XieT Cataloging

September 2, 2009

Oh Tarawih...

Alhamdulillah, hari ni dah pun masuk hari ke 18 umat Islam menunaikan ibadah puasa untuk tahun ke 1430 Hijriyah ini.

Majoriti muslim di seluruh dunia paling menggemari bulan Ramadhan, kerana mengetahui banyak maghfirah dan manfaat dapat diperolehi di dalam bulan Ramadhan. Antaranya adalah Solat Tarawih yang tidak ada pada mana - mana malam kecuali malam ramadhan. Begitu juga dengan malam Lailatul Qadr yang akan ada pada bulan ramadhan sahaja. Tidak ketinggalan juga, kebanyakan muslim mengambil kesempatan untuk bersedekah sebanyak - banyaknya pada bulan ini... Diharapnya, segala kebaikan yang ditaburkan dengan penuh keikhlasan pada bulan ramadhan, dapatlah dikekalkan pada bulan - bulan yang lain juga...

Keistimewaan bulan Ramadhan bukan hanya terletak pada ujian berpuasa pada siang harinya. Malah, Solat Tarawih adalah di antara satu keistimewaan yang ada pada bulan Ramadhan. Selain menunaikan ibadah, Xiet seronok apabila melihat ramainya umat Islam berkumpul dan bersatu di dalam soff - soff yang lurus, tanpa mengira perbezaan warna kulit, pangkat dan keturunan, dapat bersama - sama menunaikan solat terawih berjemaah. Setiap kali Xiet melihat senario sebegini, terleintas di fikiran Xiet "Orang Islam akan kuat jika bersatu dan berpegang pada ajaran Rasulullah yang sahih"... Tapi perlu diingati, niat untuk ke masjid atau surau mestilah betul... Bukan untuk merasa meriah ketika melakukan ibadah!

InsyaAllah, puasa kali ini, kalau berkesempatan kami akan betarawih di surau atau masjid yang berlainan. Kalau tak berkesempatan, insyaAllah di rumah sahaja bersama suami dan ahli keluarga yang ada. Bercakap tentang terawih ni, biasanya orang sibuk bertanya tentang bilangan rakaat yang dibuat. Kalau buat 8 saje, akan adalah orang yang kata "Kenapa 8 je?" Kalau buat 21, kebanyakannya akan tersenyum.

Apa yang Xiet perhatikan, ada imam yang baca panjang - panjang. Ada yang baca lambat - lambat, ada yang baca cepat - cepat. Ada pula yang baca ekspress sangat sebab nak buat 20 rakaat. Kalau kat Shah Alam ni, semua surau/masjid yang Xiet pergi, sentiasa penuh. Jemaah yang hadir pun terdiri daripada pelbagai golongan usia. Kalau kat Meru pula, ada sesetengah surau majoritinya adalah terdiri daripada golongan warga emas...

Bagi Xiet, tak kisahlah nak buat berapa rakaat sekali pun. Terpulang juga kalau nak baca surah panjang - panjang atau sekadar juzu' amma sahaja. Yang penting, kita kenalah tau yang solat Tarawih tu adalah solat yang sepatutnya dilakukan di dalam keadaan rehat, tenang dan aman. Perkataan Tarawih itu sendiri diambil daripada perkataan 'istirahah' atau rehat. Jadi lebih baik kita melakukan Solat Tarawih dengan keadaan tenang, sambil menghayati bacaan ayat suci Al -quran yang di baca oleh pak imam. Tak kisahlah walaupun sekadar 8 atau 10 rakaat sahaja. Ianya lebih bermanfaat dan mengikut objektif asal solat tersebut berbanding melakukan dengan sebanyak - banyak rakaat tetapi bacaannya tidak bernokhtah dan cepat - cepat.

Lagipun, kita ada sepanjang malam untuk melakukan Solat Tarawih. Kalau rasa - rasa dah penat atau level kekhusyukan dan menurun, boleh saja kalau berhenti dulu, kemudian rehat atau tidur... Nanti nak bangun sahur, boleh saja nak sambung balik atau ditambah dengan solat - solat sunat yang lain... Jadi, buat apa nak berkejar - kejar? Melakukan solat bukan untuk mencukupkan syarat sahaja, tetapi biarlah dengan penuh keikhlasan...Betul tak?

Pak imam pun, janganlah baca ekspress sangat macam tak tahan nak ke toilet je bunyinya. Lebih baik kalau dapat survey dulu keadaan majority ahli jemaah yang menjadi makmum. Kalau majority adalah warga emas, pandai - pandailah nak budget kepanjangan bacaan. Kalau ada yang berfikiran nak habiskan 30 juzu' Al - Qur'an sepanjang Ramadhan, elok sangat lah tu. Tapi bukan lah melalui tarawih berjemaah di surau/masjid. Pergilah baca Quran sendiri atau bertadarus dengan gang - gang anda...

Apapun, Xiet nak mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa dan berjimat - jimatlah ketika berbelanja untuk raya nanti... Jangan lupa firman Allah yang mengatakan bahawa pembaziran itu kawan syaitan... Hehe

Xiet_Enigma
UM

August 12, 2009

Ada apa dengan filem Malaysia?

Today is quite a boring day for me coz nobody's home (Apparently today is Wed, Xiet! haha)... Masa tengah mencari idea masa buat esement, tetiba Xiet terfikir tentang cerita SETEM (arahan Khabir Bhatiar) yang Xiet tengok dengan Hubby few weeks ago.

--Selingan--

Kengkawan tau yang Xiet ni susah nak gelak kalau pun cerita tu punya genre is komedi or lawak, etc... Kekadang instead of gelak, Xiet boleh pulak tanya balik kat orang sebelah "Kenapa korang gelak? tak paham laaa... Citer balik"


Kesimpulannya, my siblings and my frens yang dah tau perangai Xiet memang takkan bawak or join Xiet untuk tengok citer2 komedi... Sebab nanti dorang sakit hati je Xiet asyik tanya2... Bak kata one of my best fren "Minah ni takde reseptor kot!"....(Tetiba teringat pada satu hari Xiet dan labmates tgk citer antoo fighter... Kawan sebelah gelak mcm nak mati, tapi Xiet diam je. Siap menguap lagi... habis je citer kawan sebelah tu kata bila dia tgh khusyuk gelak,tetiba tgk ekspresi Xiet kat sebelah dia, dia jadi seram sejuk...hehe)

--Sambungan--
Tapi citer SETEM ni lain. Unsur lawaknye memang menjadi. Paling penting, lawak yang dibuat tu bukanlah lawak bodoh (paling benci lawak bodoh. entah pape). Ni memang citer 1 Malaysia sebab semua bangsa ada, semua bahasa ada. Selain tu, pengajaran atau orang jawa kata 'moral of the story' pun dapat disampaikan dengan sangat jelas sekali. Bukan takat gelak je, tapi yang penting kita dapat belajar something daripada citer tu... Untuk citer ni, Xiet bleh bagi 5 bintang!

In my humble opinion, not all Malaysia/Malay movies are sucks. I admit that I'm not a kaki wayang dan bukan dikalangan mereka yang suke update new movies. And frankly speaking, Xiet memang tak berapa suke dengan cerita - cerita melayu yang streotype dan sikit2 cinta lelaki & perempuan, pastu yang so-called lawak, padahal mcm ntah pape.... tak pun sikit2 merempit...

Tapi sekarang, ada banyak citer2 yang baik yang patut kita sokong. Contohnya citer2 yang membawa mesej sejagat, mesej kekeluargaan, dan semangat patriotisma. Selain itu, ada juga citer yang membelah kesempitan minda masyarakat (esp Melayu) yang selalunya menjadi kontroversi (of coz) tetapi sebenarnya sangat bagus untuk ditonton dan dibahaskan bersama secara intelek...(Sape kate tengok muvie tak de pekdah...Kalau citer bagus, kan boleh ambil pengajaran daripada citer tu. Ye tak?)

Sebagai rakyat Malaysia, kita patut sokong citer2 macamni... Antara contoh filem2 Melayu yang Xiet suke adalah seperti Hati Malaya, Leftenan Adnan, Cinta, Setem, Upin & Ipin, dan Muallaf.

Tapi dalam masa yang sama, Xiet kesal jugak la dengan sebilangan orang Malaysia (esp Melayu)yang bulat-bulat menolak untuk menonton dan menyokong filem2 Melayu/Malaysia dengan alasan 'confirm tak best' atau 'takde kualiti'... Ada je kawan Xiet yang berfikiran sedemikian... Yang Xiet peliknye, citer mat saleh yang entah pape, yang sorry to say kekadang takde pengajaran pun, sanggup pula ditontonnya. Faham2 la kan citer mat saleh ni kekadang aksi2 terlampau je lebih, tapi plot cerita takla bagus mana pun.

Pada pendapat Xiet, kita kenalah berlaku adil dan profesional. Sebab kekadang, bila diperatikan, ada je orang2 yang act/berlagak je terlebih, konon tak standard la tgk citer melayu kat wayang! Konon kalau cakap pun speaking je, dah tak reti cakap melayu dah....Kalau dengar lagu pun, Maroon5, Daughtry, or David Cook je. Mana layan lagu melayu (Xiet pun minat dorang2 tu. Hehe) So apatah lagi nak tgk wayang pilem melayu, apa kelas!

Xiet tak kisah sangat benda2 tu semua. Lantak la nak speaking melayu ke, english ke, spanish ke, jawa ke...Sebab kita skang bukan dok zaman bawah tempurung lagi. Tapi disebabkan zaman skang bukan zaman bawah tempurung la kita kena judge berdasarkan kualiti. So tak payah la rasanye nak 'act' terlebih2 tak tentu pasal. (Adik Xiet amek TESL tgk je citer Syurga Cinta! Kawan Xiet dok obersea 4 tahun boleh je layan citer2 melayu. citer tamil pun dia siap layan lagi tau)

Tapi Xiet pun tak salahkan orang2 yg berfikiran mcmni 100%. Maybe dorang pun tak larat nak tunggu citer2 yg best. Maybe dalam setahun tu, kalau ada 20 movies, 5 je yang best...Yang lain streotype. Kalau ada citer yang 'lain' sikit, terus kena ban. Takut kontroversi...Lagu pun memang tak banyak yang (maybe bg mereka) mencapai kualiti yang di expect. (lain la kalau layan indie...some indie songs are not bad... yang tak indie mcm Aizat and Faizal Tahir pun okie apa...kreatif...Eh, salah topic. hehe) So, maybe dorang pun malas nak bersangka baik lg pada filem2 Malaysia ni...Mungkin.

Point di sini bukanlah nak memerli mana2 pihak (penggiat filem atau penonton). Sebab setiap orang ada pendirian memasing. Begitu juga, kita semua ada quality standard yg berbeza2 terhadap sesuatu... Asalkan tak langgar syarak tak kisah je korang nak berpendirian mana. Bukan lah juga untuk Xiet promote orang tgk filem2 melayu and boycott filem2 mat saleh (bukan ada share pun). Jugak bukannya suro korang jadi kaki wayang. Tak tengok wayang lagi bagus. save banyak duit! hehe. Tapi sekadar nak berkongsi sedikit pendapat mengenai 'kemodenan gaya hidup yang nampak di luar, tetapi kesempitan pemikiran yang sebenarnya bersarang di dalam'.

P/S: Siriusly taktau kenapa tetiba tulis benda2 mcmni... well, inilah yang ada dengan filem Malaysia.

*********************************
--off topic---

Tadi, masa tengah google about something, suddenly terbuka satu blog berkenaan seorang penggiat filem yang tersohor di Malaysia. Ada lah sikit2 pujian tentang hasil kerja beliau, tak kurang juga dengan ucapan takziah buat keluarga beliau di atas pemergian beliau.

Tapi yang lebih banyak mendapat perhatian adalah tentang isu 'gender' beliau, iaitu tentang rumors yang mengatakan bahawa beliau adalah hermaphrodite, or dalam melayu dinamakan khunsa. But i dont wanna touch about that issue coz there's something else that has increased my interest level. bukan isu gender tu, tapi adalah tentang komen-komen daripada isu gender tu...

Apa yg Xiet lihat, komen2 tu mmg majority datang daripada orang islam. Dalam komen2 tu pandai mengutuk perbuatan beliau yang dikatakan menukar jantina-hubungan sejenis-etc. Tapi kenapa sebagai muslim, kita tak lihat adab ketika berhujah? bukankah apa yang dilakukan oleh setiap orang tu, in the end Allah yang akan evaluate. So perlu ke kita nak menjadi jurucakap Allah dengan mengatakah something very rude like "Bagus la ko mati. Cepatlah ko dapat siksaan Allah" or something like "Dia ni hina doh, suka-suka tukar gender. Habes la kat neraka nanti kena siksa"

First of all - Rumors are rumors... Even the closest family member of beliau didnt comment on anything about this... So why bother so much about the rumors esp after the person's death? So stop wondering about that coz that has nothing to do with your life rite?

2ndly, We are all human a.k.a servant of The Almighty God. Do we have any right to judge other servant which is just like us? ESPECIALLY judgement yang menggunakan ayat2 yang very rude, crude and vulgar. Yang kita happy sangat mengutuk tindakan orang lain dengan kata2 kesat, confident ke yang tindakan kita tu betul? Kan Allah dan pesan yang Allah tak suke kata2 cacian kepada orang lain?

3rdly, kita kena sedar yang blog atau website ni boleh di akses oleh sesiapa sahaja. Kalau kita terus-terusan kutuk mengutuk dengan ayat-ayat keras, lepas tu menggunakan agama dan nama Allah di dalam penilaian kita, bayangkan kalau non-muslim baca? apa yang dorang boleh fikir? Orang Islam ni sempit akal, kolot, etc... dan Islam tu agama yang hampeh....

Akhir sekali, nak cakap or buat apa2 pun, kenalah beringat2... there's barrier between retionale and emotionale. So when you talk about religion, dont ever cross the barrier.

Xiet_Enigma

August 11, 2009

Laa Yukallifu-llah nafsan illa wus'ahaa...

Petang tu, Xiet sangat tensi.... Semua nya serba tak kena. Mycelium yang Xiet culture tak menjadi mycelium, sebaliknya bertukar menjadi raksasa yang sedia untuk diserang oleh Kamen Rider... Sample yang ada pula, dah kering kontang.... Sudahnya, apa yang Xiet kerjakan selama 3 semester ni menjadi (lebih kurang) sia - sia sahaja sebab sekarang, Xiet kena tukar method baru pula... Arghhh... (Kalau tak faham apa yang Xiet cakap, buat - buat faham je la ekk... Maklumlah, celoteh yang takde hujung pangkal...huhu)

Petang tu, my Hubby kata nak balik awal. Tunggu punya tunggu, tak sampai - sampai pun? Sampailah Azan Maghrib, Xiet masih lagi tercongok seorang diri di dalam Lab yang dipenuhi oleh chemical - chemical yang tak boleh diminum dan cendawan - cendawan mentah... Rasa hangin satu badan mula menyetan... Xiet pun tak tahu kenapa. Padahal selamani Xiet boleh rileks je duduk di dalam Lab seorang diri sampai malam - malam buta....

Senja yang sunyi ditambah dengan lighting yang hampeh di luar tingkap lab membuatkan Xiet memikirkan nasib... Sekarang, H1N1 semakin mengganas. Konvo UM pula akan berlangsung sepanjang minggu. Hubby pula tak benarkan Xiet datang UM sepanjang minggu konvo, memandangkan statistik kematian akibat H1N1 semakin menjulang tinggi dan konvo adalah di antara event penyebaran virus dengan lebih efisyen (ramai orang). Nak - nak lagi, Xiet adalah di antara golongan yang berisiko tinggi untuk infected by H1N1.... Hadeiiii... Kerja banyak, tapi tak boleh datang lab.... macam mana ni?

Kata Hubby, dia takkan compromy kesihatan Xiet dan baby... Xiet pula cakap kat dia yang rakyat Malaysia ada lebih daripada 20 juta, dan yang mati tu cuma 40+ orang je (pada waktu ini). Dengan nada yang serius tapi cool (as usual) dia menjawab dengan sepotong hadith Rasulullah yang mengatakan bahawa kalau satu tempat tu ada wabak, janganlah mencampakkan diri ke tempat tersebut. dan kalau kita berada di dalam tempat yang ada wabak, janganlah kita keluar untuk menyebarkan wabak tersebut...(Xiet ingat hadith ni ada dalam Sahih Bukhari, kalau tak silap dalam bab Al-Qadr)....

Ayat akhir yang menyebabkan Xiet yang sentiasa suka melawan kata ni terus terdiam adalah;
"Kalau kata suami taknak ikut, kata Rasulullah tak kan taknak ikut juga?" Huhu....

To be honest, Xiet lebih risaukan Lab work berbanding H1N1. Candidature defence (a.k.a viva) dah tak lama lagi.... Xiet pula kena tukar method baru! Itu belum lagi assignment lain i.e syllabus meow-allaf dan proposal untuk di hantar ke PTS Millenia...Arghhh... Tensi tensi...

Menyedari waktu Maghrib yang singkat, Xiet terus segera bersiap untuk menunaikan solat Maghrib... Baru nak angkat takbir, terdengar deruman kereta Ferari Merah WFY 768 hubby membelah kesunyian senja... (Bunyi kereta dia memang confirm akan membelah kesunyian dan menarik perhatian... Huhu). Lantas Xiet menunggu dia untuk menunaikan solat maghrib berjemaah bersama... (Lepas solat nanti siap la Xiet nak membebel dan membebel dan membebel tentang kekusutan otak dan betapa bengangnye hati dgn situasi sekarang)

Masuk je dalam Lab, muka Hubby lain macam. Intonasi suara, lenggok bahasa, semuanya lain. Bila di tanya mengapa, barulah Xiet tahu yang Hubby pun ada masalah besar di tempat kerjanya... Tak jadi lah Xiet nak menyatakan kekesalan di hati, sebaliknya menyediakan telinga untuk mendengar luahan hati suami... Ternyata jihad Hubby lebih besar! pengorbanan dan tanggungjawabnya juga lebih dahsyat! Kesian Xiet tengok dia...

Lepas Hubby bercerita sedikit tentang apa yang dialaminya seharian di tempat kerja, barulah kami bersiap untuk Solat Maghrib. Ketika solat, dengan suara yang jelas tetapi amat lembut sekali, Hubby membacakan sepotong ayat di dalam Surah Al -Baqarah; Ayat yang sering menjadi zikir terutamanya ketika Xiet dilanda kesusahan. Ayat yang menyebabkan hati berasa sangat rendah, kerdil dan tidak berdaya. Ayat yang menyedarkan Xiet bahawa betapa Xiet adalah hamba yang tidak berdaya dan betapa Allah itu Maha Berkuasa!

Lantas, air mata pun mula berlinangan....

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. Mereka berdoa;

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana yang Engkau bebankan kepada orang - orang yang sebelum kami.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

Al - Baqarah, 2:286
Xiet_Enigma
110809
Clunk

July 14, 2009

Bertemu masa silam...

Dah lama rasanya Xiet tak update blog. Sejak tak sihat, banyak kerja tertangguh....Termasuklah nak mengupdate blog ni... Ada banyak yang nak Xiet kongsikan dengan rakan pembaca sekalian, tapi bila dah dok depan laptop ni, tiba - tiba jadi blur. Masa senggang yang ada sementara menunggu eksperimen ni harapnye dapatla Xiet manfaatkan dengan satu post yang tak seberapa ni... hehe...

Kisah kali ni adalah berkenaan dengan masa silam.

Setiap orang punyai masa silam masing – masing. Yang baik biasanya dijadikan kenangan. Yang tak baik pula selalunya lekat diingatan dan sukar dilupakan. Bak kata seseorang, “it’s like a wound that you got from an accident. You may recover, but the scar would live to tell you the story”

Tiada siapa yang boleh memaksa kita melupakan masa silam kita. Walaupun untuk memulakan hidup baru, ia bukan bermakna kita mampu untuk melupakan masa silam kita. Masa silam adalah hak kita; ia menceritakan tentang kisah hidup kita dan siapa kita. - We live with out past.

Namun, adalah kurang bijak jika kita menyalahkan masa silam untuk menjadi alasan kenapa kita bertindak melulu, penuh emosi, atau menyusahkan orang lain.

Jika kita merasakan kita mempunyai hak untuk bertindak di luar rasional dan bersifat mementingkan diri dan emosi sendiri hanya kerana kita punyai masa silam, maka bagaimana pula dengan orang lain? Jika orang lain boleh bertindak rasional dan profesional walaupun mempunyai masa silam yang kurang baik, mengapa kita tidak mencuba?

Bagaimana pula dengan status Khalifah yang Allah kurniakan kepada manusia? Adakah logik seorang khalifah yang dilantik oleh Penciptanya yang Maha Agung mampu mentadbir dan mengurus alam ini jika dirinya penuh dengan emosi yang melulu dan mudah terbawa - bawa dengan apa yang dilaluinya suatu ketika dahulu di dalam hidupnya?

Bagaimana pula dengan kelebihan aqal dan fikiran yang telah Allah kurniakan? Adakah ia hanya digunakan ketika menelaah pelajaran dan menjawab peperiksaan? Tapi bila berhadapan dengan peperiksaan dan ujian kehidupan yang satu ini (menguruskan emosi), kita hanya buat ikut kemahuan hati dan tidak berfikir secara rasional.

Bukan mudah untuk menguruskan emosi. Apatah lagi jika kita berhadapan dengan mereka yang terlibat dengan masa silam kita. Tapi cubalah kita tanamkan di dalam diri; Kita tidak mahu dikuasai oleh masa silam yang hanya mengganggu emosi, kerana kita lebih berkuasa daripada masa silam kita...

Jika kita adalah diantara mereka yang suka terbawa – bawa dengan emosi dan masa silam, ingatlah bahawa walaupun kita hidup bersama masa silam, tapi masa silam hanya untuk dikenang sahaja. Ia sepatutnya adalah pengajaran yang boleh dijadikan pedoman di dalam kehidupan, bukan untuk menjadi alasan supaya kita berdendam dan bersedih.

Life is short; so be grateful of what we have, and live our life to the fullest of joy...

The past is unforgotten; but we are now living in the present – the one that will determine what our future is going to be.
BE STRONG!

Xiet_Enigma
140709; 21 Rejab 1430.
10:54AM
UM

June 25, 2009

Dai'e-dai'e yang penat...

Kehidupan dunia sememangnya penuh cabaran dan dugaan. Begitu hebat dugaan yang perlu ditanggung sehingga seringkali hati melebihkan tuntutan dunia berbanding segala – galanya, demi memastikan kehidupan lebih selesa dan terjamin.

Namun, persoalan yang timbul; sejauh manakah hati melayan karenah nafsu duniawi? Adakah sekadar memastikan kehidupan lebih terjamin, ataupun sehingga menjadikan nafsu itu menguasai priority kehidupan?

Wahai para du’at,
Di manakah anda semua? Adakah sudah penat mengemudi perahu dakwah sehingga mahu mengundur diri? Ataukah sudah tidak berdaya menyelusuri jalan dakwah yang penuh pancaroba lantas mahukan rehat yang panjang, tidur yang lena serta mimpi yang indah? Ataukah minda sudah kehabisan segala idea kerana tidak mampu menyaingi hati yang cenderung melebihkan tuntutan nafsu duniawi?

Wahai para muslimin,
Jika dahulu, sengguk sanggup ditahan dek kerana memerah otak bagi memastikan kupasan isu dibahas bersama dengan matang. Jika dahulu, waktu yang terhad ketika berjumpa para ikhwan digunakan untuk bertanya khabar dan membincangkan isu agama. Jika dahulu, masalah ikhwan adalah masalah anda juga…

Kini,
Semua masa dihabiskan hanya untuk mencari wang ringgit, agar dapat merealisasikan impian untuk membeli mobil idaman. Segala yang difikirkan hanyalah bagaimana caranya untuk menaut hati si gadis yang dicintai. Perjumpaan dengan ikhwan dihabiskan dengan perbualan tentang berapa tebal duit di poket masing – masing, berapa buah kereta yang dimiliki dan berapa orang isteri yang ingin dinikahi.

Jika dahulu, masalah sahabat anda adalah masalah anda juga. Kini, sahabat yang paling rapat di sisi anda suatu ketika dahulu, langsung tidak pernah anda hiraukan lagi. Sayangnya ukhuwah dimatikan begitu sahaja. Lebih – lebih lagi, jika sudah punyai isteri. Hidupmu hanya untuk dirimu dan isteri tercinta sahaja!

Di manakah pejuang – pejuang Islam yang dahulunya sentiasa bersiap siaga terhadap apa juga mehnah dan tribulasi di dalam perjuangan dakwah? Di manakah lelaki – lelaki soleh yang dahulunya sentiasa membicarakan soal perjuangan agama?

Wahai para muslimat,
Yang belum berkahwin, sibuk memikirkan masalah percintaan masing – masing. Yang sudah berkahwin pula, menjadikan alasan tugasan rumah tangga yang terbeban sehingga tidak sanggup turun ke medan dakwah. Yang belum bercahaya mata, sibuk menjadikan kerjaya sebagai alasan untuk tidak mahu diganggu. Yang sedang berbadan dua pula, menjadikan alasan ‘pembawaan budak’ dan tidak berdaya untuk menyumbang idea dan tenaga. Manakala yang sudah bercayaha mata, konon ingin fokus kepada pembinaan baitul muslim dengan mendidik anak – anak menjadi para pejuang Islam. Tetapi, jika si ibu tidak memberi contoh yang baik kepada anak, bagaimana si anak ingin meneladani ibunya?

Di manakah serikandi – serikandi yang dahulunya sentiasa berada di soff hadapan setiap kali Islam dipersendakan? Di manakah wanita berhati tabah yang bijak menguruskan hal peribadi agar tidak sesekali mengganggu tugasan dakwah?

Fikirlah semula,
Adakah semua itu benar – benar masalah yang tidak mampu dielakkan, yang menyebabkan kita terpaksa memilih untuk bergerak pasif atau terus tidur di dalam medan dakwah? Ataukah hanya 2% sahaja kebenaran, manakala selebihnya hanya ALASAN YANG DICIPTA SEMATA – MATA?!

Memang benar, setiap pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas, itu adalah ibadah. Dan setiap muslim yang berusaha melakukan yang terbaik demi agamanya, itu adalah jihad. Islam tidak pernah menghalang penganutnya untuk berjaya. Islam tidak pernah menghalang penganutnya untuk menjadi kaya.

Namun, tanyakan kepada diri sendiri, adakah kita benar – benar menganggap pekerjaan kita sebagai satu bentuk ibadah dan jihad? Bagaimanakah sikap kita di dalam menguruskan pekerjaan kita? Adakah kita tergolong di kalangan mereka yang hanya mementingkan gaji masuk ke dalam akaun setiap hujung bulan? Adakah kita tergolong di antara mereka yang banyak menggunakan waktu senggang di tempat kerja untuk bergosip murahan dan sebagainya? Sudah lah kerja dakwah ditinggalkan jauh di belakang, pekerjaan yang sepatutnya menjadi ibadah pun, tidak kita laksanakan dengan sebaik mungkin. Kemudian, tanpa rasa malu mahu menjadikan kesibukan harian sebagai alasan kita tidak sanggup turun ke medan dakwah lagi.

WAHAN = cintakan dunia dan takutkan mati…

Masih ingatkah istilah itu?

Sejak bila kita mula mencintai dunia sehingga leka dengan segala isinya? Ye, sejak kita sudah punyai gaji yang besar, kereta dan rumah yang selesa, dan pasangan yang lebih penting dari segala – galanya!

Buktinya?
Jika dahulu, bila kita mendengar tasjie’, hati akan menjadi sayu, lantas terus memuhasabah diri terhadap segala amanah masa yang telah kita sia – siakan dengan aktiviti yang tidak memberi fa’edah kepada agama. Langkah yang sumbang di atur kembali agar tidak tersalah strategi.

Tetapi kini, apabila mendengar tasjie’, hati menjadi marah, lantas terus membela diri yang dirasakan tidak bersalah.
Apakah perbezaan mereka dengan kita?
Adakah zaman mereka Islam berada di bawah, dan zaman kita Islam sudah berada di atas?
Adakah mereka tidak mempunyai keluarga seperti kita?

Perbezaannya adalah;
Mereka menganggap perjuangan menegakkan tauhid bukan sebagai hobi di masa lapang atau sekadar aktiviti ketika berada di kampus. Mereka menganggap perjuangan ini sebagai satu kewajipan dan tanggungjawab untuk mencari keredhaan Allah. Kerana itu, mereka meletakkan kesungguhan terhadap setiap usaha dan kerja mereka.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang – orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

Mereka itu adalah orang – orang yang bertaubat, yang beribadah, yang memuji Allah, yang melawat (untuk mencari ilmu dan berjihad), yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar, dan memelihara hukum – hukum Allah. Dan gembirakanlah orang – orang mukmin itu” ¬_ At – Taubah, 9:111-112

Xiet: Ohh… satu lagi perbezaan yang ketara di antara kita dan mereka adalah – Mereka buat kerja – kerja yang bahaya dan mencabar demi untuk menegakkan ajaran Tauhid. Siap pergi ke medan perang lagi. Kita? Herm… sekadar buat kerja ciput yang tak seberapa pun tak mampu untuk dilangsaikan…

Xiet_Enigma
250609;2 rejab 1430
U11

June 18, 2009

Nikmat kesakitan

Prophet Muhammad said: "no fatigue, nor disease, nor sorrow, nor sadness, nor hurt,nor distress befalls a muslim, even if it were the prick he receives from a thorn, but that Allah expiates some of his sins for that" _ HR Bukhari.

Kesakitan... Mampu menyedarkan manusia yang tersasar jauh dari jalan kebenaran agar kembali ke pangkal jalan.

Kesakitan... Mampu mengingatkan manusia yang alpa dengan kehidupan dunia, agar mengingati kehidupan akhirat.

Kesakitan... Adalah ujian yang disebaliknya terletak hikmah yang besar.

Lima hari menderita dengan apa yang dikatakan sakit, barulah hati sedikit peka terhadap bekalan dan persediaan yang perlu di bawa ke alam yang abadi. Sepanjang terlantar dengan 'nikmat' kesakitan, barulah hati tergerak untuk berkira - kira, entah berapa lama lagi diri mampu untuk menghirup udara Allah di muka bumi ini. Entah kan sempat melalui hari esok, entahkan tidak. Itulah lumrah manusia yang sering leka; Bila berhadapan dengan musibah, barulah rohani mula mencari jamahannya.

Disebalik ujian kesakitan, terhimpun pelbagai kebaikan. Dengan kesakitan inilah, jiwa mampu memupuk sabar, bertenang sedikit dan boleh melupakan sejenak masalah harian yang tak pernah berkesudahan.

Dengan kesakitan inilah, hubungan kasih sayang di antara ahli keluarga menjadi semakin intim, kasih sayang seorang suami terhadap isterinya semakin terserlah, dan menebal lah kecintaan dan penghargaan seorang isteri terhadap suaminya yang sanggup berjaga sepanjang malam, menjaga kebajikan isteri di waktu si isteri dilanda musibah.

Ujian kesakitan ini, telah menyedarkan diri tentang betapa beruntungnya nikmat kesihatan. Telah menginsafkan badan yang selama ini sihat, akan betapa nikmatnya jika dapat solat di dalam keadaan sempurna. Ujian kesakitan ini jugalah yang telah merafa'kan kesyukuran dan keberuntungan diri kepada Allah, kerana berada di dalam sebuah agama yang sangat mudah dan praktikal, yang sentiasa memberi alternatif kepada penganutnya agar bisa mengamalkan suruhan agama mengikut kondisi dan kemampuan individu. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

"...(Allah) has not laid upon you in religion any hardship..." (Al - Hajj, 22:78)

Xiet_Enigma
170609
SSU11

May 29, 2009

Umpama mencurah air di daun keladi

Umpama mencurahkan air ke daun keladi
Bermaksud: Berbuat kerja yang sia – sia, atau buat sesuatu yang tak mendatangkan hasil.
Contoh:
1. Buat baik, insyaAllah dapat pahala. tapi kalau buat baik dengan harapan mengharapkan balasan, dan tidak ikhlas melakukannya, mungkin kerja itu hanya akan dapat penat dan sakit hati je...

2. Cuba untuk membetulkan salah faham orang yang memang tak faham bahasa. Herm... Perbuatan tu akan jadi sia - sia dan mungkin akan menjadi satu pergaduhan yang berlarutan dan lebih teruk. Lebih baik tak payah layan, dan kalau nak juga explain salah faham tersebut, jelaskanlah tapi tak payah nak berbalas - balas kata dengan orang seperti itu.... takkan berkesudahan punyelah!
********
Manusia ni ada pelbagai ragam. Ada yang suka menjadi hero, ada yang suka dilihat sebagai orang yang sentiasa tahu serba-serbi, dan ada pula yang suka dilihat sebagai orang yang selalu menjadi mangsa keadaan. Apapun, secara normalnya takde sekuman manusia kat dunia ni nak dilihat sebagai orang yang bersalah. Kalau boleh, takde siapa nak tampil dan mengaku kesalahan. Bak kata pepatah jawa yang femes, “Kuman seberang laut boleh kita nampak, tapi gajah yg ada di depan mata langsung kita tak perasan”. Atau bak kata pepatah Irish “memang senang menuding jari kepada orang lain tetapi tersangatlah susah menuding jari kepada diri sendiri”

Post kali ini adalah untuk membawa kawan-kawan kepada perkara biasa yang kita lakukan @ orang lain lakukan kepada kita, yang sebenarnya perlu kita muhasabah semula, adakah ia sesuatu yang patut untuk dilakukan ataupun adakah ia sesuatu yang seharusnya kita lakukan berdasarkan keikhlasan? Tepuk dada tanyalah selera!


1. Cara yang kini sudah menjadi ‘norma’ untuk minta maaf;
“Kalau awak rasa saya salah, and nak saya minta maaf, OK. Saya minta maaf”

“Saya minta maaf. Tapi saya harap awak boleh open your mind and fikirkan semula apa yang telah awak lakukan terhadap saya,”

Maksud
‘OKlah, kalau kau rasa aku bersalah, aku minta maaf. Tapi aku buat tu pun sebab kesalahan kau terhadap aku jugak. Kalau kau tak buat salah kepada aku, aku pun tak lah buat salah kepada kau!’

Kesalahan
Kalau nak minta maaf, mintalah kemaafan itu dengan ikhlas. Lakukan dengan cara yang betul. Jangan minta maaf sebab indirectly nak sembur orang lain punya kesalahan pula. Sebab kalau kita minta maaf dengan cara ni, percayalah dalam hati kita, kita tak rasa kesal pun terhadap apa yang kita lakukan, dan kita pun taklah nak memaafkan orang tu sangat dan kita tak rasa patut pun untuk minta maaf. Ini adalah cara minta maaf bagi orang yang EGO dan sarkas-tic.

Cara yang sepatutnya untuk minta maaf
“Saya minta maaf terhadap kesalahan yang telah saya lakukan hingga menyebabkan awak terguris hati” (Atau yang sewaktu dengannya)

Memang tak dinafikan BUKAN MUDAH untuk kita minta maaf. Nak mengaku kesalahan sendiri pun susah, apatah lagi nak minta maaf kepada orang lain. Tak salah untuk kita menjelaskan sebab musabab terhadap apa yang kita lakukan. Tapi bukan dengan cara kita minta maaf dan lepas itu menjadikan ungkapan maaf tersebut sebagai lisence untuk kita ungkit ‘kesalahan’ orang tu (tu pun kalau betul die buat salah la. Sebab kadangkala, manusia ni suka mencari mangsa untuk melempiaskan rasa tidak puas hati. Contoh, bila kita rasa bersalah, kita akan automatically mencari kesalahan orang yang terlibat, walaupun pada dasarnya dia tidak salah apa – apa)

Apa kata kalau nak minta maaf, mintalah maaf dengan niat yang betul, iaitu kerana rasa bersalah dan kesal. Orang tu nak fikir balik apa kesalahan dia ke, or nak fikir balik kenapa kita buat semua tu, itu terpulanglah pada die. Kalau dia baik, dia akan fikir balik apa pulak kesalahan dia and automatically akan minta maaf kepada kita. Tapi adakah itu tujuan kita minta maaf? (Untuk sedarkan dia apa silap dia). BUKAN! Tujuan minta maaf adalah kerana kita rasa kita bersalah, dan kita patut minta maaf terhadap kesalahan kita.

Dan percayalah, bila kita minta maaf dengan jujur dan ikhlas, sebenarnya kita telah mendidik diri kita menjadi seorang yang SABAR, dan dalam masa yg sama memupuk diri kita menjadi seorang yang PEMAAF, bukannya menjadi ‘sarkas’tic. Kerana bila kita bersedia untuk meminta maaf, sebenarnya, kita telah terlebih dahulu bersedia untuk memaafkan kesalahan orang lain.


2. Cara yang normal untuk menyalahkan orang/perkara lain

“Ish… Kenapa semua orang bersikap dingin kepada aku? Ini mesti si fulan yang telah menghasut orang lain supaya jangan berbaik dengan aku. Iyelah, semalam aku baru je tengking dia, mesti dia tak puas hati lantas terus menghasut orang lain supaya jangan berbaik dengan aku”

“kerja saya tak berjalan dengan lancar. Ini mesti gara – gara si fulan yang telah sabotaj kerja saya kerana dia tak suka saya!”

“Alamak, baju yang saya beli ni nampak tak sesuai. Ini semua awak punya pasal lah, awak yang convince saya supaya beli baju ni. Awak kata cantik, saya tengok tak cantik pun?!”

“Aduh… aku tersepak batu! Sakit kaki aku. Ini batu punya pasal lah, apehal ada kat tengah – tengah jalan!”

Kesalahan
Mudah untuk kita mewujudkan persepsi negative terhadap orang lain dan menganggap seseorang adalah penyebab orang lain tak baik dengan kita, atau mengganggu kelancaran kerja kita. Tapi pernahkah kita fikir dan muhasabah diri semula, adakah kerana orang lain yang sabotaj kita atau sikap kita sendiri yang menyebabkan orang kurang selesa dengan kita?

Ye, mungkin anda jenis yang suka memberi persepsi kepada orang lain dan terus ingin membalas perbuatan yang bagi anda cukup negatif, tapi tak semua orang seperti anda. Tak semua orang suka mengenakan/sabotaj orang lain. Jangan suka fikir negative sahaja!

Cara yang sepatutnya untuk melihat sesuatu ma-salah
Jadi sebelum menyalahkan orang lain, apa kata lihat dulu diri di hadapan cermin, dengar penjelasan dan komen orang lain terhadap diri kita dan cuba terima komen – komen tersebut sebagai pengajaran yang baik, dan cubalah untuk berubah untuk lebih memperbaiki quality diri kita. Jangan pula cuba menjadikan orang lain sebagai kambing hitam atau punca ketegangan dalam masalah yang dihadapi.

Yang penting, kita tahu apa yang kita buat dan lakukan ia dengan baik. Kalau dah memang ada orang sakit mata dan hati dengan kita, jangan dilayan orang seperti itu kerana kalau kita layan, apa bezanya kita dengan orang tersebut?

Dan kalau memang ada orang yang sakit hati dengan kita dan cuba untuk sabotaj kita, cubalah bawa berbincang dengan baik. Belum tentu apa yang kita fikir itu betul. Jangan pula terus nak balas balik perbuatan bodoh tersebut! Kalau memang benar – benar dia ingin mensabotaj, dan orang tersebut jenis yang tak boleh dibawa berbincang, sekali lagi abaikan dia, kerana dia adalah di luar daripada kawalan kita. Focus sahaja kepada our circle of influence. Buat kerja dengan baik dan of course buat baik kepada rakan-rakan lain. ‘Baik kepada rakan-rakan’ di sini bukanlah bermaksud untuk ‘mengadu domba dan cuba mempengaruhi kawan lain’ tapi baik yg sememangnya ikhlas dan bukannya di dasari oleh ‘ada udang disebalik mee goreng’!

Ingatlah; kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir. Keputusan di tangan kita. Orang lain boleh mempengaruhi kita tetapi in the end, kita yang decide. Kalau kita dah buat keputusan dan kemudian dapati keputusan itu bukan yang terbaik, elakkanlah daripada terus menyalahkan orang lain, sebaliknya terimalah ia sebagai pengajaran buat diri sendiri. Kerana, selagi kita asyik menyalahkan orang lain, selagi itulah kita tidak akan melihat kesalahan diri sendiri, dan selagi itulah kita tidak akan memperbaiki diri.


3. Cara yang normal untuk menyatakan ‘keikhlasan’

“Saya dan lakukan blah, blah, blah, untuk awak, dan saya ikhlas untuk membantu awak. Tetapi kenapa awak tak berterima kasih dan menghargai saya?”

“Kenapa awak tak boleh tolong saya, sedangkan saya dah pernah tolong awak?”

“Awak mesti tolong saya, sebab saya dah pernah bersusah payah tolong awak. Dan saya ikhlas. Adakah awak ingat saya wajib tolong awak jadi dengan mudah memohon bantuan saya? Jadi awak sepatutnya tolong saya balik”

“Apa yang saya lakukan, saya tak pernah mengharap balasan. Dia ingat senang ke saya nak tolong dia? Saya dah lakukan A,B,C,D,E…. Saya bukan nak menungkit tapi dia patut tahu”

Kesalahan
Herm… kalau dilihat struktur ayat, terdapat banyak percanggahan di dalam ayat itu sendiri. Kata ikhlas, tapi mengungkit. Kata ikhlas, tapi mengharap balasan… etc… Rasa boleh fikir sendiri kot.

Cara yang betul untuk menyatakan keikhlasan
Ikhlas = melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan, tak kiralah pujian yg melangit, penghargaan, bayaran, atau yang sewaktu dengannya.

Keikhlasan itu adalah sesuatu yang subjektif dan sangat secretive. Ia adalah perihal hati, di mana hanya hati sahaja yang tahu. Kita tak berhak menilai keikhlasan seseorang kerana kita tak tahu apa yang ada di hati seseorang.

Tapi sebagai sang empunya hati, kita patut menjaga hati dan diri sendiri supaya tidak menungkit apa yang pernah kita lakukan.

Keikhlasan seseorang boleh berubah serta-merta dengan kemarahan. Kerana marah, kita mampu mengungkit segala kebaikan yang telah kita taburkan. Daripada ikhlas, jadi tak ikhlas.

Maka jagalah hati daripada amarah yang melampau sehingga boleh membatalkan keikhlasan. Dan didiklah hati supaya sentiasa melupakan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain, sebaliknya kenanglah kebaikan yang orang lain lakukan kepada kita.

Cara nak bagitau ikhlas?

Perlu ke bagitau yang kita ikhlas? Diam aje lah! :-)
Dan kalau dah rasa hati tu susah sangat nak ikhlas, tak payahla nak baik hati tolong, lepas tu mengungkit macam – macam sampai orang pun naik bosan…

p/s: lu pikir lah sendiri…

May 25, 2009

The love of my life... (curik dari minah senget)

Dear the man that I love the most,


I know I've been making your life a living hell. I'm the hardest one to handle. But I miss the good old days. Today, I want to wish you a very happy 50th Birthday. I'm sorry for everything. Sometimes I forget that you are the dad and I'm the daughter, not the other way around. I expect you to UNDERSTAND me. But it's impossible you have seven children and I can't be so greedy I can't have YOU all to myself, I need to share you with my six other siblings and two mums, and not to forget, your friggin WORK that steals most of your time! But i miss the good old days, i really do. I hope we could go back to those days where you have all the time in the world to spend with ME. We used to be so close. You used to be my wolverine, you were my superhero, and I used to be your sweet little baby. But things ar different now..

You are still the man that I love the most. I know I break your heart so many times. I rebel. if only you knew that all I want is for us to be like we used to be, and I will be that sweet little girl that will always obey you, like I used to be, not this furious, angry lady that will always go against you. But indeed, things have changed..
You mean the world to me, ayah. I don't know what my life will be without you. We fight almost everyday, i hurt you so many times, but deep inside, I'm hurt too.

I love you, ayah. I will always do. You will always be the man that I love the most.

HAPPY 50th BIRTHDAY.





The world of my life!


love,


your second daughter.


Bee (Xbietaquouallah) - betul ke ejaan nama ko macamni?

p/s: Wei, bila nak bagi hadiah ayah? tak bagi2 pun!
___________________________________________________________-


comment from Xiet;
Yeah... you are the most stubborn person i've ever found in my life... you are so damn complicated (than me. haha), so selfish, so everything! and fyi, it's not only Ayah's feeling that you always hurt... It's your sis’s and other siblings' as well....

But this is the miracle and magical of family-bond. You hate your family members, but yet you love them... All at the same time. I hate you, but always, I help you (though you are the one who always urge ppl to help you.) I hate you but yet, I always want the best for you....

This family is so freak! But we live in, and we survived.... We take the good side, and leave behind the miseries. We blend each and every mixture of the feelings and emotions we shared, and we transformed it into what we call as 'our family'...

We have everything here. We have each other...

Urghhh... POYO lah...

May 19, 2009

Repost: Hidup - Madah menagih erti

Kita sangka racun, rupa-rupanya penawar
Kita sangka penawar, rupa-rupanya racun
Namun, itulah yang membuatkan hidup ini penuh erti
Kerana segala-galanya di luar jangkauan kewarasan manusiawi…
Yang putih rupanya kaca menghiris diri
Yang hitam rupanya mutiara tersembunyi
Yang tersurat biasanya tiada erti
Yang tersirat biasanya rahsia realiti
Yang dihormati si angkuh tak kenang budi
Yang dipinggir si pemilik luhur hati
Tiada siapa tahu isi hati
Melainkan si Rabb Al-’Izzati…

Nukilan,
Xiet_Enigma
10 oktober 2008

May 13, 2009

Feedback and Response to Personality conflict

May Peace be upon all of you...
Attn: Please refer to title post
Below are some common feedback that I got regarding my previous post entitled personality conflict...(from face to face conversation as well as YM...Arigato for the comments)

Q: You were saying that you like to be different and you hate copycat. But I think it’s good if we copy people with regard to good deeds because Allah has told us to perform an Amal Ma’ruf Nahi Mungkar, and also to always Wata wa Soubil Haq, Wa tawa Soubi- sobr (join together in the mutual teaching of truth, and of patience and constancy)

A: I agree. But if you could understand my writing, you would know that I was not referring to Perkara – perkara Wajib and Sunnah in our religion. I didn’t mean of wearing veil for example… or in sadaqah, or in being a volunteer for a charity whatsoever. These are for sure our teaching of Islam and everybody should follow.

It’s just about something that you CAN figure out yourself (if you could. Haha). Like your hobby, interest, fashion… and all. There’s a secret behind it; the more you match-and-try, the more creative you would be. And also, it will build up your confidence level in some way. (Well at least it works for me :-)). There’s no rule regarding what you should or should not do for your interest. (selagi it is not against Sharee’ah) So why should always follow? Why don’t sometimes create your own style?

kejap kecik, kejap besar... mana satu ni?!


Q: Doesn’t it good to take benefit from others, and leave the wicked behind? For instance, we see something good in what people do, we take it. We see something horrible in what people do, just leave it. Isn’t that is the best learning? And I think the best teacher is our surrounding, our friend.

A: Yes. Agreed… Ok, let’s just KISS! (Keep it simple, stupid! oppsss... NO. it should be Keep it short and simple. Hehe)

1. In whatever we do, there’s always a possibility; it’s either we influence others, or we got influenced by others.

2. If you think there’s something that worthwhile, take it. The problem with photocopy machine is that it copies EVERYTHING, in exact precise. No alteration, no differentiation. If you can manage to scan, edit, and only take the good side, than it’s up to you…

3. Always remember that everything that we do is evaluated by our ‘niat’. So if you want to do something, do it with your heart, and with a good intension. Coz otherwise, trust me it won’t last long. It would be like hangat – hangat tahi ayam je. You must have your own objective, and like I said, not JUST because you think it’s cool, or because you see your friend do/have it and so you also want it.

4. A FRIEND… doesn’t feel threaten by her close friend, especially concerning her strength, talent and personality. A copycat… YES, he/she might feel threaten… (Refer to my response towards a comment from Noranuar on Personality conflict)… And a good friend is not a copycat, and should not be one; coz friendship is about sharing and respecting each other’s opinion, not about competing each other. More importantly, Friendship is about Honesty.

Oh, why on earth do I explain this and respond to the feedback that I got? Urghh… Never mind… have a good day and good bye!

P/S: everybody, every creature is B.E.A.U.T.I.F.U.L. So trust yourself, be confident and most importantly, be YOURSELF… got what I mean ha? Peace!

May 8, 2009

WANITA... ISTERI

“Disebalik kejayaan seorang lelaki, pasti dibelakangnya seorang wanita”

Begitu tinggi darjatnya seorang wanita di dunia ini. Seorang wanita mampu sekaligus bertindak sebagai seorang isteri, ibu, pendidik dan pekerja; Seorang ibu yang menjaga dan mendidik anak, seorang isteri yang sentiasa menyokong suami dan menjadi tulang belakang disebalik kejayaan suami, seorang suri yang mempersiapkan segala makan pakai seisi rumah, dan seorang pekerja yang menyumbang tenaga dan idea kepada masyarakat.

Rahsia kejayaan seorang suami terletak pada pendampingnya. Isteri adalah teman bicara, teman berbincang dan teman berkongsi suka dan duka. Dengan redhanya seorang isteri membenarkan suaminya berpergian meninggalkannya kerana urusan kerjaya atau perniagaan, barulah si suami berasa lapang dada untuk melakukan pekerjaan. Dengan sikap memahami yang ada pada isteri, barulah suami berasa bertuah mempunyai teman hidup yang sentiasa ringan tulang dan cerdas otak di dalam membantu merungkai kekusutan yang sering menjengah. Dengan mensyukuri indahnya kehadiran seorang isteri, barulah suami berasa sejuk hati dan mampu melupakan segala masalah yang dihadapi ketika di pejabat.


“Isteri bukan hak milik, tapi Anugerah” _ dipetik daripada filem Cinta.

Ya, isteri adalah seorang teman hidup, bukan hamba yang boleh disuruh dan diarah. Gelaran itu sungguh mulia dan tidak layak untuk disalah erti. Isteri mempunyai tanggungjawab untuk mempersiapkan dan melengkapkan apa sahaja keperluan zahir dan batin seorang suami, tetapi ia bukan bermakna segala – galanya perlu diletakkan di bahu isteri.

Isteri bukan hamba sahaya yang boleh dimarah dan diherdik jika apa yang dilakukan dirasakan tidak memuaskan. Isteri adalah teman yang perlu ditegur jika apa yang dilakukan tidak sedap dipandang mata.

Sering berlaku di dalam sebuah rumah tangga di mana isteri tak menang tangan melangsaikan semua urusan harian manakala suami hanya duduk membaca surat khabar atau menonton televisyen. Jika lambat sikit apabila dipanggil, atau masakan ada yang tak kena, mulalah suami naik angin! Pendek kata, segala keinginan dan keperluan suami wajib dibereskan secara sempurna oleh si isteri. Alasannya, suami sudah penat seharian mencari nafkah untuk keluarga. Hai, bukankah zaman sekarang isteri juga keluar membantu suami mencari nafkah? Jadi mengapa pula suami tidak boleh ringan tulang membantu isteri menguruskan hal rumah tangga? Dan adakah itu satu lisence yang menghalalkan suami untuk sewenang – wenangnya melayan isteri tak ubah seperti orang gaji?

(Selingan...)
Kalau sekadar nak melayan isteri seperti orang gaji, lebih baik tak payah kahwin, hire je la pembantu rumah! Oh, terlupa pula, kalau tak kahwin, kurang satu nikmat yang boleh dilakukan terhadap wanita tersebut… ish ish ish…

Menjadi suami bukan bererti anda berkuasa menentukan apa sahaja untuk isteri mengikut sesuka hati. Isteri juga bukan employee yang perlu diadakan rules & regulation yang bukan – bukan dan boleh dikongkong dan ditegah itu ini. Isteri masih seorang manusia yang masih perlu kehidupan sosialnya bersama kawan – kawan dan mempunyai minat atau hobi yang tidak salah untuk dilakukan.

Wahai para suami,
Hargailah isteri /isteri – isteri anda sementara mereka masih di sisi anda. Jangan nanti bila sudah tiada barulah terasa susah hidup tanpanya, dan tak lengkap segala urusan kerana ketiadaannya.


P/S: Alhamdulillah, aku dikurniakan seorang teman setia yang memahami perjalanan hidup dan tugasa seharian ku. Alhamdulillah, aku dianugerahkan seorang suami yang tidak buta menilai pengorbanan seorang isteri...


Xiet_enigma
11:00AM; 080509
UNI MALAYA

May 5, 2009

my life is pathetic? oh no. hehe

“Macam mana Jie bahagikan masa?”
Soalan sebegitu sudah acap kali Xiet terima. Tak kisahlah samada daripada rakan, adik – adik usrah, atau adik – beradik kandung sendiri… Setiap kali Xiet dapat soalan macam tu, Xiet akan terkebil – kebil sekejap, flash back apa yang telah Xiet lakukan dan bagaimana Xiet melakukannya…

“Asyik busy je. So how/when do you enjoy your life?”
Heerm… Soalan itu menunjukkan seolah – olah cara hidup Xiet seharian seperti sangat pathetic or tak boleh survive je. Ish, teruk sangat ke kehidupan Xiet? Rase macam tak je. hehe...

Sebagai seorang Master student yang masih di tahap yang hampeh dan belum lagi dapat result eksperimen yang membanggakan, memang kebanyakan masa Xiet dihabiskan di UM. Biasanya Xiet adalah orang paling awal yang sampai, dan orang terakhir yang balik. Datang sekitar pukul 8.00 – 8.15 AM, balik sekitar pukul 8.00 – 9.00 PM. Kadang – kadang lewat ke pukul 10.30PM. Kekadang weekend pun datang jugak. (tapi Dr evaluate kehadiran 3/5 je. Huhu. Takpelah, Lab Xiet jauh dari bilik Dr., dan yang penting kita tahu apa yang kita buat dan niat kita betul. Dr. pun dah banyak sangat membantu. Xie xie ni Dr.!)

Lab Biokimia... Menumpang kejap...


Isya'



Time solat pun boleh posing lagi ke?


Teman setia...

Selain kelas Mandarin, Xiet dan suami pun suka juga membusy-body kan diri dengan kelas /kuliah/seminar. Maklumlah, banyak benda Xiet tak tahu lagi. So kenalah belajar. Takpun, kalau Xiet takde pape, Xiet teman Anuar ke forum – forum yang menjemput dia sebagai moderator atau speaker. Kalau Anuar pula free, dia akan hantar dan ambil Xiet pergi discussion dengan adik – adik.

Abu Meow sekarang pun dah menjadi sub kepada Yayasan Iqra’, iaitu sebuah NGO berdaftar yang berobjektifkan pendidikan dan penyebaran ilmu. (takdelah busy sangat pun. bunyi je macam gempaq. haha) Selain meeting, Xiet jugak terlibat dengan pembuatan Silibus di dalam unit Twaining (Training for Trainer) dan Meow-allaf (Muallaf management). Alhamdulillah silibus Twaining dah siap. Tapi silibus untuk Meow – Allaf ni agak lebih mencabar dan perlukan komitmen yang tinggi. Herm, pernah juga orang tanya, bila Xiet ambil masa nak siapkan silibus tu? Hehe… jawapan?...

Xiet dan suami ada satu hobi yang sama; kami sangat giler membaca! Kalau dulu, Xiet memang tak layan langsung novel – novel apatah lagi Chick Book. Yukss… tapi itu dulu lah. Sekarang Xiet lebih banyak memvariasikan genre bacaan. Ada banyak sebab. Paling utama, sebab baca buku – buku macam tu kekadang memang boleh release tensyen. He he he…



Selalunye masa ni lah Xiet layan buku~Asiari SACC Mall


Sesi menunggu sambil layan~

Selain buat benda – benda seperti di atas, Xiet pun ada tanggungjawab lain (ayat poyo). Seorang isteri yang perlu sentiasa menjaga kebajikan dan keperluan rumah tangga, seorang sahabat kepada teman – teman yang sangat suka hang out dengan kawan – kawan, seorang anak dan kakak sulung yang perlu sentiasa peka dengan masalah keluarga dan kena balik jenguk parents terutamanya ayah yang sangat manja, dan seorang menantu yang kena jugak balik jenguk mak mertua dan adik – adik ipar, mengambil tahu masalah dan keperluan mereka… Oh, jugak seorang cucu sulung yang kena jugak balik jenguk nenek dan atuk, atau makcik pakcik yang selalu ada je kenduri kendarat… Maklumlah, keluarga besar. Duduk pun dekat dalam Selangor juga. So, takde alasanlah nak ngelat.

Berbalik kepada persoalan – persoalan di atas…

Bila/macam mana Xiet enjoy dalam life?
Every day! Xiet enjoy buat semua yang Xiet sedang buat. Dan sebabtulah Xiet buat. Itulah cara Xiet enjoy hidup Xiet… Biasalah kekadang stress dengan kerja dan sebagainya, tapi yang penting Xiet enjoy...

Tapi ada satu perkara yang xiet dan suami suka lakukan. Ye, memang masa kami bersama tak banyak, tapi masa yang sedikit lebih bermakna jika dimanfaatkan bersama dengan sebaik mungkin jika berbanding dengan masa yang banyak tetapi tidak dihargai…betul tak?

Kami sangat suka reward diri sendiri dengan makan di tempat yang best – best, especially hujung minggu. (best tu tak lah semestinya hotel 5 star. Ikut kemampuan la kan) Dengan cara ni, memang sedikit sebanyak dapat mengubat kekusutan yang ada difikiran dan dapat meninggalkan sebentar masalah di tempat kerja masing – masing. (Dan dapat skip daripada memasak... yessss)


Restoran Kedai Kopi, Dataran Bandaraya, Shah Alam


My fav cream caramel, Kedai Kopi. Must try!


Kedai Kopi... Kat bawah tu tasik yang ada banyak ikan dan kure2.


My Fav Chicken Cordon Bleu, Secret Recipi

Tak penat ke?
Memang penat. Tapi sekarang taklah macam masa study dulu kot. Dulu kekadang makan pun sempat atas motor je on the way nak ke meeting or kelas malam, otherwise, tak makan langasung dalam sehari...Sekarang kalau buat macam tu nanti big boss marah. hehe...And dulu selalu tak tidur sampai 36 hours or so, sekarang tak boleh… Dah jadi isteri orang, kesihatan kena jaga. Hehehe.

So, macam mana bahagi masa dengan semua tu?
Erm… Entahlah. Xiet pun masih banyak kena belajar bab – bab pembahagian dan pendaraban masa ni. Banyak gak yang fail especially bila dah layan youtube, DVD dan cerita – cerita tv8. Hehe…

Tapi, satu yang Xiet dapat belajar adalah, yang penting adalah kita tahu priority. Mana patut buat dulu, mana boleh kemudian, dan mana tak patut buat langsung! (pun masih fail)

Jugak, satu lagi perkara penting yang ramai orang selalu tak buat; THINK FAST and be PROACTIVE. Kalau kita biasakan diri kita dengan berfikir secara proaktif, insyaAllah banyak masa boleh kita jimat. Yelah, taklah bila dalam meeting terkebil – kebil kau pandang aku, aku pandang kau, takde apa pun yang di brainstorm… Dan kalau duduk depan komputer nak buat assignment, taklah taip padam taip padam sampai satu jam takde idea… Benda ni memang susah tapi kalau biasa kan diri, banyak membaca dan berfikir, insyaAllah… (berangan boleh kira tak?)

Apapun, apa yang Xiet buat, secara jujurnya, takde apa pun! Xiet tak menyumbang apa pun kepada agama dan Negara. Kalau ada pun sikit sangat. Itu pun tak tentu lagi diterima atau tak. Cuba banding dengan wanita – wanita muslimah pada zaman nabi dulu. Dorang giler hebat! Tak sedetik pun masa disia – siakan begitu saja. Cuba kenang pengorbanan Sheikh Hassan Al – Banna, Al –Qardhowi, Wahbah Zuhaili dan ramai lagi tokoh Islam. Berapa banyak sumbangan yang mereka taburkan untuk agama? Tapi tak pernah kan kita dengar mereka mengeluh kerana hanya diberi 24 jam di dalam sehari?

Kita? Bila diminta buat kerja - kerja kebajikan/voluntary work, atau menghadiri kuliah - kuliah yang takde kaitan dengan work field, atau buat silibus (hehe) Herm… sikit – sikit busy, sikit – sikit bagi alasan tak sempat. Sikit – sikit bagi alasan tak cukup @ takde masa… Bagus sangat ke kita ni sampai 24jam yang Allah bagi tu kita boleh rasa tak cukup? Allah salah buat pengiraan ke? Atau kita sendiri?

“Setiap orang tak sama, and tak boleh samakan diri kita dengan orang lain apatah lagi tokoh agama. Dorang memang hebat”
Habis, dorang bukan manusia ke? Dorang takde masalah keluarga? Tak payah la nak jadi macam orang lain pun, jadi je macam diri kita sendiri. Tapi jangan jadi orang yang suka pandang negative pada diri sendiri dan mengalah sebelum mencuba…

Memang belajar tu susah. Belajar sambil bekerja lagi susah. Nak kawin susah. Bila dah kawin lagi susah. Herm… Kalau semua susah, apa yang senang?

Xiet pun selalu gak kena tegur dengan suami bila sikit – sikit nak merengek penat lah itu lah ini lah… Jadi apa yang Xiet tulis ni memang kena kat diri sendiri dulu lah… huhuhu…

Maklum balas daripada seorang kawan yang hampeh
“Busy sangat, patutlah tak pregnant – pregnant lagi!”
Cesss… kurang asam! =)

Insomnia datang balik,
Xiet_Enigma
020509; 2:25AM
Shah Alam

April 29, 2009

Pesta Buku & Courtesy visit to Pengasih

Last Sunday Xiet dan family ke Book Fair di PWTC. Tak seperti tahun – tahun sebelum ni, tahun ni Xiet tak round habis. Xiet hanya visit booth – booth yang tertentu je. Xiet pun tak beli banyak buku kali ni. Xiet beli 2 buku je; Bidadari dari Timur karya Tuan Sabariah Tuan Ishak (isteri Tuan Guru Nik Aziz), dan Murtad; Jangan pandang sebelah mata karangan saudara Ann Wan Seng. Sebenarnya Xiet dah jatuh cinta giler dekat satu buku tu; Biotechnology and Application. Approach dalam buku tu sangat best and sesuai untuk orang yang baru nak mengenal molecular protein (proteomic) dengan lebih mendalam. Tambahan, buku tersebut juga ada cover tentang molecular DNA (genetic/genomic) dengan cara yang mudah untuk difahami. Malangnya, harga buku tersebut adalah RM 400 and of course la Xiet tak bajet nak bawak duit sebanyak tu… Warghhh…

Anuar macam biasalah, beli buku dia sampai Xiet rasa macam sebulan ni kitorang suami isteri makan buku je kot… giler burst budget. Tapi memang puas la… (Mana tak puas, kaki sampai rasa nak tercabut. Siap terpisah – pisah lagi. Mujur tak buat announcement kehilangan suami)

Balik dari ‘berpesta’, kami jumpa Zahir dan lunch together sambil bincang tentang Yayasan Iqra’ dan plan untuk courtesy visit to Pengasih on Tuesday.

Lepas meronggeng di PWTC...

Ok, tu cerita last Sunday. Harini pulak, pagi – pagi lagi, macam biasalah Xiet ke UM. Pagi ni Xiet memang tak buat kerja banyak sebab dah rancang dengan labmates nak ke MPH Wholesale. So, lepas siap je kerja, kami terus ke SS14. Herm, kalini Xiet beli 4 buah buku (3 buah buku lagi tak de. Sedih betul!) Dan harini, secara official, Xiet dah ada semua collection of Cecelia Ahern’s! so Zahir, hang kene pikir buku lain pulak la nak bagi aku on my next birthday… Maybe tunggu keluaran baru Cecelia ke?...hehehe… (yang terbaru adalah The Girl from the Future, dijadualkan release di Ireland pada Oktober 2009 ni. Hehe)

Penyebab Xiet sengkek pada hari ini.. Hehe (Book Theif tu dah baca, pinjam Zahir punya tapi nak beli jugak. Baru rasa puas. hehe)

My Love!

Confirm Xiet jadi baik dan kurang membebel sebab layan Cecelia. Selamat lah telinga Anuar

Petang pula, Xiet, Anuar, Zahir and Kak Shikin pergi ke Rumah Pengasih. Kami mewakili Abumeow dan Yayasan Iqra’ telah dijemput oleh pengasas Pengasih, En. Yunus Pathi untuk mengadakan program yang sesuai. Jadi, first visit harini basically adalah untuk bincang tentang kesesuaian program yang boleh kami lakukan di sana. Tadi pun hanya sekadar mendengar penjelasan dan pengenalan tentang Rumah Pengasih daripada representative of Rumah Pengasih.

Berdasarkan apa yang diberitahu, Pengasih adalah sebuah NGO yang committee nya terdiri daripada 100% bekas penagih dadah (Daripada pengasas, volunteer, kaunselor sehinggalah participant) Ia diasaskan untuk tujuan membantu penagih dadah agar bebas daripada dadah. Mereka mempunyai program pemulihan dan terapi yang sangat bersistematik dan setiap satu mempunyai objektif yang khusus.

Secara personal, Xiet sangat kagum dengan disiplin mereka. Mereka sangat commit terhadap apa yang mereka lakukan, kerana itulah mereka berjaya mengekalkan Rumah Pengasih, malah telah berjaya mengembangkan sayap Pengasih ke tahap yang lebih maju.

Kawasan Rumah Pengasih memang totally berlainan daripada bayangan Xiet. Takde pagar konkrit, takde T-shirt segaram… Yang ada adalah kawasan yang dihiasi dengan hijau – hijau pokok, tasik yang tenang dan kawasan yang bersih. Para penghuni yang mengikuti program pemulihan di sana memang pakai smart, ada yang siap tali leher lagi. Macam budak – budak Asasi UM pun ada. Tapi sekelumit kerisauan dan kekesalan bersarang di hati apabila melihatkan penghuni – penghuninya adalah anak – anak muda yang masih mentah yang sepatutnya belajar untuk lead Negara di masa hadapan, sebaliknya terlibat dengan najis dadah. Bagaimana dengan yang masih di luar sana?

Hampir 5 tahun bergiat di dalam organisasi, inilah pertama kali Xiet berurusan secara direct dengan sekumpulan penagih dadah dan sebagai perkongsian, mereka adalah sekumpulan manusia yang mempunyai kejujuran yang tinggi. Di kalangan resident, ada yang kembali menagih apabila balik bercuti atau setelah ‘bebas’ di luar. Tapi mereka kembali ke Pengasih, mengaku perbuatan mereka walaupun tahu mereka akan dikenakan penalty.

Para pekerja dan volunteer memang rock, brutal dan selamber tapi di dalam menguruskan pengasih, mereka memang bersungguh - sungguh. Semua yang dilakukan mempunyai objektif yang jelas. Herm… Berapa banyak organisasi yang terdiri daripada orang – orang ‘baik’ yang bila buat kerja main tibai je, bila buat program sekadar nak mengisi planner tahunan. Oh Dear, Xiet tak berniat nak jadi sarcastic whatsoever, Xiet just nak bagitau yang walaupun mereka ni adalah orang – orang yang sering digelar sampah masyarakat, tapi kalau nak buat sesuatu, mereka sangat berobjektif dan mandiri. Mereka sangat mementingkan ukhuwah dan mereka mempunyai keinginan untuk berubah dan megubah golongan senasib, cuma mungkin nikmat yang satu itu terlalu sukar untuk dilupakan, lantas berkali – kali mereka gagal.

Sekurang – kurangnya, Xiet dapat belajar bahawa kita manusia kadangkala (atau selalu?) menganggap kita baik berbanding mereka – mereka yang terlibat dengan perbuatan – perbuatan yang terkutuk (dadah, pelacuran, arak, etc) lantas kita memandang enteng sesetengah perkara. Yang membuatkan manusia angkuh dan ego adalah apabila mereka menganggap diri mereka sudah baik. Kerana dengan itu, mereka tidak merasa perlu untuk berubah, apatah lagi untuk mendekati perubahan…

Pelajaran terbaik adalah melalui pengalaman hidup. Tak kisahlah dari siapa kita pelajarinya…

Perjalanan balik. Ini je gambar Pengasih yang Xiet dapat.

Xiet_enigma
22:39pm; 280409
Shah Alam

April 24, 2009

Personality Conflict



Hai semua orang! Ada baik? Herm... Quite busy lately with lab works, family stuffs and all. But the busyness doesn’t stop me from thinking about something out from the work filed – and of coz something unimportant... Hehe. As of now, I’m thinking about...!@#$&*!% (Boleh lagi mengarut-ngarut dalam blog mentara tengah autoclave fermenter...ish ish ish)


Have you ever come across personality conflict? So, how do you manage your personality conflict? Have you found the right and most suitable one for yourself?


Confius?! Don't...


Well, I'm not sure about you guys, but all I know is, I am the type of person who loves originativity (originality + creativity).... I like uniqueness. I wear what I wanna wear, so long as it’s not against the Sharee’ah’s law (biasanya sangat sempoi laa...ke, selekeh. Ahh, mana – mana laa)


I don’t imitate my friend’s because that would against my originativity principle (giler poyo...Well, be proud and confident of who you are la kan)... And by saying that, I also hate when my friend impersonate mine (Where’s your originativity then?). Yeah, have to admit that sometimes my colour choices are suck. And it’s funny to wear a nice Pashima on a chubby-and-round cute face, and it’s odd to cover your short and small body with an all-black-long Abaya. Haha. But hey, that’s one of the way of how you learn to expand your creativity. So just screw it! Who’s gonna mad at you anyway. Or even if they do, they have nothing to do with your money rite? So again, just screw it.


My interest would be vary, but focus. Xiet respect orang lain punya selera, and respect orang yang ada selera tersendiri. Orang selalu gelar orang – orang macam ni as POYO but at least they have their own trademark what. Like in the lab, or when with Iman, we always share info about woman stuffs and we are happy to have the same interest in some things, coz there’s also other things that we are contrary to each other. Xiet rimas dengan orang yang suka tiru apa yg Xiet buat or apa yg Xiet ada. Sorryla. It just doesn't fit me at all. Hey, it’s kinda insincere to duplicate others and then you turn up and (indirectly) claim that it’s others who copycat. (You know who you are dear. Haha)--> Giler berlagak.. Astaghfirullah... Bukan berlagak, tapi kalau korang mengalami baru korang faham betapa annoying nye la orang yg macam tu...


I may signify myself as an independent pragmatist. I only do something that is really close to my heart. I don’t do something just because people are getting on that, or because it’s the current trend, or just because my friend was being acknowledged by doing that. For instance, I love writing anecdotes and articles, because that’s my hobby. And I created this blog because of the above mentioned reason, not because my friend has just done his/hers. Oppsss...


I have my own way of thoughts. Yes, I am stubborn. I don't simply accept anonymous ideas, but would certainly be pleased to accept substantiated facts. But hey, isn’t that’s what people should do? I mean, nah, I’m just trying to be wise and fair to myself so that I would not fooling myself and exhausting my brain by loading so many unauthentic and unproven ideas.


Some people say I am a Liberalist. Others say I am a feminist. Well, this blog is one of the platforms to judge myself coz everything that is written here comes from me. I am not perfect and I know there are loads of errors can be made by me. But one must know how to judge intellectual thoughts so that all the comments would be significant. Haha..


Abes dah terkoyakkk...tu lah!


I hate first impressionist. It’s unfair to judge somebody by just one glance or by their appearance coz appearance can be deceiving.


Oh yes, I wud say whatever I wanna say and I hate hypocrisy. It’s ugly when people being nice in front of you and say nice things to you but do the opposite behind your back. I’ve seen a lot of ‘nice’ people in a ‘nice society’, whom are able to transform themselves into a hideous monster behind the ‘society’. What’s the point? You want people around you see you as an ‘alim’ person but is that’s all? It’s not the matter of how people see you. It’s the matter of how Allah sees you.


In some circumstances, I often act as the bad corps. It’s horrible but if everybody always wants to be the good corps, I guess the ecosystem would be unbalance then. And kalau cakap lapik – lapik sangat dan baik – baik sangat, kadang – kadang problems wouldn’t settle. (ish..ish... terburu nafsu)


So that’s my personality. That’s who I am since my teen age, up till now. Do I have personality conflict? I think I always know what I want and who I wanna be...I always certain on everything I want and love, except for one thing... Which is.... shhhh...


P/S: Just DO whatever GOOD things you wanna do. But whatever it is, do it coz that's what you LOVE to do... don't do it becoz you SEE/THINK it's COOL... Be yourself coz you are beautiful =)


Xiet_Enigma

240409; 20:20

UM

April 17, 2009

Belajar Mandarin...



Bermula bulan Februari yang lalu, setiap Rabu malam, Xiet akan menghadiri satu kelas Mandarin di Setiawangsa. Lao Shi nya adalah seorang pemuda yang poyo dan garang, bekas student MMU (opppsss.... tak boleh kutuk. kena hormat cikgu. Tui bu qi loa shi...hehe)

Banyak pengalaman yang Xiet perolehi daripada kelas tersebut. Selain dapat mempelajari ilmu baru, Xiet juga dapat memahami sedikit sebanyak tentang culture masyarakat cina di Malaysia. Lao Shi pun banyak cerita tentang pengalaman beliau sepanjang sesi persekolahannya di sekolah cina (dari tadika hingga sekolah menengah)... Patut muka dia pun dah macam ala - ala Jawa-China. hehe...

Terdapat satu pengalaman yang amat berharga telah Xiet perolehi daripada kelas tersebut; iaitu bagaimana susahnya untuk mempelajari sebutan yang betul. Tengok orang cina cakap cina nampak senangje (memanglah, bahasa ibunda dorang).... Tapi bila kita sendiri yang cuba bercakap, huh... memang naik tergeliat lidah...

Kelas pertama memang paling mencabar! Hampir putus asa jadinya bila hampir kesemua sebutan kami semuanya salah. Lao Shi apa lagi, bantai gelak kat kitorang. (Apa lah yang lawak sangat dengar sebutan kitorang yang salah tu)...

Kini (setelah lebih kurang 2 bulan belajar), banyak yang telah kami improve (yeke? harap - harap lao shi tak baca blog ni. hehe)...

Namun, satu pengajaran yang Xiet nak cuba kongsikan kepada rakan pembaca semua adalah;
Bukan mudah untuk mempelajari dan mempraktik bahasa yang asing daripada lidah dan budaya hidup kita...

Selama ini, mungkin ada dikalangan kita yang selalu memperlekeh bila muallaf membaca Al-qur'an dengan tidak fasih, atau tajwid yang tunggang terbalik.

Memang Xiet sendiri pernah dengar cerita di mana seorang pakcik menegur seorang mu'allaf yang giat berdakwah;

"Awak ni bukannya ahli agama. Baca Al - Qur'an pun tak betul. Ilmu pun tak cukup, lagi nak berdakwah. Boleh jadi apa yang awak dakwahkan tu pun tak betul. Awak patut pergi balik, belajar mengaji sampai betul dulu. Dan jangan memandai nak buat kerja ulama'"

Mungkin ada pula dikalangan para pendidik yang tak sabar, selalu memarahi mu'allaf yang membaca Al-Qur'an dengan tajwid yang salah, mengatakan bahawa setiap bacaan yang salah akan mengundang dosa besar!

Bagi yang mempunyai pemikiran sedemikian, cubalah anda bayangkan anda berada di tempat mereka. Adakah anda rasa mudah untuk mempelajari Bahasa Arab atau Al-Qur'an dengan lidah anda yang sudah sebati dengan Bahasa Mandarin atau Tamil atau apa sahaja bahasa dunia?

Percayalah, ianya bukan mudah!

Dan ingatlah, Allah tidak melihat pada hasil. Yang penting usaha kita. Kalau dah memang dia tak boleh nak sebut 'Ro' atau 'Zai' dengan betul, atau dengungannya sengau semacam, tapi kalau itu sahaja yang termampu dilakukan, maka itu sudah memadai.

“Permudahkan, jangan kamu susahkan.”

(Bukhari, Muslim)

“Allah intends for you ease, and He does not want to make things difficult for you."

(Al-Baqarah 2:185)


Xiet_Enigma

170409; 0933am

UM

April 8, 2009

Orang Melayu Jangan Cepat Melatah... Opocottt!


Orang Islam di Malaysia ni suka melatah pada benda yang entah apa-apa, sebaliknya sangat lembap di dalam menangani isu-isu yang lebih penting.

Contohnya, isu baru – baru ni yang melibatkan seorang ahli DAP yang bukan beragam Islam yang berkempen untuk Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang. Individu tersebut telah menquote terjemahan ayat Al-Qur’an di dalam ucap bahasnya. Akibatnya, beberapa pihak telah membuat aduan polis berhubung isu tersebut.

Selain itu, seorang mufti telah dipanggil untuk memberi komen berkenaan isu tersebut. Menurut mufti tersebut, ia adalah satu perkara yang tidak wajar dan tidak boleh sama sekali untuk dilaksanakan. Menurut beliau, perkara ini menggugat sensitiviti umat Islam di Malaysia. Malah menurutnya, ia seolah – olah memperlihatkan bahawa umat Islam di Malaysia hilang kewibawaan sehingga ada non-muslim menggunakan ayat Al-Qur’an, didengari oleh orang Islam. Selain itu, kebimbangan turut diluahkan oleh mufti tersebut sekiranya individu non-muslim tersebut tersilap menterjemah atau tersilap faham mengenai ayat Al-Qur’an tersebut.

Keesokan harinya, seorang mufti lain juga dipanggil untuk membuat kenyataan. Mufti ini agak ‘neutral’ dengan hujjahnya yang mengatakan bahawa boleh untuk orang non-muslim mengkaji Al-Qur’an, tetapi kalau boleh carilah alternative lain lagi untuk dijadikan bahan kempen. Ini boleh menggugat sensitivity umat Melayu - Islam di Malaysia.

Di sini, Xiet bukanlah nak mengkritik mufti tersebut. Beliau adalah seorang mufti yang berilmu. Malah, dengan rendah hati Xiet mengakui ketinggian ilmunya berbanding ilmu Xiet. Xiet juga faham concern mufti tersebut sekiranya non-muslim sewenang-wenangnya menterjemah ayat Al-Qur’an dan menggunakannya secara semberono.

Namun begitu, suka untuk Xiet mengajak rakan – rakan pembaca sekalian untuk berfikir dari sudut yang berbeza, supaya tidak memandang isu ini sebagai isu yang negative semata – mata.

1. Al – Qur’an adalah untuk semua ummat dan kaum
Islam adalah satu – satunya agama yang diterima oleh Allah. Al-Qur’an diturunkan sebagai panduan hidup manusia. Ia diturunkan untuk semua manusia, tidak mengira kaum, keturunan, warna kulit, bahasa dan budaya. Al – Qur’an adalah petunjuk bagi mereka yang berfikir.

“sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; Maka sembahlah Aku. (Kebanyakan manusia masih berselisih) dan berpecah – belah dalam urusan agama mereka; (ingatlah) merea semuanya akan kembali kepada Kami untuk (menerima balasan)” Al – Anbiya’, 21:92-93.
"Al- Qur'an ini tidak lain hanyalah peringatan bagi semesta alam" _ Sod,38:87

“Bertanyalah kepada Bani Israel, berapa banyak keterangan yang telah Kami berikan kepada mereka (Sedang mereka masih ingakar juga?) dan sesiapa menukar nimat keterangan Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesuadah nikmat itu sampai kepadaNya, maka (hendaklah dia mengetahui) sesungguhnya azab Allah amat berat siksanya” Al – Baqarah, 2: 211

Jika Al – Qur’an diturunkan hanya untuk orang Islam, maka bagaimanakah untuk kita berdakwah kepada orang bukan Islam melalui kebenaran wahyu dari Allah ini?

2. Memperbetulkan, bukan menghalang
Mengapa orang Islam perlu bimbang jika penggunaan Ayat Al – Qur’an itu didengari oleh puluhan atau ratusan orang Islam yang lain? Adakah kerana ego? Ya, ego kerana merasakan bahawa Al-Qur’an itu adalah untuk orang Islam, maka hanya orang Islam yang paling tahu mengenai isi kandungan dan maksud – maksudnya. Dan orang bukan Islam sudah tentu tidak tahu apa – apa mengenai Al – Qur’an.

Jika individu tersebut tersalah quote maksud ayat Al-Qur’an tersebut, bukankah kita sebagai orang Islam boleh memperbetulkannya? Tak mungkin daripada ratusan yang ada, tak satu pun yang hafal atau terhafal ayat tersebut! Bukankah Al – Qur’an untuk orang Islam dan sebagai Muslim kita sepatutnya ‘lebih’ tahu?

Untuk berlaku adil, Xiet cuba untuk mendengar apakah ayat yang dibacakan oleh Nga Kor Ming, mencari jika ada kesilapan tafsiran yang dibuat beliau sebagaimana yang sangat dibimbangi oleh ramai muslim. Oh, rupanya beliau membaca sepotong ayat daripada surah An-Nahl, 16:90.;

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat ihsan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya” _ An-Nahl 16: 90

Ye, dari segi sebutan, memang fail. Memang seperti orang jawa berbahasa Inggeris. Tapi adakah itu yang perlu dijadikan isu? Berapa ramai orang Islam sendiri yang membaca Jawi juga tak pandai, apatah lagi membaca Al-Qur’an?

3. Hikmah disebaliknya adalah dakwah
Bukankah ia adalah satu stategi yang baik untuk kita merapatkan dan memperkenalkan individu tersebut dan ramai lagi non-muslim dengan keindahan ayat – ayat Al – Qur’an? Jika dia tidak faham tentang konteks ayat tersebut, boleh lah kita menerangkan kepada nya. Malah, jika kita bijak, kita boleh menerangkan lebih banyak isi kandungan Al-Qur’an kepada dia.
Tak kenal maka tak cinta.

Pepatah itu sangat popular sekali. Sama lah dengan isu ini. Bagaimana untuk membuatkan orang bukan Islam jatuh hati kepada Agama Islam dan Keindahan Al – Qur’an jika mereka sendiri tidak mengenali apakah itu Islam dan apakah yang terkandung di dalam Al – Qur’an?

Bayangkan betapa beruntungnya jika dengan memahami hanya sepotong ayat daripada Al-Qur’an, seorang non-muslim boleh jatuh cinta dan terbuka hatinya untuk mendalami Islam, dan seterusnya memeluk Islam!

4. Jangan mempolitikkan Agama
Betul, sebagai umat Islam, kita perlu tahu yang kita dilarang menjadikan agama sebagai barang dagangan, tak kiralah di dalam urusan perniagaan, promosi sesuatu produk, ataupun di dalam bidang politik.

Namun, perlu kita ingat, agama Islam adalah syumul. Merangkumi dan mencakupi semua aspek kehidupan kita tak kiralah dari segi ekonomi, akhlak, etika, perundangan, perbankan dan politik.

“…This day, I (God) have perfected your religion for you, completed My Favour upon you, and have chosen for you Islam as your religion...” Al – Ma’idah, 5:3

Kita tidak boleh memisahkan ekonomi daripada Islam kerana akibatnya, berlakulah ketidak adilan, korupsi, riba dan lain – lain.

Kita tidak boleh memisahkan perundangan daripada Islam kerana akibatnya, berlakulah penindasan terhadap golongan tertentu, sistem perundangan yang tidak adil dan tidak menyeluruh.

Kita tidak boleh memisahkan politik daripada Islam kerana akibatnya, berlakulah penyalahgunaan kuasa, kebejatan akhlak pemimpin dan penindasan terhadap golongan – golongan tertentu.

Perlu juga anda fikirkan. Adakah yang tertuduh itu yang sebenarnya mempolitikkan agama, atau yang menuduh itu sendiri, secara sedar atau tidak, adalah orang – orang yang sebenarnya mempolitikkan agama…

5. Kenalpasti isu yang priority.
Sebagai Muslim, kita tak sepatutnya cepat melatah terhadap sesuatu isu. Yang perlu kita lakukan adalah menganalisa sesuatu isu dengan ilmu dan rasional. Kita patut kenalpasti isu yang priority dan memberi mudharat yang lebih kepada agama, bukan kepada individu, parti atau kaum. Kadangkala, disebabkan kegelojohan dan kurang bijak di dalam menangani sesuatu isu, kita telah menambah salah faham non – muslim terhadap Islam, dan menjauhkan mereka daripada Islam.

Bukan bermaksud kita perlu ketinggalan dan bersikap kurang peka. Point di sini adalah analisa setiap perkara/isu dengan ilmu dan rasional. Ada banyak isu pokok yang lebih priority yang perlu diselesaikan seperti isu murtad, isu gejala sosial yang melibatkan ribuan remaja Islam, isu aqidah yang masih lagi tak dibahaskan secara serius seperti mempertontonkan filem seram dan sesat di mana pelakonnya adalah muslim yang berlakon sebagai orang yang mensyirikkan Allah, dan Sister In Islam dan Islam Liberal yang semakin berleluasa. Atau pun sebagai muslim, kita patut prihatin terhadap kerelevenan system pendidikan Islam di Malaysia yang masih sama seperti puluhan tahun yang lalu, yang mana terdapat banyak perkara yang perlu dikaji semula, serta bagaimana untuk meningkatkan ekonomi orang Islam melalui system agihan zakat dan baitul mal secara efisien.

6. Orang Melayu jangan terlalu sensitive
Xiet adalah seorang wanita melayu. Dan Xiet sangat bangga menjadi anak melayu, kerana orang melayu penuh dengan adab kesopanan dan kesusilaan. Tapi perlu juga kita semua renugkan bersama, adakah baik jika terlalu sensitive terhadap perkara – perkara yang tidak perlu? Bagaimanakah kita hendak maju dan bersikap terbuka jika fikiran masih di kotak yang tertutup?

Kesimpulan
Sebagai Muslim, kita sepatutnya lebih mengetahui apa yang Allah dan Rasulullah pinta kita lakukan, dan patuh dengan ajaran Rasulullah. Bukannya kita membuat intrepetasi berlandaskan pemikiran kita semata – mata.

Kepada yang ‘alim di dalam urusan agama dan berupaya untuk mendekati umara’, dekatilah umara’ kerana andalah yang patut memberi bimbingan dan nasihat kepada mereka. Jika anda menjauhi mereka, jangan salahkan orang lain jika mereka melakukan yang bukan – bukan, sebaliknya tanyalah diri anda sendiri, kenapa anda memilih untuk sentiasa membantah dan tidak membetulkan, sedangkan anda punya kuasa dan keupayaan.

Peace no War! =)
Xiet_enigma
060409; 17:22pm
Shah Alam

March 18, 2009

lagu untukmu...Sg.Berth/Kg.Jaos

Tahu tak sebuah lagu bertajuk ‘Lagu Untukmu’ nyanyian MUH?... Ramai yang suka lagu tu. Tapi my hubby tak suka sebab dia kata lagu tu buat bingit telinga. Haha... (Kitorang memang suka genre muzik yang sangat berbeza).

Selain melodi yang sedap didengar, lagu ni punya susunan lirik yang mantap. Memang sesuai la menang Juara Lagu 23.... Mula-mula Xiet langsung tak suka lagu ni. Tapi satu hari Xiet cuba dengar lirik dia betul-betul... Terus Xiet teringat kepada seseorang.

Lantas, lagu ini Xiet tujukan kepada dia; Seorang kawan yang pernah Xiet kenal masa zaman sekolah dulu.

Seseorang yang mengajar Xiet bahawa kita tak boleh percaya kepada sesiapa termasuklah sahabat karib sendiri. Seseorang yang mengajar Xiet bahawa Friendship is nothing. Yang mengajar Xiet bahawa sesetengah perkara di dalam dunia ni tak bisa untuk dilupakan dan sukar untuk dimaafkan.

Kerana dia, Xiet belajar untuk berdiri di atas kaki sendiri. Xiet menjadi lebih matang dan tidak berharap pada sesiapa. Kerana dia juga, Xiet belajar untuk sentiasa bersedia untuk meredhakan dan merelakan fitnah yang datang. Juga, Xiet belajar untu meredhakan dan melupakan segala kebaikan yang telah kita lakukan atas nama persahabatan, apabila setiap kebaikan itu dibalas dengan kezaliman yang berpunca daripada hasad dengki dan iri hati.

Paling penting, dengan mengenali dia, Xiet belajar bahawa kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal/zahir, tetapi pada batinya. Kebaikan seseorang bukanlah terletak pada perilakunya, tetapi pada niatnya.

Kerana sandiwara seorang manusia, sebuah persahabatan boleh musnah begitu sahaja. Kerana sebuah pengalaman perit, terciptalah sebuah pelajaran hidup yang bermanfaat...

It's hurt to have a broken leg...

But having a broken heart would hurt you more...
Tribute to GangstaParadises’ 98

Te’a... Ko memang kawan yang rock. Love you bebeh. Heheh... T-Key, I still remember our moments together. Somehow, things change. But whatever changes, U are still my friend. Maybe you were not destined to know the real story until the end. Maybe coz you were at the other side... But thanks for the memories. Love you too... Muah muah...

Last but not least: The reason of this existing entry. The song that I dedicated to...To someone I used to call as Dila. You are the most beautiful girl I’ve ever seen. But external/physical beauty isn’t enough. And you are a married woman now. So I hope you can change for good. and I hope you‘re already did.

Xiet_enigma
15;31, 180309
UM

Lagu Untukmu
Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku
Guna hati, akal dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukuplah oh cukuplah...
Tak faham tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
Hoa... hoa... hoa...

March 13, 2009

Kemalangan yang tidak disengajakan...

Tajuk tu pelik. Sebab sepatutnya kalau kemalangan mestilah sesuatu yang tak disengajakan. Betul tak? Hehe... (sepatutnya lah...)

Oklah... taknak stress banyak kat tajuk...Arakian terciptalah sebuah kisah, di mana pada suatu pagi, ketika on the way ke UM (dan my hubby on the way ke offis), Xiet tertidur... (Maklumlah, sejak Anuar berpindah ke HSBC Amanah kena keluar awal sikit)...

Pada waktu itu, seperti pagi-pagi yang sebelumnya, jamm sangat teruk di Federal Highway. Xiet pun seronok lah. Ada banyak masa sikit untuk melelapkan mata. (Tapi muka Anuar tensyen je... hehe) Walaupun Xiet melelapkan mata, tapi Xiet taklah tidur lena. Sekejap - sekejap Xiet terjaga juga... (Tidur-tidur ayam laa). Sampailah kami tiba di hadapan Mentari Court, Xiet dah tak sedarkan diri lagi (bukan pengsan, cuma tertidur dengan lena)

Entah macam mana, sedang nyenyak tidur, tiba-tiba terdengar dentuman yang sangat kuat dari belakang kereta. Kereta juga terasa seperti terhenjut ke hadapan sedikit....Ada momentum yang agak kuat dari belakang. Dengan tidak semena-mena, Xiet yang sedang tidur terus terjaga dan bertakbir dengan kuat sebanyak 3kali berturut-turut...

"Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar"

Xiet sangat panik. Daripada bersandar di kerusi, Xiet terus membongkokkan diri ke hadapan.

Seriously, Xiet terfikir yang Malaysia kena serang dengan US dan kereta kami kena serang...
Xiet fikir, dah tak sempat nak selamatkan diri lagi...

Bila Xiet pandang kanan, tengok Anuar buat muka selamber and macam nak tahan gelak... Dia tanya Xiet.
"Kenapa?"

Xiet pun tersipu-sipu malu dan menceritakan kepada dia apa yang Xiet sangka... Dia pun tergelak besar (sedapnya dia gelakkan orang...cess)... "Itulah. tidur je..."

Huhu...

Lepastu kereta kami berhenti di tepi jalan. Kereta yang melanggar kami juga berhenti di tepi jalan... Anuar dan encik kereta Waja tu pun berbual-bual sedikit dan mereka settlekan kes tu di situ juga... Sebab takla teruk sangat. Cuma plate number hancur and bumper terkoyak beberapa sentimeter...

Bila Xiet cerita dekat Iman dan Wafa (cerita bersama aksi lakonan semula) mereka gelak besar (cess...teruk betul) Iman gelak sampai keluar air mata... maybe dorang gelak sebab kepanikan dan kegelabahan Xiet yang tahap maksima tu kot...

kata Iman "Cuba hang bayangkan kalau hang punyalah ketakutan US serang Malaysia, Hang nak selamatkan diri terus buka pintu kereta dan keluar menonong je. Agak2 apa jadi kat hang ekk?"

Ha'ah ekk... betul jugak... Tak pasal2...

Moral Of the Story: Tak boleh juga nak kata jangan tidur ketika on the way ke offis...Owh... maybe next time sebelum tidur make sure baca Bismillah... Hehe...

Xiet_Enigma
UM; 19:39

February 22, 2009

Soothsayer who?

Semalam Xiet balik rumah Parents di Klang. Dari UM nak ke Stesen Komuter Angkasapuri, Xiet menaiki teksi. Uncle teksi tu sangat ramah. Tengok di dashboard kereta, ada patung Krishna di atas nya. Tahulah Xiet yang uncle ni beragama Hindu.


Walaupun sekejap, tapi uncle ni banyak bagi advice. Kebanyakannya tentang persoalan manusiawi. Herm… Agaknya uncle tu dulu nak jadi lawyer kot. Hehe… Apapun, I appreciate the advice.

85% uncle tu cakap, selebihnya Xiet cakap. Antara perbualan menarik yang sempat di rakam oleh minda adalah seperti berikut;


Uncle: U ni sudah umur berapa, masih mahu belajar lagi?

Xiet: Baru 25 tahun la uncle. Rileks la.(sambil tersengeh – sengeh)

Uncle: Owh… U lahir tahun brapa? …. (Uncle tu tanya specific date)

Xiet: 17 January 1984

Uncle: ….(Mengira sesuatu sambil bermonolog sendirian)…

--Kemudian….

Uncle: Owh… U ni orang yang ada masalah untuk mempercayai lelaki. U susah mahu kahwin sebab U
tak percaya lelaki.

--Xiet terpinga – pinga. Uncle ni pemandu teksi merangkap soothsayer ke?

Uncle: Itu pasal ha, U belajar tinggi – tinggi, supaya U boleh kerja baik. U busy sana – sini, U kasi
bagus U punya career sebab U tak mahu bergantung pada lelaki. U boleh hidup sendiri.

Xiet: Mana Uncle tahu semua ni Uncle?

Uncle: blah…blah..blah…. (menceritakan pengalaman – pengalaman beliau sepanjang hidup,
sehingga boleh mengetahui latar belakang seseorang melalui penampilan seseorang dan
juga calculation berdasarkan tarikh lahir. Nak cerita panjang sangat. Lagipun, ada yang lupa.
Takut menambah-nambah pulak..hehe)…

--Xiet pun mendengar la dengan penuh khusyu’.

Uncle: Uncle tengok U ni, U tak perlu kejar cinta. Cinta akan datang dengan sendiri kepada U. Kalau U
kejar cinta itu, belum tentu U akan capai. Akhir sekali cinta sendiri akan datang kepada
U.Lagi baik terima orang yang cinta kita lebih dari kita cinta dia lebih. Kita lebih bahagia.
(Kalau korang dengar intonasi uncle tu bertambah dengan bunga-bunga bahasanya, pehhh…
Kalah sasterawan negara. Hehe…)


--Tiba – tiba diameter senyuman Xiet mengecil. Aik Uncle ni. Macam mana dia boleh cakap macamtu? Ish Uncle ni memang soothsayer ke?

Ish… Muslim tak boleh percaya kepada ramalan/tilikan nasib. Rasulullah dah terangkan dalam beberapa Hadith, dengan jelas, memberitahu bahawa muslim dilarang mempercayai ramalam tilikan nasib.

“Whosoever approaches a fortuneteller and believes what he says, has disbelieved in what was revealed to Muhammad” – Ahmad, Abu Dawood and Baihaqie. Astaghfirullah… Astaghfirullah…


Uncle: U jangan susah hati. U pun ada pengalaman kan? Jangan risau. Orang perempuan kena ada
kekuatan… (tak ingat dah ayat seterusnya…) sambungan.... Orang perempuan jangn bagi
segala – galanya pada cinta. Jangan juga bagi harapan penuh. Nanti merana. Lepas tu
salahkan lelaki. Padahal perempuan yang mahu serah segala demi cinta…Ada yang sampai gadai maruah diri.. Tuhan marah woo itu macam!(betul gak kata-
kata uncle ni…)

--Teksi pun tiba di destinasi. Sebelum Xiet melangkah keluar, uncle sempat berpesan

Uncle: Ingat ha, U terimalah orang yang cinta U lebih dari U cinta dia… U boleh bahagia itu macam, tak siksa hati… U ni akan kahwin dalam umur
28 tahun. Jangan risau….Sekarang belajar bagi habis Master dulu.


Ok. 1st, Xiet tak risau. 2nd, uncle silap laaa… Xiet dah kahwin. Hahaha…

“With Him are the keys to the unseen and none knows it except Him alone”_ Al-An’am, 6:59

“Verily the knowledge of the Hour is with Allah alone. It is He who sends down the rain and knows the contents if the wombs. No one knows what he will earn tomorrow nor in which land he will die, but Allah is all-knowing and aware”_Luqman, 31:34

Xiet_enigma

22/2/09, 00:23

USJ 14, Tido Umah Iman (huhu..tiba-tiba teringat kat hubby yang berada di rumah seorang diri...Membujang la sebentar)

February 20, 2009

Luahan sekerat jalan

1:51 pagi dan Xiet masih di hadapan laptop. Terasa nak meluahkan sesuatu tapi dah 5 draft, kesemuanya tak best! Xiet tak tahu nak tulis macam mana, tak tau nak cakap apa. Arghhhh…. Sakitnya hati! Last- last, Xiet decide untuk tulis dengan bahasa yang hentam keromo (lantak lah!)

Esok jam 6:50pagi mesti sudah bertolak dari rumah. (boleh ke Xiet bangun pagi esok sebab terlalu penat…penat sampai tak boleh tido!)

Tadi ada appointment dengan specialist… kesan daripada treatment, certain part of my body terasa sakit. Mungkin side effect daripada treatment tu. Dahla harini penat sangat sangat. Bengang pun ada sebab … Argh… Nak explain pun sampai tak terdaya. Yang pasti Xiet betul – betul tak faham dengan perangai manusia yang sentiasa merasa dirinya betul, dan sentiasa meletakkan kesalahan pada bahu orang lain. Pagi – pagi lagi mood dah spoilt! Tapi apa yang Xiet boleh buat? Terima je lah perkara tu as part of my challenge in my study. Hopefully lepas ni Xiet boleh jadi lebih kebal so boleh buat dono je dengan sikap – sikap macamni.

Malam pula ada mandarin class. Minggu lepas dah tak datang. So minggu ni, macam mana sakit and penat pun dah tak boleh ponteng kalau tak memang ketinggalan habis. Tadi lao shi denda berdiri sebab tak dapat jawab soalan. Masa tu dah terasa sakit dah akibat side effect treatment. Bila kena berdiri bertambah lah rasa sakit. Mula – mula ingat hypochondriac je, tapi lama – lama memang rasa la kenikmatan sakit tu. Pehhh. Tapi kalau bagitau lao shi, rasa macam satu alasan la pulak. Lagipun kesian kawan – kawan lain yang kena berdiri juga sebab tak dapat jawab. So tak pelah sakit sikit tapi sama – sama adil kena denda. Tapi fatigue memang tak boleh blah sampai Iman kata Xiet punya expression muka Nampak sangat yang Xiet penat… takpelah. Memang penat pun. Tapi dorang tak tau yang Xiet ada treatment tadi…hehe

Habis mandarin class pulak kena tunggu Anuar habis meeting dengan B.Shah… as a result, jam 1:06 pagi barulah kami sampai rumah….

Dulu, masa student, tak tidur 36 hours pun boleh maintain stamina paras kritikal. Tapi sekarang, bila terlalu penat (contoh macam sekarang), rasa macam tak tahan sangat, rasa macam nak mengangis sangat, rasa macam nak marah, nak menjerit…semua ada… Tapi tak buat sebab semua tu perlukan tenaga juga so bazir energy je.. huhu. Kesian Anuar selalu jadi mangsa ke bad mood an ku. Hehe. Tapi beruntung juga la dia sebab selalu dia busy so dalam 24 hours,average Xiet jumpa housemate merangkap soulmateku itu hanyalah lebih kurang 8 jam sahaja.
Hermmm…

xiet
Shah Alam
19/2/09-1:46am

February 16, 2009

Kisah Tak Sempurna

Xiet percaya setiap orang pasti ada masa silam. Dan dalam banyak-banyak episod silam dalam hidup, pasti ada beberapa kisah yang tidak berjaya kita lupakan sehingga kini, dan mungkin tidak bisa kita lupakan sampai akhir hayat.

Pasti ada juga yang mempunyai unfinish business dengan masa silam, oleh sebab itu tak dapat melupakannya selagi tidak menemui jawapan terhadap unfinish business tu. Betul tak?


Kadang – kadang, kita mencari jawapan terhadap persoalan – persoalan di dalam kehidupan kita. Kita membawa persoalan – persoalan atau kisah – kisah tersebut bersama – sama kita sehingga saban tahun. Kadangkala kita ingat semuanya. Kita ingat setiap apa yang berlaku di dalam peristiwa tersebut. Tapi kadangkala, saban hari, kita semakin melupainya sedikit demi sedikit.


Masalah timbul bila kita mengingati peristiwa yang salah. Mungkin kerana peristiwa tersebut sudah beberapa tahun berlalu, maka ada sedikit cebisan yang kita telah lupakan. Jadi, bila tiba – tiba kita menceritakan kisah tersebut kepada orang lain, kadangkala ianya tidaklah lagi 100% kebenaran. Mungkin ianya sudah bercampur baur dengan emosi, atau boleh jadi telah bercampur dengan imaginasi kita. Kita keliru lantas menganggap itulah kisah yang sahih.


Ini bahaya. Ia boleh mendatangkan fitnah atau huru-hara kepada orang lain yang terlibat di dalam peristiwa tersebut. Jadi, sebelum membuka mulut, adalah lebih baik kita menyelusuri sejarah sesuatu peristiwa tersebut dengan berdasarkan bukti – bukti yang ada.

Berdasarkan rekod yang ada, barulah kesahihan sesebuah cerita lama lebih terjamin!

Kepada awak,
Kisah itu menarik. Sungguh menyayat hati dan meruntun jiwa. Namun bila Xiet menyelusuri sejarah dan meneliti semula apa yang tertinggal selama ini... Xiet rasa ada beberapa perkara yang awak tertinggal dan mungkin terlupa. Kerana bila Xiet melihat semula apa yang kita ada selama ini, dan bila Xiet bandingkan dengan apa yang awak tulis ketika itu, terdapat sedikit perbezaan. Maka mungkin boleh Xiet katakan, kisah itu menggambarkan keadaan dan perasaan awak KETIKA awak menulisnya. Dan ia tidaklah sama dengan keadaan dan perasaan awak sepanjang sejarah kisah tersebut tercipta. Macam manapun, seperti yang kita tahu, semuanya tidak berbaloi untuk kita bicarakan sekarang... kerana ianya tidak boleh mengubah apa – apa.... Tapi itu bukan bermakna ianya tiada erti. Terima Kasih =)



xiet_enigma

16th Feb 09

18:39

UM

February 13, 2009

Mengharungi Fear-Factor (",)



Semua orang ada fear-factor. Ada yang takut pada ketingian (gayat), ada pula yang fobia pada ular. Tak mengapa kalau apa yang kita fobia tak melibatkan rutine harian kita. Tapi macam mana kalau kerjaya kita memerlukan kita menghadapi apa yang kita fobia?

Dalam hidup, ada beberapa perkara yang Xiet fobia (aku ni pengecut kot. Hehe). Pertama, Xiet takut api dan letupan. Sejak terperangkap di dalam kepungan api yang marak di tingkat 15 sebuah apartmen 3 tahun yang lalu, Xiet jadi agak fobia dengan api. Sejak tu Xiet tak pernah tukar tombol/kepala gas. Kalau nak masak, kalau 3 ke 4 kali try on api tapi tak boleh, Xiet akan suruh orang lain sebab takut bila once ada api, dia akan menyambar.

Perkara kedua yang Xiet takut adalah darah yang banyak. Xiet mula sedar tentang ni masa praktikal di MINT 3 tahun yang lalu. Masa tu kena proses sampel darah patient. Mula – mula OK je. Tapi lama – lama tengok darah yang banyak, Xiet jadi pening. Ingatkan pening sebab berdiri lama ke apa. Tapi lepastu, makin lama makin tak rasa kaki sendiri. Sampailah supervisor perasan muka Xiet masa tu dah pucat lesi… Hehe

Tapi, bila jadi saintis, kita ,memang tak boleh elakkan daripada menggunakan barang – barang yang mudah terbakar/sensitive. Mula – mula dulu, agak stres juga sebab Xiet terlalu peka. Bunyi lain macam sikit je atau keluar asap sikit je dari autoclave, X iet la orang pertama yang perasan. Tapi lama – lama Alhamdulillah ok sikit. (At least mendidik Xiet menjadi saintis yang peka. Haha. Cover line)

Tapi yang paling Xiet tak sanggup nak hadapi adalah bila Xiet kena handle experiment yang menggunakan sample darah. Bukan sikit, tapi adalah dalam 10 liter darah sepanjang eksperimen! Mula – mula ambil fresh blood, memang dah buat muka. Tapi Alhamdulillah boleh tahan. Tapi harini nak kena korek – korek darah tu, transfer ke dalam flask dan macam – macam lagilah. Xiet ingat pada mulanya Xiet tak Berjaya lakukan. Tapi Xiet teringat kata – kata seseorang tak lama dulu.

“It takes time to realize what you afraid of… you have to face your fear-factor… If you really want it, you’ll find a way”_ Mr. Fussy. (hehe. Jgn marah)

Jadi, Xiet cuba juga kuatkan semangat. Memang bila buka je container, bau darah menusuk hidung and terus rasa nak muntah.

Mula – mula memang agak terkedek – kedek jugaklah. Lama – lama, Alhamdulillah Xiet dah boleh pegang blood clot guna tangan. Ahirnya Xiet Berjaya juga siapkan kerja tu (baru half way dan baru 1 liter, ada lebih kurang 9 liter lagi… warghhh)

Sekarang, Xiet boleh duduk depan laptop and menulis untuk blog. Tapi memang tak nafikan sampai sekarang Xiet rasa pening dan mual. (macam orang pregnant pulak. Hehe)

Saintis PoYo... ('',) - Alamak, bersepah nya Lab!

Vampire!

Pengajaran;

Apa je yang kita lalui dalam hidup, kita mungkin akan hadapi situasi yang kita tak ingini. Situasi tersebut mungkin menakutkan, menyakitkan atau menyesakkan kita. Tapi jika itulah pilihan yang kita ada, anggaplah ianya sebagai dugaan dari yang Maha Esa. Hadapilah ianya dengan sabar dan cekal. Kerana once kita Berjaya memulakan langkah pertama, insyaAllah kita akan Berjaya menghadapi kesukaran tersebut. Bukan bermakna dugaan tersebut menjadi mudah untuk kita. Tapi mungkin ia menunjukkan kita semakin kuat dan tabah. Banyakkan berdoa agar Allah permudah urusan kita.

“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” Al- Insyirah, 94:6

February 3, 2009

A Tribute to my Birthday

15th Jan 09
At about 8.50pm or so, in UM... I had noticed that my HPhone was no longer in my pocket. It'd either slipped out from my pocket, or I had misplaced it somwhere. Either way, I know that it was my fault.

It was a kind of Deja-vu, but with different version. Last time was my laptop and the whole stuffs inside the carrying case (my MP4, Broadband, Pendrive, etc)... this time was my hand phone.

Since crying is not my type, so I decided to remain silent the whole night (Trust me it's better than when I kept asking silly questions like; Why me? Why my hp? And blah..blah... coz when I get started, I don't now how to stop)

Alhamdulillah Iman has got one extra handphone, so she lend me for the moment until I buy the new one. Thanks Iman. Hehe...

16th Jan 09
Time: 3.25pm – Finished appoinment with En. Razali regarding one of my experiment. Bacause of that, I was late for class... So, I skipped it (it shud be the first class for my postgraduate, though). Well, it's quite obvious that my quote is: better never than late. Hehe
So I changed plan. I met up my musuh ketat instead of attending class (Don't follow my way. This isn't good. But at least I didn't cheat by asking friend to fill in my attendance. Hehe)
Ok back to the plot – As usual, we had some 'conversation' with volatile frequency of tones (most of the time we used the high pitching one), few mimicking and un-directional waving, teasing people whom passed us, as well as gossiping about our current lifes. And after a long wait (about 20 minutes.hehe), eventually... he gave me the presents! (I knew it, that's why I agree when he wanted to see me. Hehe)
It was a rejected packet of my fav Harshy's Dark Choc – It was rejected because he sabotage it. I couldn't even recognise the original shape of the choc anymore. Huh!
And.... Another Cecelia Ahern's for my Birthday! - Yay!!! - Herm. Zahir, got few more Cecelia Ahern's So I am especting at least 4 more years to complete the collection. Hahaha...

The Gift as a gift.. hehe

Time: at approximately 9pm
After meeting with unit Dakwah PMI, we (Iman, Wafa, My Hubby and I) went to SS2 Murni for our dinner. It's my birthday celebration for this year...with them. The foods were great, the drinks were marvelous, the night was perfect. And the people around me were the best! Thanks guys.

I couldn't recall the name. But the taste's great! Hehe...


nyum..nyum....


17th Jan 09

Happy Birthday to Me... Or should I sing Allah selamatkan saya... hehe...

I ponteng another class. The notice wasn't in my inbox. I have to furhter check with the administration. Huh! - after all, it was a last minute call. Everybody was unesay that time.

Never mind the class... My hubby has made a surprise for my birthday. Early in the morning, he woke me up and asked me to pack....

He has brought me to the middle of the ocean!

We have spent 2D 1N in there. We'd been given 5X meals and a superb service. (Okla kalau nak fikir kat tengah laut tu...)

Definitely it's not a hotel whatsoever. It was a place for kaki pancing. Eventhough we both hate fishing so much, but we were really enjoying ourselves there. Everybody brought their fishing equip except us. And you know what, I was the only woman there!
It was the best time to rest and relax, so we make use of every of the moment there. As for me, I;

- Finishing the last chapter of The Book Thief... (habuk masuk mata punya ending. Huhu)
plus my hubby was reading something got to do with economy written by Mathias Chang.
- Enjoying sunset and sunrise
- (As always) enjoying the whether
- Muhasabah and think about The Most Wise Creator who creates the Sun, Moon, Ocean and all the makhluq in the ocean. Masya Allah. Subhanallah!

Saat-saat habuk masuk mata...sambil menikmati sunset...


Sunset...

Sunrise pulak (^_^)


"Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah', dan di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"
al Anaam: 73


18th Jan 09
Having my birthday celebration with my beloved family! We'd chosen Satay Kajang Hj. Samuri in Sg. Buloh. Hehe... Thanks guys. You guys are hilarious!

Semua jenis sate kitorang order. Hehe..

I AM 25 YEARS OLD!!!


Do I look like a 25 years old lady?_ I don't think so. Haha...
What have I achieved in my life?

Dear Allah,
Thanks for the soul, the breaths, the energies, the rezeki, the everything!
Indeed, I belong to You.

January 17, 2009

A great test

I’ve lost my mobile phone!

First was my mp3…
Then my laptop, my mp4 and my broadband…
And now, my mobile phone!
Those are my most important things in my life.
Things that I always clinch to myself everywhere I go.

I had lost my 'long-lost' friend either…
The one that I always remember wherever I am.

And I realize that this is a great test for me.
On whether or not I am redha to lose things that I love the most
On whether or not I am ready to lose the person that I love the most, when the time come.

Certainly, this is a great test for me

January 15, 2009

Bayaran seorang isteri

Kadang – kadang aku terfikir kenapa aku berkahwin? Lebih – lebih lagi di kala hidup dilanda dugaan, terkenang soalan – soalan lazim yang sering bertandang – best ke kahwin kak? Atau – awak dah kahwin senang la, makan pakai ada orang sponsor… Bla..Bla..Bla…

Ketahuilah sesungguhnya, itu hanyalah persepsi yang amat tipikal; Kahwin best - Ada orang jaga - makan pakai ada orang sponsor…

Kebenarannya, hanya yang sudah bergelar isteri sahaja yang mengetahui.. hehe…

Bagi aku, hidup ini kalau semuanya indah, maka ia adalah fantasi. Kalau semuanya bala, maka itu adalah nafsu yang sering melingkar di dalam hati, yang tidak pernah kenal erti syukur kepada Ilahi.

Sememangnya status isteri tempatnya tinggi dan mulia. Kerana itu ia datang bersama tanggungjawab yang setimpal dengan tempatnya. Tempat seorang isteri bukanlah di bawah seorang suami, tetapi di sisi suaminya.

Di kala suami lalai dan alpa, isteri lah penasihat dan pengingat. Di kala suami sedih, isteri adalah pendorong. Di kala suami lemah dan berasa putus asa, isterilah tempat berpaut dan berharap. Isteri perlu tabah, kuat dan cekal.

Sokongan moral dan fizikal datang selari. Di kala suami berpergian, isteri adalah penjaga rumah dan harta. Seiring suami, isteri adalah penjaga maruah keluarga. Di kala suami berkehendak, isteri menyediakan dan mempersiapkan. Terutamanya bagi wanita bekerjaya, memang bukan mudah untuk menyeimbangkan tanggungjawab di rumah dan di luar rumah. Tidak mudah juga untuk meneutralkan emosi, terutamanya di kala pelbagai masalah mengundang.

Jujurnya, kadang – kadang aku juga menangis.

Macam mana penat, marah, sakit, kecewa dan sedih, tanggungjawab sebagai seorang isteri tidak boleh diabaikan. Ye, tanggungjawab!

Terdapat sebilangan isteri yang tidak bernasib baik, dikurniakan suami yang tidak menghargai mereka. Suami sering mengharap isteri memberikan lebih lagi… Suami seakan – akan lupa bahawa isteri juga adalah manusia biasa yang tidak sempurna, sama seperti suami.

Redha. Itulah kunci kebahagiaan seorang isteri. Ikhlas. Itulah mentera semangat seorang isteri. Pahala. Itulah bayaran yang diperolehi oleh seorang isteri yang redha.
*******
Bagi persepsi lazim yang menggambarkan bahawa adalah lebih mudah hidup sebagai suami isteri, jawapan aku, ianya akan menjadi lebih mudah dan berbaloi jika wujud persefahaman dan kasih sayang antara kedua-dua belah pihak. Dan semuanya akan menjadi indah jika agama diletakkan di tempat yang tertinggi. Maka, pilihlah pasangan yang sesuai dengan kehendak syara'.

Dan bagi mereka yang masih bujang dan masih aktif dengan gerak kerja islam, janganlah kau mencipta banyak alasan dan menjauhkan diri daripada gerak kerja dan majlis ilmu. Nikmatilah setiap detik di dalam gerak kerja dan manfaatkanlah masa bersama sahabat kerana kelak sesudah berumah tangga, kau akan rasai satu dunia baru; Dunia yang sentiasa menagih keadilan masa dan perhatian daripada mu.

xiet_enigma
UM
15/01/2009

January 12, 2009

A.M.P.U.N.I.K.U

Tuhan….
Hidup ini entah sampai bila,
Entah esok, lusa atau tinggal sesaat cuma,
Masihkah ada waktu untukku berlari,

tanpa menoleh lagi,
Meninggalkan dosa-dosa yang membelenggu diri,
Atau hanya nanti aku tetapkan menangisi kekhilafan diri
Hingga ke akhir nanti…
Ampuni aku Tuhan…

xiet_enigma
june 6, 2005

January 11, 2009

I am anti-demo...

I am quite sure that I am in the category of anti – demonstration type of person. Although I have enough experiences taken part in Demo during my school time and in University of Malaya - my alma mater, I still consider myself as an anti-demo person (I only joined 3 to 4 demos during my undergraduates though I’m one of the ahl – J. Hehe…)

A friend of mine made a wild claim saying that I’m a ‘coward’ just because I sidelined Demo (can you imagine that? Huh... What a very shallow-minded!). For me, if you want to participate in any demo and if you think that there is any benefit behind it, then go ahead. But please, don’t underrate other people who don’t have the same thinking as yours. They might do other things that are ALSO important for the sake of Ummah, while you don’t.
Remember: We, Muslims are complement to each other

Well, the Demo that I mention about is the one that has anything to do with politics – regardless of any party.

But yesterday was a great history in my life. It has been so long since I have participated in any Demo, but yesterday, I made it! It was for the Palestinians!

One thing that I like about the Demo is that the representatives from different political parties & ideologists can stay unites by sharing a stage, driven by the name of Islam.

The other thing that makes me so contented is that, Muslims from different ages, generations and races have been driven by the spirit of Jihad! There were kids, teenagers and adults, (even the handicapped!) sharing the same emotion about the issue, and they donated money, watches, gold, and even shoes… (Well, they heavily threw their shoes on the Israel’s flag, Bush’s & Olmert’s ugly faces… hehe)
This is the type of Demo that I will certainly participate. It is my hope that all Malaysians will participate as well. Why? Coz it is a demo that shows our deep support to the Palestinian people in their holy war against the Israeli’s cruel genocide. It is a Demo about humanity, about Ummah.

And… it would be far more significant if it gets full coverage by the main-stream media.

By the way, (still)… Demo is not the only solution for us to contribute towards the above-mentioned issue. Besides, it is only a small portion of it. There are so many ways for us to contribute, such as donating money, boycotting Israeli made-American used companies, brands, and products, or (at least) pray for the Palestinians.












SO MALAYSIANS…. PLEASE WAKE UP!

P/S: Demo tu demo jugak. Tapi Awlawiyyat (priority) tak boleh compromise. Okie?
Tahniah kepada 15 ribu Malaysians yang menghadiri Demo!

Xiet_enigma
5:36pm
Shah Alam

January 8, 2009

The Palestinians and I...

I am not feeling well today, so I take a day off. At first, I thought I want to spend half of the day in the lab, but I couldn’t find a reason for doing it. I have to admit that my schedule for this week has already been spoiled by a stupid procedure made by a human being. By saying that, it means, I have to wait until next Monday to get the confirmation resort. Still, I have a bunch of reading to complete… if only I could transform all the articles into fantastic stories or contemporary fairytales. Ahaks…

Wait a minute… what have I done? Ruining my MC by whining about lab work? Look at what I am doing now and why don’t I have any benefit from it?

So… I decided to indulge myself for the moment. I am now sitting in front of my hubby’s PC, writing about my happy moment right now, whilst enjoying my favorite Double Cheese Burger and a gigantic glass of chilled light coke for my meal. I am wearing my favorite dress and listening to my favorite songs. I love the smell of my apartment and the color of the weather outside my window. Living alone in my shelter makes me feel good. (Sorry hubby, don’t mean to disregard you. I’m just pampering my single-mingle day as a modern-living girl. Hehe… Owh, hope you enjoy your one week outstation)

This is the most desirable moment for someone who always spend most of her time for ‘life business’- for someone who spends 65% of her 24 hours in the lab, and 80% of her weekend outside the house.

Hence, I create a big smile; a smile of satisfaction, a kind of a victory smile.

Though, all of a sudden, my mind changes. From thinking about my happy moment, it changes swiftly to something else… it is regarding something that concerns the world right now…

My fellow Palestinians… (And my smile fades)

I have my favorite meal while they have nothing to eat. I wear my favorite dress but they wear a piece of cloth stained with blood. I listen to my favorite songs but they listen to a thunder of bomb explosions and the screams of the innocent. I see a blue sky with white clouds while they see orange infernos emitted everywhere in the sky. I pamper myself as a single girl but they cry from the lost of the loved ones. They watch people die everyday!

And so, I am so grateful to have a very good life. I should be thankful for what I have and Redha for what I couldn’t possess. I should provide more and demand less...


My friends,
The Palestinians are our fellow Muslims.
They are Homo sapiens like us.
But they don’t have the same life we have right now.

My friends,
If you don’t realize what is happening in Palestine
If you don’t even care about them but you are a Muslim…
You should be ashamed. Coz even Jews are against the Zionists’ action

Let start to play a role!
Other people have found ways to make a contribution. So find yours.
xiet_enigma
SS U11, Shah Alam

Salam Ukhuwah


PENDAHULUAN

Assalamu'alaikum...

Akhirnya berjaya juga aku menghasilkan sebuah blog. Selama ini aku tak pernah sangka aku akan ada blog kerana aku tahu aku amat susah untuk commit pada blog. Yelah, kalau blog tak selalu update, tak syok juga.

Blog pertama aku, which is not my personal blog actually, adalah blog proper-ganda; http://www.mmbadjie.blogspot.com/. Blog tersebut hanya fokus kepada isu dakwah. Percubaan pertama aku menulis blog agak kureng memberangsangkan. tambahan lagi nak maintain untuk menulis sesuatu yang serius sebagai permulaan, memang agak sukar...

Selain itu, aku juga ada menulis blog di friendster. Hah, yang ni aku agak aktif sebab ia adalah personal blog. Aku boleh tulis apa-apa je yang aku suka... sebab itu adalah personal blog aku (so, suka hati aku lah..hehe)

InsyaAllah, dari semasa ke semasa, aku akan cuba mengemas kini blog aku dan cuba untuk memusatkan semua blog yang aku ada hanya kepada satu blog... (sebenarnya aku tak reti sangat buat blog ni. Pening kepala dibuatnya... huhu)

PENGENALAN

Kenapa aku menjadi blogger?

Herm... Aku memang suka menulis. Dari kecik aku lebih banyak berekspresi dengan penulisan (dan juga muzik). Selama ini, banyak penulisan yang aku tak arkibkan dan sudah entah ke mana. Walaupun tak lah se best mana penulisan aku, tapi mana tahu ada manfaat yang boleh aku kongsi bersama? Setelah berfikir....aku rasa blog adalah antara medium terbaik. Lagipun sekarang ni tahun 2009. Blog pun dah berlambak-lambak.

Dengan blog, aku boleh menyampaikan maklumat dan sebarannya lebih meluas. Aku pun boleh berkongsi maklumat dengan orang lain. Kira Win/win situation la ni...

Dengan blog, kita boleh berdakwah. kita juga boleh menangkis semua salah faham terhadap islam dengan memperbetulkannya melalui blogging.

Sesetengah perkara tak mampu untuk kita luahkan dengan kata-kata. Jadi, penulisan boleh menjadi salah satu alternatif...nak post ke blog atau tidak, itu terpulang lah...

Aku juga boleh improve diri dari aspek penulisan dan tatabahasa. Sebenarnya, antara cabaran terbesar aku adalah aku amat lemah dalam penggunaan perkataan dan bahasa. Dan itulah antara faktor yang menghalang aku daripada menjadi blogger selama ini... Maaflah aku nak bagitau awal-awal yang penggunaan bahasa di dalam blog aku adalah bebas. Biasanya aku akan merojak-rojakkan bahasa. Nak menulis 100% bahasa melayu... Boleh, tapi akan menunjukkan lagi betapa teruknya bahasa aku. huhu...Dalam English? boleh gak tapi biasalah aku ni orang melayu-jawa, so kekadang pun grammar ada tergelincir gak... hehe...Tapi aku akan cuba...
Tambahan lagi, gaya atau genre penulisan aku juga akan berubah-ubah mengikut mood dan plot cerita. Jadi, siapa yang tak suka tu, terpulang lah pada korang ye.

Apapun, bukankah yang penting adalah isi kandungan penulisan...? hehe...

KESIMPULAN

Aku takla berniat nak mengkomersilkan blog aku secara besar-besaran. tak buat pengumuman pun untuk bagitau yang blog ini telah ditubuhkan (tapi ni macam dah jadi pengumuman je.hehe)... Lagipun, aku tahu aku mungkin takkan menjadi blogger yang baik (yang aktif dan selalu update blog dia... aku ada banyak keje lain. hehe)...

Apapun, bagi yang dah terjumpa blog ni dan mengikuti perkembangannya, aku harap korang akan mendapat manfaat daripadanya. Kalau ada rasa nak kritik, silakanlah tapi amalkanlah saranan Allah di dalam surah An-Nahl, 16:125 :)

Sekain,
Wassalamu'alaikum...