sign in

May 5, 2011

Tanda-tanda penyakit Wahan!



Salam,

Korang ingat tak satu hadith tentang ni;

“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Cintakan dunia dan takut mati. – HR Abu Daud

I knew this hadith when I was in secondary school kot. And masih ingat tentang hadith ni sampai sekarang. Every now and then, hadith ni macam suddenly pop up from my head, especially when I'm kinda lost in my own temporary world ni....

Apa yang best sangat tentang hadith ni? 
Wei, ada ke hadith yg tak best? Ok, tak best kalau hadith tu maudhu'. Tapi hadith ni sahih OK!

Basically, Hadith ni menceritakan tentang peristiwa akhir zaman di mana walaupun umat Islam ramai, tapi umat Islam lemah. Kuantiti tidak melambangkan kualiti. And dalam hadith ni sendiri menyatakan bahawa kelemahan umat Islam adalah berpunca daripada umat Islam sendiri.... Sebab apa? Sebab umat Islam akhir zaman lebih cintakan dunia dan benci/takut mati! 

Kita kan umat Islam akhir zaman kan? So hadith ni cerita tentang kita lah kan! Adakah kita penyumbang kepada kebanjiran umat Islam akhir zaman yang macam dalam hadith ni?!

Erm... OK, macam mana nak tau kalau kita cinta dunia dan takut mati ekk?
Kat sini ada beberapa tanda-tanda yang kita boleh buat check list. 

1. Kalau solat susah nak khusyu'... Dalam solat tu macam2 nak pikir. And biasalah, semua berkisar tentang hal2 duniawi.... Biasa time solat la baru teringat benda yang hilang, baru teringat ada kerja yang tak siap, dandan time tu terpikir macam2 idea bernas. Pendek kata semua benda lah teringat....

P/S 1: Sebagai manusia biasa, memang la kita mungkin susah nak dapat kekhusyukan 100%. Tapi kalau percentage khusyuk hampeh sangat, mesti ada something wrong somewhere kan?

2. Kalau dah mula nak berkira banyak perkara.... Dalam dunia ni, tak semua kebaikan kita akan dibalas dengan kebaikan yg setimpal, terutamanya yang bersifat material. So kalau dah semua benda baik yang kita buat kita tulis dalam buku 3 5, dan berharap dibalas dengan kebaikan jugak, macam ne tu ek?

3. Bila kita dah mula sebok mementingkan persepsi orang terhadap kita.... Dan kurang mementingkan persepsi Allah terhadap kita. Bila kita rasa penting sangat untuk menjadi sempurna di mata manusia sehinggakan sanggup melanggar panduan agama

4. Bila kuasa menjadi kepentingan utama.... Kita nak rasa berkuasa, sebab kita rasa hebat, sebab kita rasa diri kita penting, sebab kita rasa kita bagus sangat, sampai kita buat apa saja untuk menjadi berkuasa...

5. Bila kurang masa untuk bersama Dia. Yelah kan, kita cuma ada 24 jam sehari. Kalau solat lama2, ngaji banyak2, nanti tak dapat la nak buat banyak benda. So cut masa solat dan ngaji, top up kat tempat lain...Yang semua hal duniawi!

6. Bila sedar buat jahat, tapi lambat bertaubat.....

P/S 2: Inilah yang Xiet rasa, berdasarkan pengalaman sendiri. Kalau korang ada lagi kayu ukur yang boleh dimuhasabahkan bersama, boleh la share jugak.

“Say: ‘Short is the enjoyment of this world. And the Hereafter is the best for those who do right. And you will never be dealt with unjustly in the very least. Wherever you are, death will find you out, even if you are in towers built up strong and high.” [An-Nisaa, 4:77-78]

Wallahua'lam


Xiet Enigma
Shah Alam
27/4/2011

No comments:

Post a Comment

voice