sign in

August 11, 2009

Laa Yukallifu-llah nafsan illa wus'ahaa...

Petang tu, Xiet sangat tensi.... Semua nya serba tak kena. Mycelium yang Xiet culture tak menjadi mycelium, sebaliknya bertukar menjadi raksasa yang sedia untuk diserang oleh Kamen Rider... Sample yang ada pula, dah kering kontang.... Sudahnya, apa yang Xiet kerjakan selama 3 semester ni menjadi (lebih kurang) sia - sia sahaja sebab sekarang, Xiet kena tukar method baru pula... Arghhh... (Kalau tak faham apa yang Xiet cakap, buat - buat faham je la ekk... Maklumlah, celoteh yang takde hujung pangkal...huhu)

Petang tu, my Hubby kata nak balik awal. Tunggu punya tunggu, tak sampai - sampai pun? Sampailah Azan Maghrib, Xiet masih lagi tercongok seorang diri di dalam Lab yang dipenuhi oleh chemical - chemical yang tak boleh diminum dan cendawan - cendawan mentah... Rasa hangin satu badan mula menyetan... Xiet pun tak tahu kenapa. Padahal selamani Xiet boleh rileks je duduk di dalam Lab seorang diri sampai malam - malam buta....

Senja yang sunyi ditambah dengan lighting yang hampeh di luar tingkap lab membuatkan Xiet memikirkan nasib... Sekarang, H1N1 semakin mengganas. Konvo UM pula akan berlangsung sepanjang minggu. Hubby pula tak benarkan Xiet datang UM sepanjang minggu konvo, memandangkan statistik kematian akibat H1N1 semakin menjulang tinggi dan konvo adalah di antara event penyebaran virus dengan lebih efisyen (ramai orang). Nak - nak lagi, Xiet adalah di antara golongan yang berisiko tinggi untuk infected by H1N1.... Hadeiiii... Kerja banyak, tapi tak boleh datang lab.... macam mana ni?

Kata Hubby, dia takkan compromy kesihatan Xiet dan baby... Xiet pula cakap kat dia yang rakyat Malaysia ada lebih daripada 20 juta, dan yang mati tu cuma 40+ orang je (pada waktu ini). Dengan nada yang serius tapi cool (as usual) dia menjawab dengan sepotong hadith Rasulullah yang mengatakan bahawa kalau satu tempat tu ada wabak, janganlah mencampakkan diri ke tempat tersebut. dan kalau kita berada di dalam tempat yang ada wabak, janganlah kita keluar untuk menyebarkan wabak tersebut...(Xiet ingat hadith ni ada dalam Sahih Bukhari, kalau tak silap dalam bab Al-Qadr)....

Ayat akhir yang menyebabkan Xiet yang sentiasa suka melawan kata ni terus terdiam adalah;
"Kalau kata suami taknak ikut, kata Rasulullah tak kan taknak ikut juga?" Huhu....

To be honest, Xiet lebih risaukan Lab work berbanding H1N1. Candidature defence (a.k.a viva) dah tak lama lagi.... Xiet pula kena tukar method baru! Itu belum lagi assignment lain i.e syllabus meow-allaf dan proposal untuk di hantar ke PTS Millenia...Arghhh... Tensi tensi...

Menyedari waktu Maghrib yang singkat, Xiet terus segera bersiap untuk menunaikan solat Maghrib... Baru nak angkat takbir, terdengar deruman kereta Ferari Merah WFY 768 hubby membelah kesunyian senja... (Bunyi kereta dia memang confirm akan membelah kesunyian dan menarik perhatian... Huhu). Lantas Xiet menunggu dia untuk menunaikan solat maghrib berjemaah bersama... (Lepas solat nanti siap la Xiet nak membebel dan membebel dan membebel tentang kekusutan otak dan betapa bengangnye hati dgn situasi sekarang)

Masuk je dalam Lab, muka Hubby lain macam. Intonasi suara, lenggok bahasa, semuanya lain. Bila di tanya mengapa, barulah Xiet tahu yang Hubby pun ada masalah besar di tempat kerjanya... Tak jadi lah Xiet nak menyatakan kekesalan di hati, sebaliknya menyediakan telinga untuk mendengar luahan hati suami... Ternyata jihad Hubby lebih besar! pengorbanan dan tanggungjawabnya juga lebih dahsyat! Kesian Xiet tengok dia...

Lepas Hubby bercerita sedikit tentang apa yang dialaminya seharian di tempat kerja, barulah kami bersiap untuk Solat Maghrib. Ketika solat, dengan suara yang jelas tetapi amat lembut sekali, Hubby membacakan sepotong ayat di dalam Surah Al -Baqarah; Ayat yang sering menjadi zikir terutamanya ketika Xiet dilanda kesusahan. Ayat yang menyebabkan hati berasa sangat rendah, kerdil dan tidak berdaya. Ayat yang menyedarkan Xiet bahawa betapa Xiet adalah hamba yang tidak berdaya dan betapa Allah itu Maha Berkuasa!

Lantas, air mata pun mula berlinangan....

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. Mereka berdoa;

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana yang Engkau bebankan kepada orang - orang yang sebelum kami.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

Al - Baqarah, 2:286
Xiet_Enigma
110809
Clunk

3 comments:

  1. Tatkala diri dirudung mehnah dan tribulasi yang maha hebat, selain dari-Nya yang menjadi tempat wajib bagi meluahkan segalanya dan mohon petunjuk jua hidayah-Nya, jua selain al-Baqarah 2:286 sebagai motivasi pembakar diri, telah berdirinya seorang insan yang ku gelar 'Qurratu Ain' buat memahami diri dengan begitu mendalam...terima kasih kerana menjadi 'Khadijah' bagi anuar sajari yang dirinya tak punya apa.... I LOVE U!!!

    ReplyDelete
  2. g...aku phm...sbb aku phm sbb ble aku sem3 pon kene tuka metod n plan...huhu..

    ReplyDelete

voice