Dah lama rasanya Xiet tak update blog. Sejak tak sihat, banyak kerja tertangguh....Termasuklah nak mengupdate blog ni... Ada banyak yang nak Xiet kongsikan dengan rakan pembaca sekalian, tapi bila dah dok depan laptop ni, tiba - tiba jadi blur. Masa senggang yang ada sementara menunggu eksperimen ni harapnye dapatla Xiet manfaatkan dengan satu post yang tak seberapa ni... hehe...
Kisah kali ni adalah berkenaan dengan masa silam.
Setiap orang punyai masa silam masing – masing. Yang baik biasanya dijadikan kenangan. Yang tak baik pula selalunya lekat diingatan dan sukar dilupakan. Bak kata seseorang, “it’s like a wound that you got from an accident. You may recover, but the scar would live to tell you the story”
Tiada siapa yang boleh memaksa kita melupakan masa silam kita. Walaupun untuk memulakan hidup baru, ia bukan bermakna kita mampu untuk melupakan masa silam kita. Masa silam adalah hak kita; ia menceritakan tentang kisah hidup kita dan siapa kita. - We live with out past.

Namun, adalah kurang bijak jika kita menyalahkan masa silam untuk menjadi alasan kenapa kita bertindak melulu, penuh emosi, atau menyusahkan orang lain.
Jika kita merasakan kita mempunyai hak untuk bertindak di luar rasional dan bersifat mementingkan diri dan emosi sendiri hanya kerana kita punyai masa silam, maka bagaimana pula dengan orang lain? Jika orang lain boleh bertindak rasional dan profesional walaupun mempunyai masa silam yang kurang baik, mengapa kita tidak mencuba?
Bagaimana pula dengan status Khalifah yang Allah kurniakan kepada manusia? Adakah logik seorang khalifah yang dilantik oleh Penciptanya yang Maha Agung mampu mentadbir dan mengurus alam ini jika dirinya penuh dengan emosi yang melulu dan mudah terbawa - bawa dengan apa yang dilaluinya suatu ketika dahulu di dalam hidupnya?
Bagaimana pula dengan kelebihan aqal dan fikiran yang telah Allah kurniakan? Adakah ia hanya digunakan ketika menelaah pelajaran dan menjawab peperiksaan? Tapi bila berhadapan dengan peperiksaan dan ujian kehidupan yang satu ini (menguruskan emosi), kita hanya buat ikut kemahuan hati dan tidak berfikir secara rasional.
Bukan mudah untuk menguruskan emosi. Apatah lagi jika kita berhadapan dengan mereka yang terlibat dengan masa silam kita. Tapi cubalah kita tanamkan di dalam diri; Kita tidak mahu dikuasai oleh masa silam yang hanya mengganggu emosi, kerana kita lebih berkuasa daripada masa silam kita...
Jika kita adalah diantara mereka yang suka terbawa – bawa dengan emosi dan masa silam, ingatlah bahawa walaupun kita hidup bersama masa silam, tapi masa silam hanya untuk dikenang sahaja. Ia sepatutnya adalah pengajaran yang boleh dijadikan pedoman di dalam kehidupan, bukan untuk menjadi alasan supaya kita berdendam dan bersedih.
Life is short; so be grateful of what we have, and live our life to the fullest of joy...
The past is unforgotten; but we are now living in the present – the one that will determine what our future is going to be.
BE STRONG!
Xiet_Enigma
140709; 21 Rejab 1430.
10:54AM
UM