sign in

August 19, 2010

Alhamdulillah....

Sudah terlalu lama Xiet meninggalkan blog ni. Kali terakhir Xiet publish entry adalah pada ramadhan tahun lepas. Kalini, Xiet kembali juga pada bulan yang mulia, iaitu bulan Ramadhan... Kira - kira sudah setahun Xiet meninggalkan dunia blogging...
Bukan sudah penat atau kehabisan idea. Cuma ada banyak sebab kenapa Xiet meninggalkan blog buat sementara waktu. Antaranya adalah masalah pada blog ni sendiri (Tak tau kenapa settingnya berubah. Maybe salah sendiri tak perasan ada terubah something)...Tambahan lagi bila sudah tiada access internet dari rumah, memang susah. Sekarang ni di Lab pun dah semakin ramai student. So, lebih adil sekiranya diberikan kemudahan internet yang ada kepada mereka - mereka yang memerlukan (ayat poyo...semua facebook je skang ni. hahaha)
InsyaAllah, tak lama lagi rumah kami akan ada streamyx (yay!). So harapnya, dapat la memudahkan banyak perkara, termasuklah untuk Xiet lebih kerap mengupdate blog. (Kalau malas lagik lepasni tak taula.hehe)
Dalam masa setahun, banyak perkara telah berlaku. Ada yang pergi, ada yang kembali, dan ada yang tidak kembali buat selama-lamanya. Ada juga pertambahan atau kedatangan beberapa perkara (atau orang? hehe) baru di dalam hidup ini. Persekitaran juga banyak yang berubah. Tak kurang juga ada yang masih kekal sama seperti dulu.... Apapun, sebagai khalifah ciptaan Allah, setiap perubahan biarlah ke arah kebaikan....
InsyaAllah, bila-bila nanti Xiet akan update lagi blog ini....
Bye!
Wassalam
Xiet Enigma
190810/9 Ramadhan 1431
UM

No comments:

Post a Comment

voice