sign in

September 2, 2009

Oh Tarawih...

Alhamdulillah, hari ni dah pun masuk hari ke 18 umat Islam menunaikan ibadah puasa untuk tahun ke 1430 Hijriyah ini.

Majoriti muslim di seluruh dunia paling menggemari bulan Ramadhan, kerana mengetahui banyak maghfirah dan manfaat dapat diperolehi di dalam bulan Ramadhan. Antaranya adalah Solat Tarawih yang tidak ada pada mana - mana malam kecuali malam ramadhan. Begitu juga dengan malam Lailatul Qadr yang akan ada pada bulan ramadhan sahaja. Tidak ketinggalan juga, kebanyakan muslim mengambil kesempatan untuk bersedekah sebanyak - banyaknya pada bulan ini... Diharapnya, segala kebaikan yang ditaburkan dengan penuh keikhlasan pada bulan ramadhan, dapatlah dikekalkan pada bulan - bulan yang lain juga...

Keistimewaan bulan Ramadhan bukan hanya terletak pada ujian berpuasa pada siang harinya. Malah, Solat Tarawih adalah di antara satu keistimewaan yang ada pada bulan Ramadhan. Selain menunaikan ibadah, Xiet seronok apabila melihat ramainya umat Islam berkumpul dan bersatu di dalam soff - soff yang lurus, tanpa mengira perbezaan warna kulit, pangkat dan keturunan, dapat bersama - sama menunaikan solat terawih berjemaah. Setiap kali Xiet melihat senario sebegini, terleintas di fikiran Xiet "Orang Islam akan kuat jika bersatu dan berpegang pada ajaran Rasulullah yang sahih"... Tapi perlu diingati, niat untuk ke masjid atau surau mestilah betul... Bukan untuk merasa meriah ketika melakukan ibadah!

InsyaAllah, puasa kali ini, kalau berkesempatan kami akan betarawih di surau atau masjid yang berlainan. Kalau tak berkesempatan, insyaAllah di rumah sahaja bersama suami dan ahli keluarga yang ada. Bercakap tentang terawih ni, biasanya orang sibuk bertanya tentang bilangan rakaat yang dibuat. Kalau buat 8 saje, akan adalah orang yang kata "Kenapa 8 je?" Kalau buat 21, kebanyakannya akan tersenyum.

Apa yang Xiet perhatikan, ada imam yang baca panjang - panjang. Ada yang baca lambat - lambat, ada yang baca cepat - cepat. Ada pula yang baca ekspress sangat sebab nak buat 20 rakaat. Kalau kat Shah Alam ni, semua surau/masjid yang Xiet pergi, sentiasa penuh. Jemaah yang hadir pun terdiri daripada pelbagai golongan usia. Kalau kat Meru pula, ada sesetengah surau majoritinya adalah terdiri daripada golongan warga emas...

Bagi Xiet, tak kisahlah nak buat berapa rakaat sekali pun. Terpulang juga kalau nak baca surah panjang - panjang atau sekadar juzu' amma sahaja. Yang penting, kita kenalah tau yang solat Tarawih tu adalah solat yang sepatutnya dilakukan di dalam keadaan rehat, tenang dan aman. Perkataan Tarawih itu sendiri diambil daripada perkataan 'istirahah' atau rehat. Jadi lebih baik kita melakukan Solat Tarawih dengan keadaan tenang, sambil menghayati bacaan ayat suci Al -quran yang di baca oleh pak imam. Tak kisahlah walaupun sekadar 8 atau 10 rakaat sahaja. Ianya lebih bermanfaat dan mengikut objektif asal solat tersebut berbanding melakukan dengan sebanyak - banyak rakaat tetapi bacaannya tidak bernokhtah dan cepat - cepat.

Lagipun, kita ada sepanjang malam untuk melakukan Solat Tarawih. Kalau rasa - rasa dah penat atau level kekhusyukan dan menurun, boleh saja kalau berhenti dulu, kemudian rehat atau tidur... Nanti nak bangun sahur, boleh saja nak sambung balik atau ditambah dengan solat - solat sunat yang lain... Jadi, buat apa nak berkejar - kejar? Melakukan solat bukan untuk mencukupkan syarat sahaja, tetapi biarlah dengan penuh keikhlasan...Betul tak?

Pak imam pun, janganlah baca ekspress sangat macam tak tahan nak ke toilet je bunyinya. Lebih baik kalau dapat survey dulu keadaan majority ahli jemaah yang menjadi makmum. Kalau majority adalah warga emas, pandai - pandailah nak budget kepanjangan bacaan. Kalau ada yang berfikiran nak habiskan 30 juzu' Al - Qur'an sepanjang Ramadhan, elok sangat lah tu. Tapi bukan lah melalui tarawih berjemaah di surau/masjid. Pergilah baca Quran sendiri atau bertadarus dengan gang - gang anda...

Apapun, Xiet nak mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa dan berjimat - jimatlah ketika berbelanja untuk raya nanti... Jangan lupa firman Allah yang mengatakan bahawa pembaziran itu kawan syaitan... Hehe

Xiet_Enigma
UM