Macam mana agaknye pengalaman 1 Syawal di tempat anda? Meriah ke? Atau penuh stress sebab mak asyik bising paksa anak teruna pergi mandi dan bersiap untuk pergi masjid, manakala makcik - makcik pula sibuk membebel suruh anak dara bangun pagi and bergotong - royong di dapur? Atau adakah 1 Syawal anda rasa biasa je macam hari - hari lain? (Bangun tidor, breakfast, tengok tv)...
Xiet yakin setiap orang/family mempunyai cara tersendiri untuk menyambut 1 Syawal. Ada yang mengikut adat kebiasaan kampung tempat tinggalnya, ada yang mengikut tradisi keturunan keluarga, ada pula yang lebih suka buat ikut cara sendiri.
Bila dah mempunyai 2 keluarga, memang boleh nampak perbezaan di antara kedua-dua keluarga di dalam menyambut Syawal...
Walau bagaimana pun cara anda menyambut 1 Syawal, biarlah kita beringat bahawa 1 Syawal adalah satu hari yang sangat bermakna bagi umat Islam, kerana ia adalah seumpana hadiah dari Allah buat hamba-hambaNya yang beriman, yang telah menurut perintahNya berpuasa selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan. 1 Syawal, adalah hari untuk meraikan kemenangan umat Islam terutamanya di dalam melawan nafsu...
Jadi, biar lah 1 syawal memberi erti kepada diri kita dan keluarga....
Tapi, macam mana nak jadikan 1 Syawal penuh erti?
Senang je.... Marilah kita ikut cara Rasulullah, macam mana Baginda menyambut 1 Syawal...
1. Mandi sunat Aidilfitri
Amalan ini nampak biasa je kan? Tapi sebenarnya mandi pada pagi 1 Syawal sebelum ke masjid/surau adalah sunnah
Imam Malik meriwayatkan sebuah hadith daripada Al-Muwatta’ :
“Bawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.”
2. Memakai pakaian yang terbaik
Bab baju raya ni memang favourite semua orang. Kalau boleh tiap – tiap tahun nak baju baru. 1 pasang tak cukup, raya kan sebulan! Bukan anak kecil je yang merungut nak baju baru, mak dan ayah pun kadang kala shopping untuk diri sendiri mengalahkan anak – anak.... So, sunnah ke beli baju baru tiap kali raya ni?
Sebenarnya, pakaian tak perlu sentiasa yang baru. Memadai dengan memakai pakaian yang terbaik yang kita ada. Kalau nak beli baru pun tak mengapa, tapi janganlah pula sampai ke tahap membazir dan memudaratkan ekonomi kita di kemudian hari. Paling penting, biarlah pakaian itu bersih dan kemas.
Terdapat beberapa hadith sahih yang menyatakan bahawa Rasulullah akan memilih pakaian yang terbaik ketika menyambut 2 hari raya. Antaranya adalah yang diriwayatkan daripada Jabir R.A, katanya: “Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765)
3. Makan terlebih dahulu sebelum menunaikan Solat Aidilfitri
Kepada kakak – kakak dan makcik – makcik sekalian, jangan dok asyik nak melaram sampai tak sempat nak breakfast di pagi raya. Rugi tau, sebab itu adalah amalan sunnah!
Daripada Anas bin Malik, R.A, maksudnya: “Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (al-Bukhari : 953)
Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani pula menambah : “Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” (Fath al-Bari : 2/446)
4. Mengajak seluruh ahli keluarga untuk ke tempat menunaikan Solat Aidilfitri
Pada sesetengah tempat, solat sunat Aidilfitri bukanlah satu kelebihan. Ia sekadar satu opsyen yang tak penting. Sebaliknya, yang lebih penting adalah persiapan langsir baru, juadah hari raya, menghias diri dengan baju baru dan sebagainya. Pernah Xiet bertanya kepada seseorang, kenapa tak pernah pergi sembahyang raya selama ni? Jawapannya “mane sempat! Nak siapkan juadah lagi, nak kena settle dapur, nak kena buat air, blah blah blah”
Pada Xiet, itu cuma sebuah alasan yang dibuat – buat sahaja. Bukannya kita sahaja yang beraya. Seluruh umat Islam di dunia ni menyambut aidilfitri, sama macam kita. Malah, Rasulullah dan para sahabat dulu pun sambut aidilfitri. Tak pernah pulak Xiet dengar hadith yang kata para isteri rasulullah sibuk di dapur menyediakan juadah hari raya dan bersolek sehingga tak pergi solat Aidilfitri. Hehe...
So, kepada para pembaca, marilah kita memeriahkan Aidilfitri dengan cara yang lebih bermanfaat. Ajak seluruh ahli keluarga pergi ke masjid atau surau untuk memeriahkan hari raya.
Sebagai rujukan, Xiet sertakan sebuah hadith daripada riwayat Ummu ‘Athiyah R.A. yang bermaksud: Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.
5. Bertakbir pada Hari Raya Aidilfitri
Takbir raya ini hanya disunnahkan kepada golongan muslimin sahaja, bukan kepada golongan muslimah. Ia boleh dilakukan di masjid, di rumah, di pasar – pasar, dan di mana sahaja tempat yang baik.
6. Solat sunat Hari Raya Aidilfitri
Solat sunat Hari Raya Aidilfitri ni boleh dilakukan kepada sesiapa sahaja samada orang dewasa, mahupun kanak – kanak. Xiet pernah ke suatu tempat di mana kanak – kanak di halau ke saf paling belakang, atau hanya duduk di tepid an tidak bersolat kerana dikatakan mengganggu orang tua bersolat.... Herm, tak baik tau makcik buat macam tu. Budak – budak tu pun nak ikut sunnah nabi jugak!
Sebuah hadith menyatakan bahawa:"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.
7. Ucapan tahniah pada Hari Raya
Biasanya apa kita akan ucap kepada rakan – rakan dan ahli keluarga menjelang hari raya? Haaaa.... mestilah ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan Batin! Betul tak?
So apa kata lepas ni kita tambah ucapan kita dengan:
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ - Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua)
atau عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) hari raya yang diberkati.
"Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu)." – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.
8. Pergi dan balik ke tempat menunaikan solat melalui jalan yang berbeza
Terdapat satu hadith daripada Jabir r.a, maksudnya : “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” (al-Bukhari : 986)
Tapi, macam mana pulak dengan amalan bermaaf – maafan di pagi raya, bagi duit raya, menziarahi kubur dan sebagainya? Takkan tak sunnah kot? Kan amalan murni tuh!
Bermaaf – maafan di pagi raya tu Xiet tak pernah dengar la pula hadith nya. Mungkin tak cukup membaca lagi kot. Tapi, satu perkara yang Xiet nak nasihatkan buat diri Xiet dan rakan pembaca sekalian, kalau kita nak bermaaf – maafan tu, biarlah ikhlas. Jangan menangis sampai banjir, meratap – ratap, lepas tu keesokan harinya buat salah balik. Menugmpat mencaci balik. Tak baik macam tu. Tak sunnah langsung. Khurafat adalah. Hehe...
Lepastu, tolongla bergembira di hari raya. Sebab ia memang hari untuk bergembira. Jangan lah pergi kat rumah orang, Tanya tentang hal kematian ahli keluarga yang ada. Ini kisah benar! Dalam banyak – banyak topic, Xiet tak faham kenapa mesti tiap kali raya dok mengenang orang yang dah bertahun – tahun meninggal dunia...
Bab memberi duit raya tu, kalau ikut Ibn Hajar Asqalani di dalam kitab fathul bari, ianya sunnah dan terletak di bawah kaedah memberi kegembiraan kepada ahli keluarga yang telah berpuasa. Namun, pendekatan duit raya tu sendiri mestilah betul. Skop sedekah tu bukanlah untuk kanak – kanak sahaja. Itu dah menyamai tradisi masyarakat cina... Sedekah lah kepada mereka yang lebih memerlukan... (pasni Xiet boleh la dapat duit raya kan kan kan?)
Bab menziarah kubur, kalau mengikut sebahagian ulama, mereka mengatakan bahawa itu bukan sekadar tak sunnah, malahan bertentangan dengan syariat raya itu sendiri, iaitu untuk kegembiraan dan keseronokan... Malah, ia bertentangan dengan amalan nabi dan para sahabat...Baginda tidak meletakkan ziarah kubur sebagai salah satu tentative pagi raya!
Xiet Enigma
SSU11/37
29 Ramadhan 1431