami juga berhenti di tepi jalan... Anuar dan encik kereta Waja tu pun berbual-bual sedikit dan mereka settlekan kes tu di situ juga... Sebab takla teruk sangat. Cuma plate number hancur and bumper terkoyak beberapa sentimeter...
Bila Xiet cerita dekat Iman dan Wafa (cerita bersama aksi lakonan semula) mereka gelak besar (cess...teruk betul) Iman gelak sampai keluar air mata... maybe dorang gelak sebab kepanikan dan kegelabahan Xiet yang tahap maksima tu kot...
kata Iman "Cuba hang bayangkan kalau hang punyalah ketakutan US serang Malaysia, Hang nak selamatkan diri terus buka pintu kereta dan keluar menonong je. Agak2 apa jadi kat hang ekk?"
Ha'ah ekk... betul jugak... Tak pasal2...
Moral Of the Story: Tak boleh juga nak kata jangan tidur ketika on the way ke offis...Owh... maybe next time sebelum tidur make sure baca Bismillah... Hehe...
Xiet_Enigma
UM; 19:39
February 22, 2009
Soothsayer who?
Semalam Xiet balik rumah Parents di Klang. Dari UM nak ke Stesen Komuter Angkasapuri, Xiet menaiki teksi. Uncle teksi tu sangat ramah. Tengok di dashboard kereta, ada patung Krishna di atas nya. Tahulah Xiet yang uncle ni beragama Hindu.
Walaupun sekejap, tapi uncle ni banyak bagi advice. Kebanyakannya tentang persoalan manusiawi. Herm… Agaknya uncle tu dulu nak jadi lawyer kot. Hehe… Apapun, I appreciate the advice.
85% uncle tu cakap, selebihnya Xiet cakap. Antara perbualan menarik yang sempat di rakam oleh minda adalah seperti berikut;
Uncle: U ni sudah umur berapa, masih mahu belajar lagi?
Xiet: Baru 25 tahun la uncle. Rileks la.(sambil tersengeh – sengeh)
Uncle: Owh… U lahir tahun brapa? …. (Uncle tu tanya specific date)
Xiet: 17 January 1984
Uncle: ….(Mengira sesuatu sambil bermonolog sendirian)…
--Kemudian….
Uncle: Owh… U ni orang yang ada masalah untuk mempercayai lelaki. U susah mahu kahwin sebab U
tak percaya lelaki.
--Xiet terpinga – pinga. Uncle ni pemandu teksi merangkap soothsayer ke?
Uncle: Itu pasal ha, U belajar tinggi – tinggi, supaya U boleh kerja baik. U busy sana – sini, U kasi
bagus U punya career sebab U tak mahu bergantung pada lelaki. U boleh hidup sendiri.
Xiet: Mana Uncle tahu semua ni Uncle?
Uncle: blah…blah..blah…. (menceritakan pengalaman – pengalaman beliau sepanjang hidup,
sehingga boleh mengetahui latar belakang seseorang melalui penampilan seseorang dan
juga calculation berdasarkan tarikh lahir. Nak cerita panjang sangat. Lagipun, ada yang lupa.
Takut menambah-nambah pulak..hehe)…
--Xiet pun mendengar la dengan penuh khusyu’.
Uncle: Uncle tengok U ni, U tak perlu kejar cinta. Cinta akan datang dengan sendiri kepada U. Kalau U
kejar cinta itu, belum tentu U akan capai. Akhir sekali cinta sendiri akan datang kepada
U.Lagi baik terima orang yang cinta kita lebih dari kita cinta dia lebih. Kita lebih bahagia.
(Kalau korang dengar intonasi uncle tu bertambah dengan bunga-bunga bahasanya, pehhh…
Kalah sasterawan negara. Hehe…)
--Tiba – tiba diameter senyuman Xiet mengecil. Aik Uncle ni. Macam mana dia boleh cakap macamtu? Ish Uncle ni memang soothsayer ke?
Ish… Muslim tak boleh percaya kepada ramalan/tilikan nasib. Rasulullah dah terangkan dalam beberapa Hadith, dengan jelas, memberitahu bahawa muslim dilarang mempercayai ramalam tilikan nasib.
“Whosoever approaches a fortuneteller and believes what he says, has disbelieved in what was revealed to Muhammad” – Ahmad, Abu Dawood and Baihaqie. Astaghfirullah… Astaghfirullah…
Uncle: U jangan susah hati. U pun ada pengalaman kan? Jangan risau. Orang perempuan kena ada
kekuatan… (tak ingat dah ayat seterusnya…) sambungan.... Orang perempuan jangn bagi
segala – galanya pada cinta. Jangan juga bagi harapan penuh. Nanti merana. Lepas tu
salahkan lelaki. Padahal perempuan yang mahu serah segala demi cinta…Ada yang sampai gadai maruah diri.. Tuhan marah woo itu macam!(betul gak kata-
kata uncle ni…)
--Teksi pun tiba di destinasi. Sebelum Xiet melangkah keluar, uncle sempat berpesan
Uncle: Ingat ha, U terimalah orang yang cinta U lebih dari U cinta dia… U boleh bahagia itu macam, tak siksa hati… U ni akan kahwin dalam umur
28 tahun. Jangan risau….Sekarang belajar bagi habis Master dulu.
Ok. 1st, Xiet tak risau. 2nd, uncle silap laaa… Xiet dah kahwin. Hahaha…
“With Him are the keys to the unseen and none knows it except Him alone”_ Al-An’am, 6:59
“Verily the knowledge of the Hour is with Allah alone. It is He who sends down the rain and knows the contents if the wombs. No one knows what he will earn tomorrow nor in which land he will die, but Allah is all-knowing and aware”_Luqman, 31:34
Xiet_enigma
22/2/09, 00:23
USJ 14, Tido Umah Iman (huhu..tiba-tiba teringat kat hubby yang berada di rumah seorang diri...Membujang la sebentar)









