sign in

April 29, 2009

Pesta Buku & Courtesy visit to Pengasih

Last Sunday Xiet dan family ke Book Fair di PWTC. Tak seperti tahun – tahun sebelum ni, tahun ni Xiet tak round habis. Xiet hanya visit booth – booth yang tertentu je. Xiet pun tak beli banyak buku kali ni. Xiet beli 2 buku je; Bidadari dari Timur karya Tuan Sabariah Tuan Ishak (isteri Tuan Guru Nik Aziz), dan Murtad; Jangan pandang sebelah mata karangan saudara Ann Wan Seng. Sebenarnya Xiet dah jatuh cinta giler dekat satu buku tu; Biotechnology and Application. Approach dalam buku tu sangat best and sesuai untuk orang yang baru nak mengenal molecular protein (proteomic) dengan lebih mendalam. Tambahan, buku tersebut juga ada cover tentang molecular DNA (genetic/genomic) dengan cara yang mudah untuk difahami. Malangnya, harga buku tersebut adalah RM 400 and of course la Xiet tak bajet nak bawak duit sebanyak tu… Warghhh…

Anuar macam biasalah, beli buku dia sampai Xiet rasa macam sebulan ni kitorang suami isteri makan buku je kot… giler burst budget. Tapi memang puas la… (Mana tak puas, kaki sampai rasa nak tercabut. Siap terpisah – pisah lagi. Mujur tak buat announcement kehilangan suami)

Balik dari ‘berpesta’, kami jumpa Zahir dan lunch together sambil bincang tentang Yayasan Iqra’ dan plan untuk courtesy visit to Pengasih on Tuesday.

Lepas meronggeng di PWTC...

Ok, tu cerita last Sunday. Harini pulak, pagi – pagi lagi, macam biasalah Xiet ke UM. Pagi ni Xiet memang tak buat kerja banyak sebab dah rancang dengan labmates nak ke MPH Wholesale. So, lepas siap je kerja, kami terus ke SS14. Herm, kalini Xiet beli 4 buah buku (3 buah buku lagi tak de. Sedih betul!) Dan harini, secara official, Xiet dah ada semua collection of Cecelia Ahern’s! so Zahir, hang kene pikir buku lain pulak la nak bagi aku on my next birthday… Maybe tunggu keluaran baru Cecelia ke?...hehehe… (yang terbaru adalah The Girl from the Future, dijadualkan release di Ireland pada Oktober 2009 ni. Hehe)

Penyebab Xiet sengkek pada hari ini.. Hehe (Book Theif tu dah baca, pinjam Zahir punya tapi nak beli jugak. Baru rasa puas. hehe)

My Love!

Confirm Xiet jadi baik dan kurang membebel sebab layan Cecelia. Selamat lah telinga Anuar

Petang pula, Xiet, Anuar, Zahir and Kak Shikin pergi ke Rumah Pengasih. Kami mewakili Abumeow dan Yayasan Iqra’ telah dijemput oleh pengasas Pengasih, En. Yunus Pathi untuk mengadakan program yang sesuai. Jadi, first visit harini basically adalah untuk bincang tentang kesesuaian program yang boleh kami lakukan di sana. Tadi pun hanya sekadar mendengar penjelasan dan pengenalan tentang Rumah Pengasih daripada representative of Rumah Pengasih.

Berdasarkan apa yang diberitahu, Pengasih adalah sebuah NGO yang committee nya terdiri daripada 100% bekas penagih dadah (Daripada pengasas, volunteer, kaunselor sehinggalah participant) Ia diasaskan untuk tujuan membantu penagih dadah agar bebas daripada dadah. Mereka mempunyai program pemulihan dan terapi yang sangat bersistematik dan setiap satu mempunyai objektif yang khusus.

Secara personal, Xiet sangat kagum dengan disiplin mereka. Mereka sangat commit terhadap apa yang mereka lakukan, kerana itulah mereka berjaya mengekalkan Rumah Pengasih, malah telah berjaya mengembangkan sayap Pengasih ke tahap yang lebih maju.

Kawasan Rumah Pengasih memang totally berlainan daripada bayangan Xiet. Takde pagar konkrit, takde T-shirt segaram… Yang ada adalah kawasan yang dihiasi dengan hijau – hijau pokok, tasik yang tenang dan kawasan yang bersih. Para penghuni yang mengikuti program pemulihan di sana memang pakai smart, ada yang siap tali leher lagi. Macam budak – budak Asasi UM pun ada. Tapi sekelumit kerisauan dan kekesalan bersarang di hati apabila melihatkan penghuni – penghuninya adalah anak – anak muda yang masih mentah yang sepatutnya belajar untuk lead Negara di masa hadapan, sebaliknya terlibat dengan najis dadah. Bagaimana dengan yang masih di luar sana?

Hampir 5 tahun bergiat di dalam organisasi, inilah pertama kali Xiet berurusan secara direct dengan sekumpulan penagih dadah dan sebagai perkongsian, mereka adalah sekumpulan manusia yang mempunyai kejujuran yang tinggi. Di kalangan resident, ada yang kembali menagih apabila balik bercuti atau setelah ‘bebas’ di luar. Tapi mereka kembali ke Pengasih, mengaku perbuatan mereka walaupun tahu mereka akan dikenakan penalty.

Para pekerja dan volunteer memang rock, brutal dan selamber tapi di dalam menguruskan pengasih, mereka memang bersungguh - sungguh. Semua yang dilakukan mempunyai objektif yang jelas. Herm… Berapa banyak organisasi yang terdiri daripada orang – orang ‘baik’ yang bila buat kerja main tibai je, bila buat program sekadar nak mengisi planner tahunan. Oh Dear, Xiet tak berniat nak jadi sarcastic whatsoever, Xiet just nak bagitau yang walaupun mereka ni adalah orang – orang yang sering digelar sampah masyarakat, tapi kalau nak buat sesuatu, mereka sangat berobjektif dan mandiri. Mereka sangat mementingkan ukhuwah dan mereka mempunyai keinginan untuk berubah dan megubah golongan senasib, cuma mungkin nikmat yang satu itu terlalu sukar untuk dilupakan, lantas berkali – kali mereka gagal.

Sekurang – kurangnya, Xiet dapat belajar bahawa kita manusia kadangkala (atau selalu?) menganggap kita baik berbanding mereka – mereka yang terlibat dengan perbuatan – perbuatan yang terkutuk (dadah, pelacuran, arak, etc) lantas kita memandang enteng sesetengah perkara. Yang membuatkan manusia angkuh dan ego adalah apabila mereka menganggap diri mereka sudah baik. Kerana dengan itu, mereka tidak merasa perlu untuk berubah, apatah lagi untuk mendekati perubahan…

Pelajaran terbaik adalah melalui pengalaman hidup. Tak kisahlah dari siapa kita pelajarinya…

Perjalanan balik. Ini je gambar Pengasih yang Xiet dapat.

Xiet_enigma
22:39pm; 280409
Shah Alam

April 17, 2009

Belajar Mandarin...



Bermula bulan Februari yang lalu, setiap Rabu malam, Xiet akan menghadiri satu kelas Mandarin di Setiawangsa. Lao Shi nya adalah seorang pemuda yang poyo dan garang, bekas student MMU (opppsss.... tak boleh kutuk. kena hormat cikgu. Tui bu qi loa shi...hehe)

Banyak pengalaman yang Xiet perolehi daripada kelas tersebut. Selain dapat mempelajari ilmu baru, Xiet juga dapat memahami sedikit sebanyak tentang culture masyarakat cina di Malaysia. Lao Shi pun banyak cerita tentang pengalaman beliau sepanjang sesi persekolahannya di sekolah cina (dari tadika hingga sekolah menengah)... Patut muka dia pun dah macam ala - ala Jawa-China. hehe...

Terdapat satu pengalaman yang amat berharga telah Xiet perolehi daripada kelas tersebut; iaitu bagaimana susahnya untuk mempelajari sebutan yang betul. Tengok orang cina cakap cina nampak senangje (memanglah, bahasa ibunda dorang).... Tapi bila kita sendiri yang cuba bercakap, huh... memang naik tergeliat lidah...

Kelas pertama memang paling mencabar! Hampir putus asa jadinya bila hampir kesemua sebutan kami semuanya salah. Lao Shi apa lagi, bantai gelak kat kitorang. (Apa lah yang lawak sangat dengar sebutan kitorang yang salah tu)...

Kini (setelah lebih kurang 2 bulan belajar), banyak yang telah kami improve (yeke? harap - harap lao shi tak baca blog ni. hehe)...

Namun, satu pengajaran yang Xiet nak cuba kongsikan kepada rakan pembaca semua adalah;
Bukan mudah untuk mempelajari dan mempraktik bahasa yang asing daripada lidah dan budaya hidup kita...

Selama ini, mungkin ada dikalangan kita yang selalu memperlekeh bila muallaf membaca Al-qur'an dengan tidak fasih, atau tajwid yang tunggang terbalik.

Memang Xiet sendiri pernah dengar cerita di mana seorang pakcik menegur seorang mu'allaf yang giat berdakwah;

"Awak ni bukannya ahli agama. Baca Al - Qur'an pun tak betul. Ilmu pun tak cukup, lagi nak berdakwah. Boleh jadi apa yang awak dakwahkan tu pun tak betul. Awak patut pergi balik, belajar mengaji sampai betul dulu. Dan jangan memandai nak buat kerja ulama'"

Mungkin ada pula dikalangan para pendidik yang tak sabar, selalu memarahi mu'allaf yang membaca Al-Qur'an dengan tajwid yang salah, mengatakan bahawa setiap bacaan yang salah akan mengundang dosa besar!

Bagi yang mempunyai pemikiran sedemikian, cubalah anda bayangkan anda berada di tempat mereka. Adakah anda rasa mudah untuk mempelajari Bahasa Arab atau Al-Qur'an dengan lidah anda yang sudah sebati dengan Bahasa Mandarin atau Tamil atau apa sahaja bahasa dunia?

Percayalah, ianya bukan mudah!

Dan ingatlah, Allah tidak melihat pada hasil. Yang penting usaha kita. Kalau dah memang dia tak boleh nak sebut 'Ro' atau 'Zai' dengan betul, atau dengungannya sengau semacam, tapi kalau itu sahaja yang termampu dilakukan, maka itu sudah memadai.

“Permudahkan, jangan kamu susahkan.”

(Bukhari, Muslim)

“Allah intends for you ease, and He does not want to make things difficult for you."

(Al-Baqarah 2:185)


Xiet_Enigma

170409; 0933am

UM

April 8, 2009

Orang Melayu Jangan Cepat Melatah... Opocottt!


Orang Islam di Malaysia ni suka melatah pada benda yang entah apa-apa, sebaliknya sangat lembap di dalam menangani isu-isu yang lebih penting.

Contohnya, isu baru – baru ni yang melibatkan seorang ahli DAP yang bukan beragam Islam yang berkempen untuk Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang. Individu tersebut telah menquote terjemahan ayat Al-Qur’an di dalam ucap bahasnya. Akibatnya, beberapa pihak telah membuat aduan polis berhubung isu tersebut.

Selain itu, seorang mufti telah dipanggil untuk memberi komen berkenaan isu tersebut. Menurut mufti tersebut, ia adalah satu perkara yang tidak wajar dan tidak boleh sama sekali untuk dilaksanakan. Menurut beliau, perkara ini menggugat sensitiviti umat Islam di Malaysia. Malah menurutnya, ia seolah – olah memperlihatkan bahawa umat Islam di Malaysia hilang kewibawaan sehingga ada non-muslim menggunakan ayat Al-Qur’an, didengari oleh orang Islam. Selain itu, kebimbangan turut diluahkan oleh mufti tersebut sekiranya individu non-muslim tersebut tersilap menterjemah atau tersilap faham mengenai ayat Al-Qur’an tersebut.

Keesokan harinya, seorang mufti lain juga dipanggil untuk membuat kenyataan. Mufti ini agak ‘neutral’ dengan hujjahnya yang mengatakan bahawa boleh untuk orang non-muslim mengkaji Al-Qur’an, tetapi kalau boleh carilah alternative lain lagi untuk dijadikan bahan kempen. Ini boleh menggugat sensitivity umat Melayu - Islam di Malaysia.

Di sini, Xiet bukanlah nak mengkritik mufti tersebut. Beliau adalah seorang mufti yang berilmu. Malah, dengan rendah hati Xiet mengakui ketinggian ilmunya berbanding ilmu Xiet. Xiet juga faham concern mufti tersebut sekiranya non-muslim sewenang-wenangnya menterjemah ayat Al-Qur’an dan menggunakannya secara semberono.

Namun begitu, suka untuk Xiet mengajak rakan – rakan pembaca sekalian untuk berfikir dari sudut yang berbeza, supaya tidak memandang isu ini sebagai isu yang negative semata – mata.

1. Al – Qur’an adalah untuk semua ummat dan kaum
Islam adalah satu – satunya agama yang diterima oleh Allah. Al-Qur’an diturunkan sebagai panduan hidup manusia. Ia diturunkan untuk semua manusia, tidak mengira kaum, keturunan, warna kulit, bahasa dan budaya. Al – Qur’an adalah petunjuk bagi mereka yang berfikir.

“sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; Maka sembahlah Aku. (Kebanyakan manusia masih berselisih) dan berpecah – belah dalam urusan agama mereka; (ingatlah) merea semuanya akan kembali kepada Kami untuk (menerima balasan)” Al – Anbiya’, 21:92-93.
"Al- Qur'an ini tidak lain hanyalah peringatan bagi semesta alam" _ Sod,38:87

“Bertanyalah kepada Bani Israel, berapa banyak keterangan yang telah Kami berikan kepada mereka (Sedang mereka masih ingakar juga?) dan sesiapa menukar nimat keterangan Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesuadah nikmat itu sampai kepadaNya, maka (hendaklah dia mengetahui) sesungguhnya azab Allah amat berat siksanya” Al – Baqarah, 2: 211

Jika Al – Qur’an diturunkan hanya untuk orang Islam, maka bagaimanakah untuk kita berdakwah kepada orang bukan Islam melalui kebenaran wahyu dari Allah ini?

2. Memperbetulkan, bukan menghalang
Mengapa orang Islam perlu bimbang jika penggunaan Ayat Al – Qur’an itu didengari oleh puluhan atau ratusan orang Islam yang lain? Adakah kerana ego? Ya, ego kerana merasakan bahawa Al-Qur’an itu adalah untuk orang Islam, maka hanya orang Islam yang paling tahu mengenai isi kandungan dan maksud – maksudnya. Dan orang bukan Islam sudah tentu tidak tahu apa – apa mengenai Al – Qur’an.

Jika individu tersebut tersalah quote maksud ayat Al-Qur’an tersebut, bukankah kita sebagai orang Islam boleh memperbetulkannya? Tak mungkin daripada ratusan yang ada, tak satu pun yang hafal atau terhafal ayat tersebut! Bukankah Al – Qur’an untuk orang Islam dan sebagai Muslim kita sepatutnya ‘lebih’ tahu?

Untuk berlaku adil, Xiet cuba untuk mendengar apakah ayat yang dibacakan oleh Nga Kor Ming, mencari jika ada kesilapan tafsiran yang dibuat beliau sebagaimana yang sangat dibimbangi oleh ramai muslim. Oh, rupanya beliau membaca sepotong ayat daripada surah An-Nahl, 16:90.;

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat ihsan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya” _ An-Nahl 16: 90

Ye, dari segi sebutan, memang fail. Memang seperti orang jawa berbahasa Inggeris. Tapi adakah itu yang perlu dijadikan isu? Berapa ramai orang Islam sendiri yang membaca Jawi juga tak pandai, apatah lagi membaca Al-Qur’an?

3. Hikmah disebaliknya adalah dakwah
Bukankah ia adalah satu stategi yang baik untuk kita merapatkan dan memperkenalkan individu tersebut dan ramai lagi non-muslim dengan keindahan ayat – ayat Al – Qur’an? Jika dia tidak faham tentang konteks ayat tersebut, boleh lah kita menerangkan kepada nya. Malah, jika kita bijak, kita boleh menerangkan lebih banyak isi kandungan Al-Qur’an kepada dia.
Tak kenal maka tak cinta.

Pepatah itu sangat popular sekali. Sama lah dengan isu ini. Bagaimana untuk membuatkan orang bukan Islam jatuh hati kepada Agama Islam dan Keindahan Al – Qur’an jika mereka sendiri tidak mengenali apakah itu Islam dan apakah yang terkandung di dalam Al – Qur’an?

Bayangkan betapa beruntungnya jika dengan memahami hanya sepotong ayat daripada Al-Qur’an, seorang non-muslim boleh jatuh cinta dan terbuka hatinya untuk mendalami Islam, dan seterusnya memeluk Islam!

4. Jangan mempolitikkan Agama
Betul, sebagai umat Islam, kita perlu tahu yang kita dilarang menjadikan agama sebagai barang dagangan, tak kiralah di dalam urusan perniagaan, promosi sesuatu produk, ataupun di dalam bidang politik.

Namun, perlu kita ingat, agama Islam adalah syumul. Merangkumi dan mencakupi semua aspek kehidupan kita tak kiralah dari segi ekonomi, akhlak, etika, perundangan, perbankan dan politik.

“…This day, I (God) have perfected your religion for you, completed My Favour upon you, and have chosen for you Islam as your religion...” Al – Ma’idah, 5:3

Kita tidak boleh memisahkan ekonomi daripada Islam kerana akibatnya, berlakulah ketidak adilan, korupsi, riba dan lain – lain.

Kita tidak boleh memisahkan perundangan daripada Islam kerana akibatnya, berlakulah penindasan terhadap golongan tertentu, sistem perundangan yang tidak adil dan tidak menyeluruh.

Kita tidak boleh memisahkan politik daripada Islam kerana akibatnya, berlakulah penyalahgunaan kuasa, kebejatan akhlak pemimpin dan penindasan terhadap golongan – golongan tertentu.

Perlu juga anda fikirkan. Adakah yang tertuduh itu yang sebenarnya mempolitikkan agama, atau yang menuduh itu sendiri, secara sedar atau tidak, adalah orang – orang yang sebenarnya mempolitikkan agama…

5. Kenalpasti isu yang priority.
Sebagai Muslim, kita tak sepatutnya cepat melatah terhadap sesuatu isu. Yang perlu kita lakukan adalah menganalisa sesuatu isu dengan ilmu dan rasional. Kita patut kenalpasti isu yang priority dan memberi mudharat yang lebih kepada agama, bukan kepada individu, parti atau kaum. Kadangkala, disebabkan kegelojohan dan kurang bijak di dalam menangani sesuatu isu, kita telah menambah salah faham non – muslim terhadap Islam, dan menjauhkan mereka daripada Islam.

Bukan bermaksud kita perlu ketinggalan dan bersikap kurang peka. Point di sini adalah analisa setiap perkara/isu dengan ilmu dan rasional. Ada banyak isu pokok yang lebih priority yang perlu diselesaikan seperti isu murtad, isu gejala sosial yang melibatkan ribuan remaja Islam, isu aqidah yang masih lagi tak dibahaskan secara serius seperti mempertontonkan filem seram dan sesat di mana pelakonnya adalah muslim yang berlakon sebagai orang yang mensyirikkan Allah, dan Sister In Islam dan Islam Liberal yang semakin berleluasa. Atau pun sebagai muslim, kita patut prihatin terhadap kerelevenan system pendidikan Islam di Malaysia yang masih sama seperti puluhan tahun yang lalu, yang mana terdapat banyak perkara yang perlu dikaji semula, serta bagaimana untuk meningkatkan ekonomi orang Islam melalui system agihan zakat dan baitul mal secara efisien.

6. Orang Melayu jangan terlalu sensitive
Xiet adalah seorang wanita melayu. Dan Xiet sangat bangga menjadi anak melayu, kerana orang melayu penuh dengan adab kesopanan dan kesusilaan. Tapi perlu juga kita semua renugkan bersama, adakah baik jika terlalu sensitive terhadap perkara – perkara yang tidak perlu? Bagaimanakah kita hendak maju dan bersikap terbuka jika fikiran masih di kotak yang tertutup?

Kesimpulan
Sebagai Muslim, kita sepatutnya lebih mengetahui apa yang Allah dan Rasulullah pinta kita lakukan, dan patuh dengan ajaran Rasulullah. Bukannya kita membuat intrepetasi berlandaskan pemikiran kita semata – mata.

Kepada yang ‘alim di dalam urusan agama dan berupaya untuk mendekati umara’, dekatilah umara’ kerana andalah yang patut memberi bimbingan dan nasihat kepada mereka. Jika anda menjauhi mereka, jangan salahkan orang lain jika mereka melakukan yang bukan – bukan, sebaliknya tanyalah diri anda sendiri, kenapa anda memilih untuk sentiasa membantah dan tidak membetulkan, sedangkan anda punya kuasa dan keupayaan.

Peace no War! =)
Xiet_enigma
060409; 17:22pm
Shah Alam