Hari ini, kita semua mempunyai hala tuju kehidupan yang tersendiri.
Tak kiralah apa pekerjaan kita, di mana level kejayaan kita, apa pun latar belakang kehidupan kita... Ada satu perkara yang kita miliki bersama; Langkah pertama kita bermula....
Samada kita seorang doktor, pensyarah, engineer, orang gomen, hatta suri rumah sekalipun... Kehidupan dan kejayaan yang kita kecapi hari ini bermula daripada pendidikan asas yang kita perolehi ketika kecil dahulu...
Setinggi mana pun jawatan kita hari ini, kita tak mungkin mampu membaca jika kita tidak mengenal ABC.
Sehebat mana pun pengaruh kita hari ini, kita bukanlah sesiapa jika tiada yang mendidik kita untuk berakhlak mulia.
Adakah kita masih mengingati wajah mereka yang mula-mula membawa kita mengenal huruf dan angka?
Sungguhpun kita lebih berjaya daripada mereka, namun mereka lah orang yang lebih banyak jasanya kepada kita.
Merekalah ibu bapa kita,
guru-guru kita,
sahabat-sahabat kita....
* Terima kasih kepada:-
Ibu dan ayah - yang telah banyak melaburkan harta dan tenaga untuk pendidikan Xiet. Xiet ingat Xiet mula membaca seawal umur 5 tahun... Dah boleh baca surat khabar masa tu, walaupun merangkak-rangkak... And Xiet hafal do'a Iftitah dan Al-Fathihah ketika umur 5-6 tahun jugak... Ayah dulu ajar ngaji garang giler. And Xiet dulu bebal giler. Dia pernah rotan Xiet dekat tangan guna hanger sampai hanger patah sebab Xiet tak hafal2 Alif Ba Ta...
Cikgu Ramlah, Cikgu Tadika Xiet. Cikgu Ramlah adalah di antara orang yang mula-mula mendidik Xiet mengenal huruf, angka, dan sebagainya...
Ustazah-Ustaza sekolah agama, terutamanya Ustazah Siti Rohani, ustazan darjah 3 Xiet yang Xiet sayanggggg sangat...
Teacher Hajah Salwa, teacher masa darjah 6. The only teacher yang ajar Xiet bahasa inggeris dengan penuh dedikasi. Dulu Xiet suke english sebab teacher ni lah. Pastu sekolah menengah tak suke dah sebab teacher selalu tukar2, tak masuk kelas dan sebagainya....
Dan semua guru-guru yang mendidik Xiet samada secara langsung ataupun tidak...
Tak lupe juga kepada mereka2 yang menjadi pencetus dan penyebab Xiet mengenal FCR, Interfaith Dialog, critical thinking, and yang sewaktu dengannya.... Sebab 3 tahun belajar di UM dulu, Xiet bukan sahaja dapat ilmu dan sijil tentang kursus yang dipilih, tetapi far beyond that... Xiet belajar agama, ukhuwwah, kehidupan, berpeluang mengenali para ilmuan yang hebat2, dan macam-macam lagi.... Whoever you are, wherever you are, you guys are special in my heart...
Sebab tanpa adanya kalian, tanpa wujudnya langkah pertama tersebut... Maka tiada lah Xiet di sini, seperti hari ini...
tetibe bunyi jiwangs plak...awatnye ;p
ReplyDeletebut, you've got it right ^^
totally agree ^^
Ish3.. Br sweet 7teen da blaja byk benda..? Dahsyat2.. :p
ReplyDeleteWell, kita kena memanfaatkan usia.... org continental mmg mcmtu. :p
ReplyDelete