Kyoto city, pandangan daripada Kyoto Tower
Alhamdulillah. Segala urusan di Jepun telah pun selesai. Kini sudah 3 hari di tanah air tercinta. Rindu pada Aaron Houdd masih belum terubat sepenuhnya, lantas beberapa hari ni akan ku curahkan segala perhatian khas untuk Aaron Houdd =p
Ini adalah post pertama untuk perkongsian cerita dan pengalaman di Jepun. Post pertama di blog ini, tapi sudah beberapa post di blog yang satu lagi. Sebab yang tu semua ada kaitan dengan Aaron (Aaron lagi... Hehehe)
Banyak yang telah dipelajari bermulalah daripada persiapan, perjalanan, penginapan di sana, sampailah pulang semula ke tanah air. Betul lah kata orang 'Jauh perjalanan, luas pemandangan'. Tapi semua tu bergantung juga kepada individu. Kalau dah jauh berjalan pun tapi tak mahu mengambil iktibar dan tak mahu belajar, maka tidaklah seluas mana pengalaman.
Mengimbas kembali detik2 persiapan untuk ke sana, banyak benar ujian dan dugaan telah dihadapi. Dengan masalah scholar, dengan takde dana, dan lain-lain masalah kewangan yang muncul. Tiap-tiap malam tak boleh tidur dok pikir macam mana nak carik duit. Sebab tu bila dah sampai sana, Xiet berhati-hati sungguh untuk berbelanja. Itu belum masuk bab labwork, bab family, bab Aaron Houdd yang perlu ditinggalkan dan stock susu yang berkurangan.... Banyak masalah sebenarnya tapi sepanjang persiapan ke sana, Xiet cuba juga untuk selesaikan dengan baik dan berusaha melakukan semuanya sendiri... Banyak kali juga rasa nak give up, tapi try jugak kuatkan hati supaya meneruskan misi...
Bab penginapan pun satu hal juga. Ada jugakla usha-usha kawan2 untuk mohon pertolongan mana tau dapat link dengan sahabat2 di Kyoto yang boleh tolong bab penginapan. At least dapat kurangkan bebanan kos. Dalam banyak2, akhirnya dapat lah respon positif daripada seorang yang tak pernah dikenali langsung selama ni, tapi sudi nak bagi tumpang menginap di rumahnya.
Sepanjang di sana, Xiet berpindah sebanyak 3 kali. Rumah pertama adalah rumah seorang anak dara ni. Nesh namanya. Baru berkenalan dan berjumpa ketika di Kyoto lah. Tapi seronok berkenalan dengan dia. Rasa macam dah lama kenal sebab dia sporting habis. Rumah kedua rumah Abang Kimi dan family. Ini lagi lah, tak pernah kenal and even tak pernah jumpa sebab ketika kami bermalam di rumahnya, tuan rumah pulang ke Malaysia. Memang selamber je abang tu bagi izin menumpang. Ke tiga, kami tinggal di guest house. Best jugak sebab bersih tempat tu. Alhamdulillahhhhh.... Semoga Allah permudah urusan mereka-mereka ini.
Xiet, tak sejuk ke?
Nesh yang paling hujung,tudung hitam...=p
Bila dah berada di Kyoto, lagi banyak pelajaran dan pengalaman baru. Bak kata hubby di facebook nya 'Ku lihat Islam sangat subur di bumi Japan di sana sini... Namun tak ku temui Muslimnya... Ku temui ramai Muslim di sana sini di bumi Malaysia, namun kurang ku rasai sifat Islamnya... Oh Japan, sungguh bumi bertuah ini lebih Islam dari Malaysia'
Hari terakhir conference, and hari pertama hubby sampai.
Di sini, kita yang jauh sebagai musafir, akan terasa pentingnya ukhuwah. Sejujurnya, saat-saat sukar sepanjang di tempat orang, banyak tangan yang menghulur bantuan terdiri daripada orang yang tidak pernah langsung dikenali selama ini. Sedangkan orang yang dikenali pula, belum tentu mengambil pusing hal orang lain. Maklum sajalah manusia, sering saja ingin melepaskan diri daripada kesusahan, walaupun kadangkala terpaksa meletakkan orang lain di dalam kepayahan dan serba salah... Ada beberapa orang yang membantu mengatakan bahawa mereka pernah menjadi musafir dan hidup susah. Maka kerana itulah mereka mengerti dan ringan memberi bantuan. Satu perkara yang Xiet belajar, jangan malu untuk bertanya! Yer, walaupun tak paham bahasa Jepun, Xiet akan main redah aje bertanya dan berbahasa isyarat untuk bertanya. Kalau takut and malu, sampai ke sudah sesat tak jumpa jalan pulang. Hehehe
Kak Mas and Abg Hariz. Antara kenalan baru di sana...
Di Jepun, semuanya mahal - mahal belaka. Maklum sajalah currency Malaysia rendah nilainya. Jadi kami semuanya membawa bekal dari Malaysia buat mengurangkan kos perbelanjaan harian. Sharing is caring kan. Hehe. Ye, itulah konsep yang diamalkan. Di sana, Xiet banyak ikat perut aje. Sebelum ke Jepun, punyalah susah nak carik duit. Sendiri usaha itu ini untuk dapatkan duit. Alhamdulillah family bukan jenis yang pandai meminta-minta. At least, not from my flesh and blood. Yang ada cume one of my sis, just minta Xiet ambil gambar banyak2 aje. Pendidikan dari kecil, jangan memandai-mandai meminta-minta. Kita tak tahu samada seseorang itu mampu atau tidak. Jangan kerana kita meminta, menyusahkan orang lain.
Biasa dengar bukan, akan ada yang mengirim itu ini kerana sesetengah barang di negara lain lebih murah. Herm, pada Xiet, murah manakah barang tersebut? Seperti di Jepun ni, memang ada yang murah, tapi sama saja kualiti nya di Malaysia. Padahal di Malaysia juga boleh dapat dengan harga yang lebih murah. Cuma mungkin tiada yang mahu memandang dek kerana buatan Malaysia. Lagipun, tak kan semua benda murah mahu di beli. Iye tak?
Apapun, buah tangan tetap ada. Cuma mengikut kemampuan sajalah adanye. Hehe...
Benar kata orang, manusia kalau sudah terdesak, akan terkeluarlah perangai sebenarnya. Ada juga beberapa kes di sini di mana kami berhadapan dengan ragam manusia yang ego, sombong dan selfish sekali. Mujur kami mampu bertahan. Tak mengapa lah, yang penting kami enjoy sepanjang di sana...Bagaimana cara kami enjoy? Hehehe... enjoy aje, nak happy atau tidak happy, semuanya kita yang tentu kan. semua nya bergantung kepada mind setting. Betul tak? Jalan kaki jauh2 malam2 sesat2 pun happy, balik rumah malam2 sorang2 pun happy, tuang maggie tiap2 malam pun happy jugak. Semua happy! Hehehe... pengalaman semua tu! Iyelah, kalau nak tau diri tu kuat mana, berani mana, dan bagus mana, kena lah ada cabaran, baru lah boleh buat penilaian dan penambah baikan... cewah, cakap macam poyo. Padahal masa jalan balik sorang2 and sesat tu, takut la jugak kan.Hahaa
Dah macam beraya di perantauan la pulak. Hehehe
Ada banyak perkara negatif tentang Jepun dan rakyat nya. Namun, banyak juga yang positif, yang boleh dijadikan iktibar dan pedoman. Jadi, buanglah yang keruh dan ambil lah yang jernih!
Berusaha untuk menjadi insan yang lebih pemaaf 'Forgive & Forget'... Alangkah sukarnya... Hai Xiet, Rasulullah paling banyak memikirkan hal orang lain, dan paling sedikit memikirkan tentang dirinya sendiri. Jadi jangalah kau kikis sikap itu dalam dirimu, dan sepatutnya kau tebalkan lah lagi sikap itu. Jadilah Insan yang memberi manfaat kepada Ummah!
Xiet harap, segala pengalaman yang berharga di sana dapat dijadikan titik permulaan perubahan untuk menjadi manusia yang lebih baik lagi. Lebih matang di dalam membuat keputusan, lebih berani dan pandai menjaga diri, dan lebih prihatin terhadap orang lain. Tidak sombong; ketika senang, lihat pada yang di dalam kesusahan, dan ketika susah, tidak sombong untuk meminta bantuan dengan cara yang sopan dan tidak annoying. Semoga Xiet belajar dari pengalaman...Aminnnn....
Xiet Enigma
14 & 15 Dec 2010
Shah Alam