Haaa... Sebenarnya, tak salah kalau kita nak menyegarkan diri ketika sedang berpuasa. Malah, HARUS bagi kita untuk berada di dalam keadaan segar dan bertenaga ketika berpuasa. Jangan jadikan puasa sebagai alasan produktiviti kita menurun. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk kita menolak kerja-kerja dan tugasan yang diberikan kepada kita. Sebab puasa sama sekali tidak menjejaskan kualiti kerja kita, SEKIRANYA kita orang yang beriman, dan memahami erti puasa.
Lapar dan dahaga adalah hakikat berpuasa kerana kita tidak boleh makan dan minum. Tetapi kelaparan bukanlah alasan untuk kita menjadi lemah. Bukannya kita berlapar selama sebulan tanpa makan atau minum. Kita cuma tak makan selama lebih kurang 14 jam sahaja!
Rasulullah tidak mengajar kita untuk menjadi lemah dan lembik ketika berpuasa. Malah, rasulullah dan para sahabat pernah beberapa kali menyertai peperangan ketika sedang berpuasa. Jadi, kalau setakat duduk dalam air cond tapi dah kata tak larat nak buat kerja, itu bohong namanya!
Ingat, kita kena berhati – hati di dalam perbuatan dan kata – kata kerana islam seringkali dinilai melalui akhlak seseorang muslim. Jangan menjadikan bulan ramadhan sebagai satu bulan yang negative sedangkan pada hakikatnya ia adalah bulan yang mulia. Jangan kerana sikap dan iman kita yang lemah, non-muslim melihat puasa adalah satu bentuk ibadah yang tidak relevan dan menyiksakan umat islam.
Jadi, pergilah menyegarkan diri anda sekiranya anda merasakan badan semakin lemah, terutamanya menjelang petang. Begitu juga, letakkan diri anda di dalam keadaan selesa. Mana – mana yang tak selesa contoh telinga gatal ke, atau terasa ada sesuatu yang menghalang laluan angin keluar masuk ke/dari hidung, sila lah settle kan seperti biasa (dengan adab yang betul ekk).
Ada banyak cara untuk mengekalkan dan menambah kesegaran fizikan dan mental. Antaranya, untuk mengekalkan kesegaran fizikal, kurangkan lah bercakap terutamanya yang tak penting seperti mengumpat dan berbual kosong. So, kuranglah tenaga dibazirkan. Kekalkan badan dalam keadaan segar dan wangi. Ambil wudhuk pun OK, tak pun, basuh la muka... Bila dah balik kerja tu, boleh la mandi dulu. Baru segar... untuk mantain kesegaran mental, banyak – banyakkan berzikir, baca Quran ke... dan banyakkan bersedekah ketika bulan ramadhan. Pendek kata, lakukan banyak perbuatan mulia, hati pun jadi bersih dan tenang. Bila tak kusut dan serabut, maka mental pun segar.
“Dari Abu Hurairah ra: katanya Rasulullah saw berabda: “Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat jahat (padahal dia puasa), maka Allah tidak butuh ia meninggalkan makan dan minum” [Bukhari]
Tapi,persoalannya boleh ke kita menyegarkan badan seperti basuh muka atau mandi lepas asar? Kan dulu ustazah kata tak boleh?
Tak apa. Kalau ustazah kata tak boleh, ada seorang insan kata boleh. Bukan tu aje, malah insan tersebut sendiri melakukannya. Insan ni bernama Muhammad bin Abdullah.
Di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Imam Malik dalam al-Muwatta', Ahmad dan Abu Daud didalam Sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan, "Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: "Aku melihat Rasulullah SAW di al-'Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas".
Habis tu, korek hidung atau telinga atau mana-mana rongga dan lubang lain kat badan ni, batal puasa ke tak?
Yang sebenarnya membatalkan puasa hanyalah 3 perkara: Makan, minum dan bersetubuh.
“Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah dan minumlah sehingga nyata bagi kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)” Al-Baqarah, 2: 187
Dan dalam sebuah hadith Qudsi daripada Abu Hurairah, Rasulullah menyatakan bahawa:
“Setiap amal anak Adam adalah bagi dirinya...Kecuali puasa maka ia adalah untuk Aku dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (anak Adam) meninggalkan makanan kerana Aku, dan meninggalkan minuman kerana Aku dan meninggalkan kenikmatan* kerana Aku dan meninggalkan isterinya (tidak bersetubuh) kerana Aku”
*kenikmatan yang dimaksudkan di atas telah dibahaskan oleh ulama bahawa ia adalah kenikmatan yang berupa kepuasan psikologi yang terhasil daripada keinginan manusia bagi menghilangkan atau menggantikan sifat nafsu lapar dan dahaga, seperti merokok, mengambil dadah, dan sebagainya...(meaning, kalau kita buat, kita puas mcm kita kenyang)
So, Allah dah bagitau dengan jelas apa yang membatalkan puasa seseorang muslim. Cuba tengok balik, koreng hidung, telinga dan apa-apa rongga atau lubang tu ada tak tersenarai di dalam surah di atas?
Erm... sekarangni, kita mungkin belajar banyak benda tentang adab dan pantang larang ketika berpuasa ni ketika sekolah dulu. Dalam masa yang sama, Muhammad bin Abdullah dan tunjuk jalan, malah jalan tersebut lebih lama daripada silibus mata pelajaran kat sekolah, even umur ustad dan ustazah kita. So, ikut hangpa la nak ikut yang mana..