sign in

October 21, 2010

Perhitungan diri....

Kadangkala, hidup terasa terlalu sukar. Sehiggakan terfikir mati sebagai jalan penyelesaian. Walaupun hakikatnya 'mati' itu hanyalah satu cara untuk lari daripada kebuntuan...

Kadangkala, diri rasa terpinggir. Hati rasa terlalu sakit dan kecewa. Kerana semuanya serba tak kena. Buat jahat mengundang bala, buat baik pun ada saja natijahnya.

Di mana silapnya?
Apakah dosaku hingga diduga sedemikian rupa?
Kenapa aku ya Allah? Kenapa Kau berikan aku kesusahan yang tidak mampu aku hadapi?

Kalau Allah itu Maha Mengetahui, tidakkah Dia mengetahui yang aku amat tidak berdaya untuk melalui semua ujian ini?

.........Lalu hati mula menghitung-hitung kebaikan yang selama ini dilakukan, dan kejahatan yang selama ini ditinggalkan.....

.........Lalu akal mula membanding-banding diri ini dengan insan lain....

*Sepertinya diri terlalu mulia untuk menghitung dan membanding bezakan diri ini dengan yang lain*

Namun, kerana hati yang terlalu terluka, kerana terasa rayuan dan rintihan yang tidak didengari, kerana terasa tiada yang peduli, kerana terasa Allah itu seperti sudah menghilangkan diri.....

Kerana terasa musibah tidak pernah berhenti....

Mungkin dengan kesabaran dan keredhaan, ujian tersebut menghapus dosa kita.
Mungkin dengan kerendahan hati, ujian itu mendekatkan kita kepadaNya
Mungkin dengan kelemahan diri, ujian itu menguatkan kita....

Tapi bagaimana jika ujian itu semakin menjauhkan kita daripadaNya?
Bagaimana jika ujian itu melemahkan lagi iman kita?
Bagaimana jika ujian itu menyebabkan kita membenciNya?


Wahai diri,
Ingatlah,

Apa pun yang terjadi,
Ingatlah 'dunia' yang satu lagi
Ingatlah akhirat yang kekal abadi....

Allah menguji hambaNya kerana Dia peduli
Tapi kerana apa dia menguji, Wallahua'lam, hanya Allah yang Maha Mengetahui....

Bukan semestinya kerana dosa kita yang menggunung tinggi,
kerana para nabi dan rasul yang mulia juga diuji dengan hebat sekali

Bukan semestinya kerana kita tidak dikasihi
Allah juga menguji hamba-hamba yang soleh dan dikasihi

Allah menguji, kerana Dia mahu menguji
Tiada kena mengena dengan jahat baiknya seseorang itu...

Jika hari ini iman terasa lemah
akidah terasa terusik
dek ujian yang menyesakkan
Mohonlah kekuatan
Mohonlah keampunan

Kerana mungkin hati merasa tidak pasti untuk apakah ujian ini
Tapi ada satu perkara yang amat pasti

iaitu Allah Maha Mengampuni....
Dia pasti mengampunkan dosa hambaNya
yang memohon keampunan kepadaNya...


Xiet Enigma
21/10/10
Shah Alam

October 8, 2010

Back to Basic...

Dulu, masa di sekolah, bukan main baik lagi perangai... Yelah, kawan-kawan baik, otak cuma pk nak study and lulus dengan cemerlang... Kalau buat kerja-kerja nakal pun, sekadar nak suka-suka je, nak buat kenangan manis di masa hadapan... Nakal pun takla nakal mane, cuma usik-usik kawan/cikgu je...

Sekarang bila dah kerja, semua dah berubah.... Environment dah tak macam dulu. Kalau dulu, kawan-kawan saling ingat mengingati. Kalau bergadoh dengan kawan pun, pasal perkara bodoh-bodoh je (yang bila diingat balik, rasa lucu kenapa la aku amek pusing benda kecik macam tu)

Tapi sekarang, nak carik kawan yang baik macam dulu, bukannye mudah. Kawan bergelak ketawa memang lah ramai. Tapi nak carik yang betul-betul sincere berkawan dengan kita time senang dan susah?

Kalau dulu, bila tak siap kerje sekolah, atau buat salah, ada kawan baik hati nak tolong cover. Sekarang, bila tak buat salah pun, ada orang boleh fitnah supaya kita jadi orang yang bersalah...

Dulu, kalau takde duit belanja, kawan mesti tolong belanja atau share makanan... Sekarang, kawan lagi dengki kalau boleh taknak bagi kita naik pangkat atau berjaya lebih dari mereka....

Herm...Situasi macam ni dah jadi kebiasaan pada zaman serba materialistik ni...

Apa nak buat ekk?

Rilekssss!

Kalau dulu, bila ada orang hina/kutuk/perlekeh kita, kita boleh bersabar dan teruskan hidup seperti biasa, jangan pula sekarang, bila environment mula berubah, semua orang nak jadi hero, fitnah dan talam dua muka berada di mana-mana, kita pun sama menggila menjadi orang yang suka bercerita keburukan orang lain, mengumpat dan mencaci, dan yang sewaktu dengannya....

Memang tak dinafikan, kita akan menjadi defensive bila keadaan mula menjadi negatif...

Tapi ingat, jangan sampai kita pun menjadi negatif...

Bila keadaan macamni berlaku....

Back to basic....

Tenang, banyakkan istighfar dan ingat Allah...

Sebab dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang (",)

Tak apa...
Diam bukan bererti kita kalah kan kan kan?

Yang penting, Allah tahu siapa kita...

So don't ever cross the line...