Assalamu'alaikum friends,
Lama tak update belog. Tapi kawan2 lain pun lama jugak tak update belog. Korang update la. Meh kita sama2 update bagi mengubat kerinduan masing2. Hehe...
OK back to the topic. Sekarang ni kalau Jumaat malam, pukul 9PM, TV3 menayangkan sebuah drama bersiri bertajuk Tahajjud Cinta. Xiet sempat tengok episod pertama tapi tengok gitu2 je. First impression cerita ni tak berapa best. But after a few series terlepas, Xiet berpeluang lagi tengok citer tu pada beberapa episod seterusnya. But still, langkah2 episod...
Tapi selepas beberapa episod ditayangkan, Xiet dapat tahu yang cerita ni dikatakan mendatangkan kontroversi. Ada sebilangan orang islam yang tak suka cerita ni ditayangkan dengan sebab ia dikatakan mengkucar kacirkan dan memfitnah Islam, menghina wanita berpurdah dan pesantren.... Biasalah kan masyarakat kita ni, kalau ada rumors kata benda2 negatif and berlaku boikot terhadap sesuatu perkara tu, orang suka terus percaya tanpa usul periksa dan ikut boikot... So, untuk tak merasa diri ini pun sama je macam statement yang sendiri cakap, Xiet pun tengok la cerita tersebut untuk beberapa episod supaya justifikasi yang dilakukan lebih adil.
My personal opinion, overall cerita tu sangat menarik sebenarnya. Plot cerita dan garapan skrip sangat matang. Scene dan penggambaran pun menarik! Cuma tak dinafikan cerita ni boleh dikatakan sebagai 'berat' kerana ia melibatkan perbincangan soal2 agama dan melibatkan penyampaian ayat2 suci Al-Quran dan hadith2 di dalam perbincangan2. Kesimpulannya, cerita tersebut memberi banyak ruangan untuk kita berfikir.
Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang mahu berfikir apabila menonton drama?
Persoalan kedua, berapa ramai pula yang bersedia untuk terbuka terhadap cerita2 berunsur perbezaan pendapat dan 'luar dari kebiasaan' genre cerita tontonan masyarakat kita?
Persoalan ketiga, adakah penerbit drama tersebut benar2 bersedia dan mengkaji impak dan implikasi drama yang ditayangkan apabila mengambil kira persoalan pertama dan kedua?
Ada pendapat mengatakan bahawa cerita tersebut dilihat mencemarkan nama ustaz2 dan sekolah agama. Pada pendapat Xiet, perkara2 seperti ini berlaku di dalam masyarakat kita. Walaupun biasalah standard sesebuah drama tu before start akan cakap cerita ni takde kaitan dengan yang hidup atau mati tapi sebenarnya samada secara keseluruhan, sikit-sikit atau sipi-sipi, keadaan seperti yang digambarkan di dalam drama ni wujud di dalam realiti. Berapa ramai kes manusia yang bertopengkan jubah, tudung dan kopiah untuk menutup kejahatan mereka? Bukanlah mereka ini orang alim, sebaliknya mereka adalah orang jahat yang menjual agama bagi menutup kejahatan mereka, dan perbuatan mereka boleh memburukkan agama.
Drama adalah salah satu wacana terbaik untuk meleraikan salah faham yang membelenggu masyarakat kita selama ini. Kalau nak mengenengahkan dan meleraikan isu, macam mana nak ditonjolkan masalah tersebut jika watak2nya semua baik2 belaka? macam mana nak menjadi sebuah cerita? Macam mana nak menyampaikan mesej? Maka penonton tak boleh la nak marah kalau watak ustaz tersebut dilihat jahat contohnya. Sebab, memang objektif cerita tersebut untuk menyatakan bahawa tak semua yang dilihat alim itu benar2 alim dan mempunyai kredibiliti seorang alim. Walau bagaimanapun, drama juga boleh menjadi punca kepada salah faham itu sendiri sekiranya strategi yang dilakukan tidak tepat.
Ada 3 perkara penting ingin Xiet sampaikan dan kongsikan khusus terhadap drama bersiri Tahajjud Cinta:-
1- Cerita berupa 'counter back' macamni agak bahaya untuk dijadikan cerita bersiri. Sebabnya mudah. Tak semua orang dapat tengok cerita ni setiap episod. And memandangkan skrip dan genre cerita sebegini memerlukan kefahaman yang betul, dan tak semua orang arif tentang topik2 yang diketengahkan dalam cerita ni, maka sangatlah bahaya cerita macamni dijadikan bentuk bersiri/episod. Tapi masih boleh untuk dijadikan cerita berepisod sekiranya setiap persoalan yang dilontarkan di dalam episod tersebut, di jawab di dalam episod yang sama....
Xiet mendapat feedback daripada a few friends yang muslim tentang drama ni. Ada beberapa yang cakap masa tengok tu menyampah dan terus stop tengok. Bukan menyampah pada jalan cerita, tapi pada watak Ustaz Shauki (kiranya Eman Manan memang power la tu. Hehe). And ada jugak yang taknak tengok dah sebab cakap cerita ni confusing. You see, even orang Islam sendiri pun boleh rasa cerita tu confusing and ada unsur2 kontroversi terhadap agama, apatah lagi kalau non muslim yang tengok. Xiet rasa hal ni tak jadi isu kalau setiap episod mempunyai jalan penyelesaiannya. Cuma fahamlah kalau nak tengok dari segi keseluruhan cerita, memang tak menarik dan tak suspen la kalau setiap episod dah ada kesudahan. Maybe itulah target penerbit dan penulis skrip. Nak jadikan cerita tu menarik sehingga ke hujung, tapi mestilah kena tengok sampai ke hujung cerita!
2- Berkenaan dengan hadith2 yang diambil dan dijadikan fakta hujah. Xiet bukanlah ahli hadith. Dan sebilangan besar penonton juga bukan dikalangan ahli hadith. Maka sebab itu Xiet harap hanya hadith2 yang sahih sahaja dimuatkan di dalam hujah2 mereka. Bukan apa, mungkin kerana kebijaksanaan susunan plot dan garapan emosi, bila Ustaz Shauki berhujah, hujahnya sering nampak kukuh. Dan bila Ustaz Shauki mengutarakan hadith2 dna ayat Quran bagi membela diri dan perbuatannya tu, memang sometimes terasa yang Islam tu memang berat sebelah. Xiet tak pasti samada memang ini adalah effect daripada garapan emosi dan susunan plot yang baik, atau memang hadith2 tersebut bukan hadith yang sahih. Sekiranya memang benar penulis skrip menggunakan hadith yang tak sahih, dan tujuannya memang nak bagitau yang ustaz shauki tu hanya mencedok apa2 sahaja kata2 dan hadith2 asalkan dapat mempertahankan diri dan nafsunya, maka perlulah di kaunter pada waktu/episod yang sama jugak. Tapi sekiranya hadith yang dijadikan hujah memang bukan hadith2 yang sahih dan penulis skrip tidak sedar akan hal ni, memang ini adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan!
Apa yang Xiet perasan, cerita ni pada satu2 episod memang nampak yang Ustaz Shauki tu memang hebat dan cakap dia sentiasa benar. Memang masing2 watak di dalam berdebat mengeluarkan hujah berdasarkan ayat Quran dan hadith, tetapi Ustaz Shauki yang paling banyak. Contoh kalau dia marah wife dia si Seri tu. Segala macam hujah dari Hadith keluar. Tapi Seri tu membatu je tak melawan. Padahal ada hadith2 dan ayat quran lain yang menjelaskan kesalahan Ustaz Shauki tu....
And Xiet puji wata Citra yang memang pandai berhujah dan tegas. Watak Citra memang satu watak yang penting untuk menyampaikan objektif sebenar cerita ni. Tapi tiba2 masa Ustaz Shauki cakap Citra tu berfahaman Islam sekular dan takde scene dibuat untuk back up kebenaran Citra dan kesalahan fakta Ustaz Shauki tu, Xiet agak kecewa sebab katalah non muslim tengok cerita ni, or tak pun muslim yang confuse... Tak ke dia rasa oh, Islam yang terbuka dan kelihatan baik macam Citra ni rupanya sekular. Lagi2lah nak lawan ketokohan watak Ustaz Shauki tu kan, memang nampak benar lah label yang Ustaz Shauki berikan kepada Citra tu... So Xiet rasa ini yang membuatkan cerita ni menjadi kontroversi. Sepatutnya pembikin drama ni kena lebih sensitif dan kreatif. Memang tak mudah, tapi dah itu kerja korang kan?
3- Cerita begini adalah sebuah cerita yang mengajak kita berfikir, bersabar dan tidak melulu menunjukkan reaksi. Bertentangan dengan sikap manusia, biasanya baru 'tercuit' sikit, mula nak melenting. Sebab tu mungkin ramai yang tidak memberi peluang kepada cerita ni sehingga akhir dan kemudian baru kita nilai dan kritik habis2 an, serta memberi teguran yang sewajarnya kepada penerbit dan konco2nya sekiranya berlaku kesilapan. Atau jika nak mengkritik dan menegur sebelum penyudah cerita pun tak menjadi masalah, tetapi biarlah dengan keadilan dan hikmah.
Kadangkala muslim sendiri yang terlalu cepat melenting dan tidak mahu berfikiran terbuka. Contohnya, bila cerita berat begini ditayangkan dengan tujuan yang baik, tetapi dek kerana kita yang malas nak berfikir dan tidak mahu belajar untuk mendalami lagi ilmu agama kita, drama macam ni pulak yang kena marah dan kena boo. Senang cerita, kita yang tak tahu, tapi marahkan sesuatu perkara yang diluar pengetahuan kita, padahal perkara tersebut tidak salah dan kita yang jahil....
Xiet tak cakap Xiet salahkan penonton 100% sebab memang terdapat beberapa isu yang memerlukan pembaikan daripada pihak pembikin drama tersebut. Jangan dianggap hal yang dilihat remeh tu tidak mampu memberi impak negatif kepada persekitaran/masyarakat.... Namun, kepada umat Islam, bagus anda prihatin. Tapi cuba kita lihat sisi yang positif kepada drama sebegini supaya dapat kita ambil pengajaran daripadanya. Jika mahu mengkritik, kritiklah berdasarkan ilmu, bukan emosi semata2. Prihatin itu baik jika kena pada tempatnya. Jika kita bandingkan drama sebegini dengan drama2 yang tiada hala tuju, tiada pengajaran yang jelas dan banyak memberi impak negatif kepada masyarakat, bukankah drama seperti Tahajjud Cinta ni lebih intelek, lebih mematangkan fikiran dan lebih bermanfaat? Mengapa kita tidak mengkritik drama2 lain yang tiada unsur2 islamik langsung? (kalau nak cakap pasal isu agama la kan).
P/S: Apa2pun, I respect watak Citra dalam cerita tu. And cerita ni memang banyak mainan emosi (marah dan geram paling banyak). Jom kita tengok apa kesudahan cerita ni. Then baru kritik lagi. Hehe
Asyik komen pasal drama/filem, dah taknak jadi saintis eh? Tukar bidang pulak? :)