sign in

December 18, 2010

Semua orang dah ada pesbuk!

Pesbuk my ibu...

OK OK. short post di pagi hari (pagi ke, dah nak tengah hari dah ha!)

Apsal semua orang ada fesbook kecuali diri ku?

Adik-adik ku, kazens yang bawah umur pun ada gak... Ni bukan setakat bawah 18 tahun je, bawah lagiiii lah, membaca pun masih mengeja2 sikit2, tapi ada pesbuk gak tu... Nia tu, tadika pun pesbuk dah hebat... Hehehe

Ayah pun ada fesbuk tuh, I.Geza pun ada fesbuk.... Terbaru, my MOM yang kami selalu ejek tak tau pakai HP, sekali ada fesbuk wooooo...

Pagi2 dah call dari opis tanya I.D fesbuk ku...
And sekali kitorang adik beradik cek fesbuk dia, ingat dia tak tau la buat pape. Sekali, pandai tulis wall, pandai like2 lagi you, pandai serba serbi lah...

Tercabar nih....

p/s: Baik cek, nenek ku ada fesbuk tak ekk? =p

December 14, 2010

Jauh perjalanan, luas pengalaman



Kyoto city, pandangan daripada Kyoto Tower

Alhamdulillah. Segala urusan di Jepun telah pun selesai. Kini sudah 3 hari di tanah air tercinta. Rindu pada Aaron Houdd masih belum terubat sepenuhnya, lantas beberapa hari ni akan ku curahkan segala perhatian khas untuk Aaron Houdd =p

Ini adalah post pertama untuk perkongsian cerita dan pengalaman di Jepun. Post pertama di blog ini, tapi sudah beberapa post di blog yang satu lagi. Sebab yang tu semua ada kaitan dengan Aaron (Aaron lagi... Hehehe)

Banyak yang telah dipelajari bermulalah daripada persiapan, perjalanan, penginapan di sana, sampailah pulang semula ke tanah air. Betul lah kata orang 'Jauh perjalanan, luas pemandangan'. Tapi semua tu bergantung juga kepada individu. Kalau dah jauh berjalan pun tapi tak mahu mengambil iktibar dan tak mahu belajar, maka tidaklah seluas mana pengalaman.

Mengimbas kembali detik2 persiapan untuk ke sana, banyak benar ujian dan dugaan telah dihadapi. Dengan masalah scholar, dengan takde dana, dan lain-lain masalah kewangan yang muncul. Tiap-tiap malam tak boleh tidur dok pikir macam mana nak carik duit. Sebab tu bila dah sampai sana, Xiet berhati-hati sungguh untuk berbelanja. Itu belum masuk bab labwork, bab family, bab Aaron Houdd yang perlu ditinggalkan dan stock susu yang berkurangan.... Banyak masalah sebenarnya tapi sepanjang persiapan ke sana, Xiet cuba juga untuk selesaikan dengan baik dan berusaha melakukan semuanya sendiri... Banyak kali juga rasa nak give up, tapi try jugak kuatkan hati supaya meneruskan misi...

Bab penginapan pun satu hal juga. Ada jugakla usha-usha kawan2 untuk mohon pertolongan mana tau dapat link dengan sahabat2 di Kyoto yang boleh tolong bab penginapan. At least dapat kurangkan bebanan kos. Dalam banyak2, akhirnya dapat lah respon positif daripada seorang yang tak pernah dikenali langsung selama ni, tapi sudi nak bagi tumpang menginap di rumahnya.

Sepanjang di sana, Xiet berpindah sebanyak 3 kali. Rumah pertama adalah rumah seorang anak dara ni. Nesh namanya. Baru berkenalan dan berjumpa ketika di Kyoto lah. Tapi seronok berkenalan dengan dia. Rasa macam dah lama kenal sebab dia sporting habis. Rumah kedua rumah Abang Kimi dan family. Ini lagi lah, tak pernah kenal and even tak pernah jumpa sebab ketika kami bermalam di rumahnya, tuan rumah pulang ke Malaysia. Memang selamber je abang tu bagi izin menumpang. Ke tiga, kami tinggal di guest house. Best jugak sebab bersih tempat tu. Alhamdulillahhhhh.... Semoga Allah permudah urusan mereka-mereka ini.

Xiet, tak sejuk ke?
Nesh yang paling hujung,tudung hitam...=p

Bila dah berada di Kyoto, lagi banyak pelajaran dan pengalaman baru. Bak kata hubby di facebook nya 'Ku lihat Islam sangat subur di bumi Japan di sana sini... Namun tak ku temui Muslimnya... Ku temui ramai Muslim di sana sini di bumi Malaysia, namun kurang ku rasai sifat Islamnya... Oh Japan, sungguh bumi bertuah ini lebih Islam dari Malaysia'

Hari terakhir conference, and hari pertama hubby sampai.

Di sini, kita yang jauh sebagai musafir, akan terasa pentingnya ukhuwah. Sejujurnya, saat-saat sukar sepanjang di tempat orang, banyak tangan yang menghulur bantuan terdiri daripada orang yang tidak pernah langsung dikenali selama ini. Sedangkan orang yang dikenali pula, belum tentu mengambil pusing hal orang lain. Maklum sajalah manusia, sering saja ingin melepaskan diri daripada kesusahan, walaupun kadangkala terpaksa meletakkan orang lain di dalam kepayahan dan serba salah... Ada beberapa orang yang membantu mengatakan bahawa mereka pernah menjadi musafir dan hidup susah. Maka kerana itulah mereka mengerti dan ringan memberi bantuan. Satu perkara yang Xiet belajar, jangan malu untuk bertanya! Yer, walaupun tak paham bahasa Jepun, Xiet akan main redah aje bertanya dan berbahasa isyarat untuk bertanya. Kalau takut and malu, sampai ke sudah sesat tak jumpa jalan pulang. Hehehe


Kak Mas and Abg Hariz. Antara kenalan baru di sana...

Di Jepun, semuanya mahal - mahal belaka. Maklum sajalah currency Malaysia rendah nilainya. Jadi kami semuanya membawa bekal dari Malaysia buat mengurangkan kos perbelanjaan harian. Sharing is caring kan. Hehe. Ye, itulah konsep yang diamalkan. Di sana, Xiet banyak ikat perut aje. Sebelum ke Jepun, punyalah susah nak carik duit. Sendiri usaha itu ini untuk dapatkan duit. Alhamdulillah family bukan jenis yang pandai meminta-minta. At least, not from my flesh and blood. Yang ada cume one of my sis, just minta Xiet ambil gambar banyak2 aje. Pendidikan dari kecil, jangan memandai-mandai meminta-minta. Kita tak tahu samada seseorang itu mampu atau tidak. Jangan kerana kita meminta, menyusahkan orang lain.

Biasa dengar bukan, akan ada yang mengirim itu ini kerana sesetengah barang di negara lain lebih murah. Herm, pada Xiet, murah manakah barang tersebut? Seperti di Jepun ni, memang ada yang murah, tapi sama saja kualiti nya di Malaysia. Padahal di Malaysia juga boleh dapat dengan harga yang lebih murah. Cuma mungkin tiada yang mahu memandang dek kerana buatan Malaysia. Lagipun, tak kan semua benda murah mahu di beli. Iye tak?

Apapun, buah tangan tetap ada. Cuma mengikut kemampuan sajalah adanye. Hehe...

Benar kata orang, manusia kalau sudah terdesak, akan terkeluarlah perangai sebenarnya. Ada juga beberapa kes di sini di mana kami berhadapan dengan ragam manusia yang ego, sombong dan selfish sekali. Mujur kami mampu bertahan. Tak mengapa lah, yang penting kami enjoy sepanjang di sana...Bagaimana cara kami enjoy? Hehehe... enjoy aje, nak happy atau tidak happy, semuanya kita yang tentu kan. semua nya bergantung kepada mind setting. Betul tak? Jalan kaki jauh2 malam2 sesat2 pun happy, balik rumah malam2 sorang2 pun happy, tuang maggie tiap2 malam pun happy jugak. Semua happy! Hehehe... pengalaman semua tu! Iyelah, kalau nak tau diri tu kuat mana, berani mana, dan bagus mana, kena lah ada cabaran, baru lah boleh buat penilaian dan penambah baikan... cewah, cakap macam poyo. Padahal masa jalan balik sorang2 and sesat tu, takut la jugak kan.Hahaa

Dah macam beraya di perantauan la pulak. Hehehe

Ada banyak perkara negatif tentang Jepun dan rakyat nya. Namun, banyak juga yang positif, yang boleh dijadikan iktibar dan pedoman. Jadi, buanglah yang keruh dan ambil lah yang jernih!
Berusaha untuk menjadi insan yang lebih pemaaf 'Forgive & Forget'... Alangkah sukarnya... Hai Xiet, Rasulullah paling banyak memikirkan hal orang lain, dan paling sedikit memikirkan tentang dirinya sendiri. Jadi jangalah kau kikis sikap itu dalam dirimu, dan sepatutnya kau tebalkan lah lagi sikap itu. Jadilah Insan yang memberi manfaat kepada Ummah!

Xiet harap, segala pengalaman yang berharga di sana dapat dijadikan titik permulaan perubahan untuk menjadi manusia yang lebih baik lagi. Lebih matang di dalam membuat keputusan, lebih berani dan pandai menjaga diri, dan lebih prihatin terhadap orang lain. Tidak sombong; ketika senang, lihat pada yang di dalam kesusahan, dan ketika susah, tidak sombong untuk meminta bantuan dengan cara yang sopan dan tidak annoying. Semoga Xiet belajar dari pengalaman...Aminnnn....

Xiet Enigma
14 & 15 Dec 2010
Shah Alam

November 30, 2010

MODE: mengimbau kenangan silam


gang beg ija...

Sebenarnya dah berminggu-minggu nak tulis pasal ni. Tak tau la kenapa sejak dua menjak ni selalu je teringat pasal kisah zaman muda-muda dulu. Iman, K.shikin, boleh tolong jawab tak?

Begini al-kisahnya:-
Pada zaman dahulu...(Pretttt...boring!)

Bila masuk UM ni, banyak benda Xiet belajar. Belajar berdikari, belajar macam mana nak survive, belajar kenal manusia, macam-macam la. Pendek kata, kalau nak dimetaforakan dengan warna, sepanjang Xiet berada di UM, dah ada berbagai-bagai warna mencorak dan menconteng kertas kehidupan Xiet. Dalam banyak2, hari ni Xiet nak cerita tentang ukhuwah! (Jiwang sket la beb!)

First year di UM, Xiet diberikan kesempatan untuk berkenalan dengan seorang kakak senior kos A.I (Akedemi Islam). Kak Jiha nama glamour nye. Kakak ni tinggal opposite dengan bilik kami. Not really opposite la, selang beberapa pintu. Apa yang best tentang kakak ni, dia selalu jadi 'juru kejut subuh kami'. Caranya mudah aje, bila dia nak keluar pergi toilet ambil wudhu', dia akan cek selipar kami, kalau kering, sah kami belum bangun, so dia akan ketuk pintu sammmmpai kami bangun! Satu lagi yang tak dapat lupa, kami saling kenal-mengenali baju (boleh kenal baju sapa even tengah rendam dalam baldi), kegemaran, dan juga tabiat. Hatta sampai ke tahap derap kaki pun boleh kenal! Ingat lagi kalau dalam bilik air, kalau Kak Jiha masuk, mesti cam! begitu juga sebaliknya! Rindu nya pada Kak Jiha. Dapat jumpa sekejap aje sebab lepas tu dia dah habis belajar!

Second year, kehidupan makin liar! (chett, ayat ganas kunun!). Masa ni dah ada motor egoooo. (Tapi lesen motor tak penah ada!). And masih roommate dengan Iman yang weng weng sikit tu. Hehehe... Masa ni Xiet dengan Iman share banyakkkk benda. Iman kumpul duit beli Desktop and Xiet ada motor. Most of the time, Xiet yang guna desktop iman and iman yang bawak motor Xiet. Sampai ramai orang ingat itu motor iman...Seingat Xiet lah, sejak First year sampai second year, tiap kali tapau makanan, kami hanya akan tapau 1 tupperwre utk 2 orang, and makan share guna 1 pinggan/tupperware... First year mungkin tak kerap sangat, tapi second year memang tabiat kami macam tu setiap kali tapau....Tu kot buat ukhuwah erat. Wallahua'lam...

Banyak sangat kisah masa 2nd year. Masa tu, hidup busy tak hengat! Busy macam nak mengalahkan PM la kononnye. Meeting sampai larut malam, study sampai tak tido, macam2 lagi la.... Tapi paling best sekali time ni dah start join IIS. Every Wednesday & alternate Thursday akan merempit pergi IIS... Banyak kali gakla study atas motor. Dinner atas motor pun pernah... Time ni Xiet, Iman, Wafa and K.Shikin dah mula ehem...ehem....dengan pokecik. time ni jugak la kenal ferrari merah Anuar Sajari (",)

Ingat lagi insiden satu malam di mana kami pergi sambutan merdeka di UM. Malam tu banyak sangat program sampai kepenatan, tapi kelaparan. So Xiet pun sempat la juga menjamah makanan sebelum tidur. Nak dijadikan cerita, Xiet makan terus tertidur tak sempat nak cuci tangan. Memang tertidur di atas lantai depan makanan. Pagi2 bangun K.Wani (another roommate) terkejut and gelabah ingat Xiet pengsan sebab keracunan makanan! Haduh, apalah kan? tak senonoh. Hehehe...

Satu lagi insiden adalah di mana pada suatu petang, Iman kelaparan giler (tak tau dia tu kurus tapi asyik lapar). Iman pun pergi kedai mana ntah kat fak dia. Duit masa tu cukup2 beli 3 chicken floss bun. Dengan happy nya Iman membeli 3 chicken floss bun dan berjalan dengan riang untuk makan di bilik bersama Xiet dan K.Wany. Di tengah perjalanan, sekumpulan monyet datang menyerang Iman dan mencurik Chicken floss kesemuanya! Akibatnya Iman pulang dengan tangan kosong dan deraian air mata. Time tu sumpah Xiet kesian kat dia and terharu la gakkk, tapi dalam masa yang sama rasa kelakar tapi tak berani gelak so gelak dalam hati je. Hihihi....

3rd year, terpisah dengan Iman sebab terpaksa tukar bilik atas alasan tertentu (Actually bile pk balik, ntah pape alasan tu...Opsss...wala' beb, wala'). Tapi ukhuwah masih ngam macam dulu, cuma tak selalu jumpa dah. Masa 3rd year ni Xiet boleh cakap zaman kegelapan Xiet la. Hanya orang2 tertentu yang tahu. Time ni K.shikin sangat banyak membantu. Kami share terlalu banyak benda. Anuar Sajari pun salah seorang sahabat yang tak pernah jemu memberi sokongan dan dorongan. Rasanya kalau takde dorang ni, macam manalah agaknye Xiet meneruskan hidup dengan tabah!
program kolej...

K.shikin masa tu dah tak duduk kolej, tapi selalu jugak squatting bilik Xiet. Roomate Xiet King & K.Muni sporting gilak so senang kaw tim laaa... K.Shikin ni la yang hantar and ambik Xiet tiap pagi and petang setiap hari sepanjang Xiet Latihan Industri. K.shikin akan keluar lepas subuh untuk ke lab and dalam masa yang sama hantar Xiet depan PPUM dan bila petang ambil Xiet dari PPUM... Semua tu, tanpa se sen bayaran pun! Sekali pun K.shikin tak pernah minta atau ungkit!

Kalau dulu, Xiet ni antara kategori termiskin jugak la sebab PTPTU Xiet dapat ciput gile. Iman antara yang kaya sebab dia JPA. K.shikin ngan wafa tengah2 kot. Tapi kalau Xiet takde duit nak makan, alhamdulillah tak pernah pun rasa susah sebab dorang ni macam tau tapi taknak tunjuk dorang tolong. Iman especially, dia akan buat ayat macam kononnya teringin something atau mood tengah baik blah blah blah and belanja Xiet makan. Padahal macamla Xiet tak tau dia tau Xiet takde duit. hehehe...

Kisah wafa belum lagi. Xiet dengan wafa ada satu pengalaman yang takkan dapat kami lupakan. Kes rumah terbakar. Masa kejadian rumah kami terbakar, Xiet dan wafa memang betul2 ditempat kejadian dan terperangkap di dalam kebakaran tu....

Sekarang, masing-masing ada haluan sendiri. Iman dah balik ke pankal jalan di hulu nun. K.shikin sedang mengejar Ryo nye di Jepun (jangan tersalah faham, k.shikin masih di sini). Wafa sedang berbahagia dengan Adi dan Amin nya. Xiet, masih di sini....

Namun untuk melupakan semua yang pernah Xiet lalui bersama mereka ni, Xiet rasa hanya Allah saje yang boleh melakukan itu.... Sebab kawan macam ni memang susah nak carik. Even Iman jauh, tapi masih rasa dekat. Even K.shikin dah makin giler, tapi dia masih boleh kenal Xiet. Hehehe...

Sebab tu, Xiet bertekad masa Xiet mula bertukar status dulu (single --> married), Xiet taknak jadikan alasan PERKAHWINAN MERENGGANGKAN PERSAHABATAN. sebab tu even dah kawin tapi Xiet selalu hang out dengan dorang-dorang ni semua. And terus terang Xiet cakap, Xiet tak berapa suka dengan orang yang dah kawen, lupa/tak hirau kawan. Memang kehidupan takkan sama macam dulu, tapi tak bermaksud kita pun kena berubah bersama perubahan kehidupan dn status.Dulu kita sama2 susah senang, takkan bila dah ada spouse, kita tak boleh lagi susah senang dengan kawan? Alhamdulillah Anuar pun sporting, K.Shikin, Iman and Wafa pernah tidur rumah kami and tidur sekatil lagi even Xiet dah kawen pun masa tu (Woppp,tanpa Anuar OK!)...Xiet harap bila Iman dah bertemu jodoh dan K.shikin berjumpa Ryo nye, mereka juga tak banyak berubah. Hehe..

Sebelum mengakhiri entry yang panjang ni, Xiet nak list down kan perkara-perkara yang sinonim dengan mereka2 ni (jangan marah la korang ekk... Hehehe)

Iman:-
Hantu cermin. pantang tengok cermin dia ni. Anuar siap ada gaya untuk imitate iman lagi. pastu, jangan sesekali komen ada something tak kena dengan pakaian dia unless kita ada banyak masa terluang. sebab dia sanggup tukar apa yang tek kena tu! tapi iman ni pemurah! selain pemurah senyuman (tunjuk besi kat gigi dia), dia juga mmg baik hati. jarang simpan dalam hati. nak fire or laser dia selambe je. Hehehe

K.shikin:-
Ayat femes dia 'ngokkkk', 'bongokkk' dan yang sewaktu dengannya. Dia ni otak pelik-pelik sikit la. suka berfikir outside the box (or meletakkan otaknya diluar kotak. maybe?). K.shikin ni walaupun dia tua setahun (actually 2-3 bulan je) dari kami, tapi perangai dia lebih kurang je. Nak jadikan kakak contoh pun tak boleh. Hehehe..


Wafa:-
Wafa ni...Herm, kalau ingat wafa selalu nak tergelak. Dia ni unik skit. Dia selalu berada di tempat yang lain di dalam kebanyakan topik perbualan. Kadang2 kami pulak yang conpius dengan kekonpiusan wafa. Wafa dan Adi bagi Xiet memang pasangan yang ideal.
Merambu malam2 di dtran merdeka bersama ferrari merah
Zahir:-
Dalam citer atas2 ni tak wujud nama ni, tapi tiba2 nak tulis. zahir ni.....dia J.A.H.A.T! (+_*)... Musuh ketat forever! Hehehe...

Pokecik:-
Dia ni la monster yang menyusahkan hidup kami! Buwekkkkk =p

Anuar Sajari:-
NO KOMEN! Heheheheh....



Kawan UM ni memang lain...Lain sangat...

Xiet Enigma
30/11/2010
Shah Alam

November 1, 2010

Hail Xiet, Wake up!


OK Xiet, waktu bersedih sudah berlalu. It's time to wake up now, otherwise you'd be trapped in your own misery forever....

Alhamdulillah, bunch of thanx to my dearie Sis Shikin, for her big support. Dah lama tak borak dari hati ke hati dan muhasabah diri macam what we did that nite. Seriously nak carik kawan yang macamtu zaman skang memang payah. Ni pun terjumpe masa kat First kolej dulu. Haih, tiba-tiba terjiwang lak nak mengingat kenangan-kenangan kat First dulu. InsyaAllah bila free and ada mood jiwang lagi next time Xiet akan share apa yang best sangat tentang ukhuwah yang Xiet dapat masa kat first dulu :p

Anyway, memandangkan diri mahu bangkit dari tidur yang tak berapa nak lena sebab nightmares, so last saturday Xiet pun pergi ke mall yang berdekatan untuk survey2 kedai-kedai yang boleh bangkitkan kegumbiraan hati. Kedai yang paling menjadi pilihan, tak lain tak bukan mestilah kedai buku! (*_^)

Actually waktu tu tak plan nak beli banyak. Just nak beli satu dua yang boleh hiburkan hati. Tapi bila dah tengok buku, rasa macam semuanya best (a bit exaggerating. Hehe). However, memandangkan bajet yang tak berapa nak best, Xiet fokus kat buku yang boleh buat diri ni rasa up sikit (lawan bg perkataan down) and nak tanam nilai2 murni dalam diri yang semakin hilang.

So, jumpa satu buku ni, hasil karya Sheikh A'id Al-Qarni, tajuknye Muhammad As if You Can See Him. Apa yang menarik sangat tentang buku ni?

Xiet belum habis baca lagi (ceh, padahal baru bace beberapa helai m/s je). Tapi mengikut list of content, synopsis, and beberapa chapter yang Xiet sempat belek2 masa kat kedai, buku ni menarik sebab menceritakan tentang Prophet Muhammad p.b.u.h; fizikal beginda, sifat dan tingkah laku, dan beberapa kisah-kisah menarik di dalam hidup baginda. Paling syok, buku ni cube membawa pembacanya untuk mengenali Prophet Muhammad bermula dari kelahirannya, sehinggalah baginda wafat. Buku ni juga menggunakan Al-Qur'an dan Hadith sebagai sumber rujukan, so bukanlah fakta yang main belasah je.

So far Xiet berpuas hati dengan buku ni. Dapat lah Xiet menambah ketebalan cinta terhadap Prophet Muhammad, dan juga dalam masa yang sama ada semangat untuk tiru nilai2 murni, sifat2 mulia yang ada pada diri baginda.

Erm... Buku lain yang Xiet beli semuanya untuk Aaron Houdd. 1 set buku terbitan Darussalam (My Twheed Book, My Du'a Book, My Prayer Book & My Wudhu' Book) dan sebuah buku yang terdiri daripada anecdotes kisah-kisah beberapa para nabi dan sahabat yang ditulis dalam bentuk yang ringkas dan menarik, bertajuk The Clever Boy by Moulana Ebrahim Muhammad.

p/s: Harap2 tak lah hangat-hangat tahi ayam je bila baca buku Al-Qarni tu.... Doakan Xiet menjadi salah sorang daripada pencinta tegar Prophet Muhammad ekk (^_^)

Wassalam

Xiet Enigma
1/11/10
Shah Alam

October 21, 2010

Perhitungan diri....

Kadangkala, hidup terasa terlalu sukar. Sehiggakan terfikir mati sebagai jalan penyelesaian. Walaupun hakikatnya 'mati' itu hanyalah satu cara untuk lari daripada kebuntuan...

Kadangkala, diri rasa terpinggir. Hati rasa terlalu sakit dan kecewa. Kerana semuanya serba tak kena. Buat jahat mengundang bala, buat baik pun ada saja natijahnya.

Di mana silapnya?
Apakah dosaku hingga diduga sedemikian rupa?
Kenapa aku ya Allah? Kenapa Kau berikan aku kesusahan yang tidak mampu aku hadapi?

Kalau Allah itu Maha Mengetahui, tidakkah Dia mengetahui yang aku amat tidak berdaya untuk melalui semua ujian ini?

.........Lalu hati mula menghitung-hitung kebaikan yang selama ini dilakukan, dan kejahatan yang selama ini ditinggalkan.....

.........Lalu akal mula membanding-banding diri ini dengan insan lain....

*Sepertinya diri terlalu mulia untuk menghitung dan membanding bezakan diri ini dengan yang lain*

Namun, kerana hati yang terlalu terluka, kerana terasa rayuan dan rintihan yang tidak didengari, kerana terasa tiada yang peduli, kerana terasa Allah itu seperti sudah menghilangkan diri.....

Kerana terasa musibah tidak pernah berhenti....

Mungkin dengan kesabaran dan keredhaan, ujian tersebut menghapus dosa kita.
Mungkin dengan kerendahan hati, ujian itu mendekatkan kita kepadaNya
Mungkin dengan kelemahan diri, ujian itu menguatkan kita....

Tapi bagaimana jika ujian itu semakin menjauhkan kita daripadaNya?
Bagaimana jika ujian itu melemahkan lagi iman kita?
Bagaimana jika ujian itu menyebabkan kita membenciNya?


Wahai diri,
Ingatlah,

Apa pun yang terjadi,
Ingatlah 'dunia' yang satu lagi
Ingatlah akhirat yang kekal abadi....

Allah menguji hambaNya kerana Dia peduli
Tapi kerana apa dia menguji, Wallahua'lam, hanya Allah yang Maha Mengetahui....

Bukan semestinya kerana dosa kita yang menggunung tinggi,
kerana para nabi dan rasul yang mulia juga diuji dengan hebat sekali

Bukan semestinya kerana kita tidak dikasihi
Allah juga menguji hamba-hamba yang soleh dan dikasihi

Allah menguji, kerana Dia mahu menguji
Tiada kena mengena dengan jahat baiknya seseorang itu...

Jika hari ini iman terasa lemah
akidah terasa terusik
dek ujian yang menyesakkan
Mohonlah kekuatan
Mohonlah keampunan

Kerana mungkin hati merasa tidak pasti untuk apakah ujian ini
Tapi ada satu perkara yang amat pasti

iaitu Allah Maha Mengampuni....
Dia pasti mengampunkan dosa hambaNya
yang memohon keampunan kepadaNya...


Xiet Enigma
21/10/10
Shah Alam

October 8, 2010

Back to Basic...

Dulu, masa di sekolah, bukan main baik lagi perangai... Yelah, kawan-kawan baik, otak cuma pk nak study and lulus dengan cemerlang... Kalau buat kerja-kerja nakal pun, sekadar nak suka-suka je, nak buat kenangan manis di masa hadapan... Nakal pun takla nakal mane, cuma usik-usik kawan/cikgu je...

Sekarang bila dah kerja, semua dah berubah.... Environment dah tak macam dulu. Kalau dulu, kawan-kawan saling ingat mengingati. Kalau bergadoh dengan kawan pun, pasal perkara bodoh-bodoh je (yang bila diingat balik, rasa lucu kenapa la aku amek pusing benda kecik macam tu)

Tapi sekarang, nak carik kawan yang baik macam dulu, bukannye mudah. Kawan bergelak ketawa memang lah ramai. Tapi nak carik yang betul-betul sincere berkawan dengan kita time senang dan susah?

Kalau dulu, bila tak siap kerje sekolah, atau buat salah, ada kawan baik hati nak tolong cover. Sekarang, bila tak buat salah pun, ada orang boleh fitnah supaya kita jadi orang yang bersalah...

Dulu, kalau takde duit belanja, kawan mesti tolong belanja atau share makanan... Sekarang, kawan lagi dengki kalau boleh taknak bagi kita naik pangkat atau berjaya lebih dari mereka....

Herm...Situasi macam ni dah jadi kebiasaan pada zaman serba materialistik ni...

Apa nak buat ekk?

Rilekssss!

Kalau dulu, bila ada orang hina/kutuk/perlekeh kita, kita boleh bersabar dan teruskan hidup seperti biasa, jangan pula sekarang, bila environment mula berubah, semua orang nak jadi hero, fitnah dan talam dua muka berada di mana-mana, kita pun sama menggila menjadi orang yang suka bercerita keburukan orang lain, mengumpat dan mencaci, dan yang sewaktu dengannya....

Memang tak dinafikan, kita akan menjadi defensive bila keadaan mula menjadi negatif...

Tapi ingat, jangan sampai kita pun menjadi negatif...

Bila keadaan macamni berlaku....

Back to basic....

Tenang, banyakkan istighfar dan ingat Allah...

Sebab dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang (",)

Tak apa...
Diam bukan bererti kita kalah kan kan kan?

Yang penting, Allah tahu siapa kita...

So don't ever cross the line...

September 20, 2010

Apa lagi, gambar raye lah! ^_^

Aksi bebudak ketika orang tua di dalam rumah tengah melantak juadah raye.


Big happy families!

Best la tue macam tuan kat belakang sorang2... ;p


Baju raya daddy beli yay yay!


Ni keje dia time khutbah raya ekk!


Haikal....sepupu Houdd

Konon la nak setting....Gambar tak cantek mana..hihi


Uittt.... belum sedia laaa!

Back to skool deh... ^_^

Tok Daddy control macho sorang-sorang!

All the ladies. Hehehe...

Paman, Ucu, Daddy Aaron & Aaron Houdd

Aaron Houdd main sorok-sorok ekk...


Daddy kena buli!

Xiet Enigma
20 sept 2010
Shah Alam

September 13, 2010

September 7, 2010

Adengan 1 Syawal...Sunnah ke amalan kite?


Macam mana agaknye pengalaman 1 Syawal di tempat anda? Meriah ke? Atau penuh stress sebab mak asyik bising paksa anak teruna pergi mandi dan bersiap untuk pergi masjid, manakala makcik - makcik pula sibuk membebel suruh anak dara bangun pagi and bergotong - royong di dapur? Atau adakah 1 Syawal anda rasa biasa je macam hari - hari lain? (Bangun tidor, breakfast, tengok tv)...

Xiet yakin setiap orang/family mempunyai cara tersendiri untuk menyambut 1 Syawal. Ada yang mengikut adat kebiasaan kampung tempat tinggalnya, ada yang mengikut tradisi keturunan keluarga, ada pula yang lebih suka buat ikut cara sendiri.

Bila dah mempunyai 2 keluarga, memang boleh nampak perbezaan di antara kedua-dua keluarga di dalam menyambut Syawal...

Walau bagaimana pun cara anda menyambut 1 Syawal, biarlah kita beringat bahawa 1 Syawal adalah satu hari yang sangat bermakna bagi umat Islam, kerana ia adalah seumpana hadiah dari Allah buat hamba-hambaNya yang beriman, yang telah menurut perintahNya berpuasa selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan. 1 Syawal, adalah hari untuk meraikan kemenangan umat Islam terutamanya di dalam melawan nafsu...

Jadi, biar lah 1 syawal memberi erti kepada diri kita dan keluarga....
Tapi, macam mana nak jadikan 1 Syawal penuh erti?

Senang je.... Marilah kita ikut cara Rasulullah, macam mana Baginda menyambut 1 Syawal...

1. Mandi sunat Aidilfitri
Amalan ini nampak biasa je kan? Tapi sebenarnya mandi pada pagi 1 Syawal sebelum ke masjid/surau adalah sunnah
Imam Malik meriwayatkan sebuah hadith daripada Al-Muwatta’ :

“Bawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.”

2. Memakai pakaian yang terbaik
Bab baju raya ni memang favourite semua orang. Kalau boleh tiap – tiap tahun nak baju baru. 1 pasang tak cukup, raya kan sebulan! Bukan anak kecil je yang merungut nak baju baru, mak dan ayah pun kadang kala shopping untuk diri sendiri mengalahkan anak – anak.... So, sunnah ke beli baju baru tiap kali raya ni?

Sebenarnya, pakaian tak perlu sentiasa yang baru. Memadai dengan memakai pakaian yang terbaik yang kita ada. Kalau nak beli baru pun tak mengapa, tapi janganlah pula sampai ke tahap membazir dan memudaratkan ekonomi kita di kemudian hari. Paling penting, biarlah pakaian itu bersih dan kemas.

Terdapat beberapa hadith sahih yang menyatakan bahawa Rasulullah akan memilih pakaian yang terbaik ketika menyambut 2 hari raya. Antaranya adalah yang diriwayatkan daripada Jabir R.A, katanya: “Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765)

3. Makan terlebih dahulu sebelum menunaikan Solat Aidilfitri
Kepada kakak – kakak dan makcik – makcik sekalian, jangan dok asyik nak melaram sampai tak sempat nak breakfast di pagi raya. Rugi tau, sebab itu adalah amalan sunnah!

Daripada Anas bin Malik, R.A, maksudnya: “Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (al-Bukhari : 953)

Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani pula menambah : “Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” (Fath al-Bari : 2/446)

4. Mengajak seluruh ahli keluarga untuk ke tempat menunaikan Solat Aidilfitri
Pada sesetengah tempat, solat sunat Aidilfitri bukanlah satu kelebihan. Ia sekadar satu opsyen yang tak penting. Sebaliknya, yang lebih penting adalah persiapan langsir baru, juadah hari raya, menghias diri dengan baju baru dan sebagainya. Pernah Xiet bertanya kepada seseorang, kenapa tak pernah pergi sembahyang raya selama ni? Jawapannya “mane sempat! Nak siapkan juadah lagi, nak kena settle dapur, nak kena buat air, blah blah blah”

Pada Xiet, itu cuma sebuah alasan yang dibuat – buat sahaja. Bukannya kita sahaja yang beraya. Seluruh umat Islam di dunia ni menyambut aidilfitri, sama macam kita. Malah, Rasulullah dan para sahabat dulu pun sambut aidilfitri. Tak pernah pulak Xiet dengar hadith yang kata para isteri rasulullah sibuk di dapur menyediakan juadah hari raya dan bersolek sehingga tak pergi solat Aidilfitri. Hehe...

So, kepada para pembaca, marilah kita memeriahkan Aidilfitri dengan cara yang lebih bermanfaat. Ajak seluruh ahli keluarga pergi ke masjid atau surau untuk memeriahkan hari raya.

Sebagai rujukan, Xiet sertakan sebuah hadith daripada riwayat Ummu ‘Athiyah R.A. yang bermaksud: Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.

5. Bertakbir pada Hari Raya Aidilfitri
Takbir raya ini hanya disunnahkan kepada golongan muslimin sahaja, bukan kepada golongan muslimah. Ia boleh dilakukan di masjid, di rumah, di pasar – pasar, dan di mana sahaja tempat yang baik.

6. Solat sunat Hari Raya Aidilfitri
Solat sunat Hari Raya Aidilfitri ni boleh dilakukan kepada sesiapa sahaja samada orang dewasa, mahupun kanak – kanak. Xiet pernah ke suatu tempat di mana kanak – kanak di halau ke saf paling belakang, atau hanya duduk di tepid an tidak bersolat kerana dikatakan mengganggu orang tua bersolat.... Herm, tak baik tau makcik buat macam tu. Budak – budak tu pun nak ikut sunnah nabi jugak!

Sebuah hadith menyatakan bahawa:"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.

7. Ucapan tahniah pada Hari Raya
Biasanya apa kita akan ucap kepada rakan – rakan dan ahli keluarga menjelang hari raya? Haaaa.... mestilah ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan Batin! Betul tak?

So apa kata lepas ni kita tambah ucapan kita dengan:
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ - Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua)
atau عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) hari raya yang diberkati.

"Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu)." – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

8. Pergi dan balik ke tempat menunaikan solat melalui jalan yang berbeza
Terdapat satu hadith daripada Jabir r.a, maksudnya : “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” (al-Bukhari : 986)

*************

Tapi, macam mana pulak dengan amalan bermaaf – maafan di pagi raya, bagi duit raya, menziarahi kubur dan sebagainya? Takkan tak sunnah kot? Kan amalan murni tuh!

Bermaaf – maafan di pagi raya tu Xiet tak pernah dengar la pula hadith nya. Mungkin tak cukup membaca lagi kot. Tapi, satu perkara yang Xiet nak nasihatkan buat diri Xiet dan rakan pembaca sekalian, kalau kita nak bermaaf – maafan tu, biarlah ikhlas. Jangan menangis sampai banjir, meratap – ratap, lepas tu keesokan harinya buat salah balik. Menugmpat mencaci balik. Tak baik macam tu. Tak sunnah langsung. Khurafat adalah. Hehe...

Lepastu, tolongla bergembira di hari raya. Sebab ia memang hari untuk bergembira. Jangan lah pergi kat rumah orang, Tanya tentang hal kematian ahli keluarga yang ada. Ini kisah benar! Dalam banyak – banyak topic, Xiet tak faham kenapa mesti tiap kali raya dok mengenang orang yang dah bertahun – tahun meninggal dunia...

Bab memberi duit raya tu, kalau ikut Ibn Hajar Asqalani di dalam kitab fathul bari, ianya sunnah dan terletak di bawah kaedah memberi kegembiraan kepada ahli keluarga yang telah berpuasa. Namun, pendekatan duit raya tu sendiri mestilah betul. Skop sedekah tu bukanlah untuk kanak – kanak sahaja. Itu dah menyamai tradisi masyarakat cina... Sedekah lah kepada mereka yang lebih memerlukan... (pasni Xiet boleh la dapat duit raya kan kan kan?)

Bab menziarah kubur, kalau mengikut sebahagian ulama, mereka mengatakan bahawa itu bukan sekadar tak sunnah, malahan bertentangan dengan syariat raya itu sendiri, iaitu untuk kegembiraan dan keseronokan... Malah, ia bertentangan dengan amalan nabi dan para sahabat...Baginda tidak meletakkan ziarah kubur sebagai salah satu tentative pagi raya!

Xiet Enigma
SSU11/37
29 Ramadhan 1431