sign in

February 23, 2011

Manusia toxic, manusia nutritious (*__*)

Pelik bebenor tajuk ni. Macam ubat pulak bunyiknya.

Pagi tadi on the way to UM dengar IKIM... punyelah dah lama tak dengar Ikim. HEHE...Tiba2 tergerak pulak nak pasang radio tu (padahal semua lagu kat stesen lain tak best time tuh)...

Pastu dengar pulak satu ceramah daripada sorang Dr. ni. Tapi tak ingat pulak namanya... Lepas tu termelekat pulak nak dengar ceramah tu sampai habis...

Apa yang sempat Xiet dengar adalah, lebih kurang maksudnya, jangan lah kita menjadi manusia toksik. Membuatkan orang tak selesa dengan kita kerana niat dan perilaku kita yang tidak baik kepada orang lain. Membuatkan orang rasa menyampah dengan kita kerana sikap kita sendiri... [tambah sendiri: buat orang sakit hati dengan kita, macam toksid la, buat orang sakit ye tak]
gambar ihsan : cikguisza

Jadilah manusia nutritious. Macam supplement, memberi kebaikan kepada orang lain. Membuatkan orang yang bersama kita berasa selesa dan gembira berada di sisi kita. Jadilah insan yang ikhlas melakukan apa jua pekerjaan, tanpa mengharap balasan walaupun sekadar pujian...
gambo ihsan: Q fashion

Mentang2 penceramah tu Doktor, analogi yg dia guna pun dah macam nak bagi prescription kat patient dah. Tapi takpe, I like. Hehe...

*************************

P/S: Jangan main politik kotor. Tak sihat untuk kehidupan sendiri dan orang lain. Kalau nak kerja, kerja betul2, jangan bodek2 dan kipas2 boss... Kalau jadi boss, jadilah boss yang baik, yang melihat staff2 nya berdasarkan kualiti kerja, tanpa bias kepada perkara2 personal...Kalau nak belajar, belajar betul2, fokus. jangan carik musuh, jangan carik pasal... Di mana saja kita berada, biarlah kita mengumpul kawan, bukan lawan...

Tapi nak berkawan biarlah betul caranya... tak perlu make up stories untuk nampak kita hebat. tak perlu memburuk2kan / kenakan orang lain supaya kita lebih daripada orang lain... kita ingat bila kita nampak hebat orang akan suka? TAK... Orang akan suka kalau kita ikhlas. Ikhlas menjadi diri sendiri, ikhlas menjadi seorang sahabat....

Jadi kawan biarlah yang tahu menegur kesilapan kawan dihadapannya, bukan mencari salah dibelakangnya...

Tak baik sabotaj orang.... hidup ini macam roda OK... satu masa kau kat atas, tapi karang2 kau jatuh bawah, macam mana kau? - Xiet tak berani, sebab takut kalau jatuh tersungkur nanti terpaksa menjilat semula apa yg dah diludah ke tanah.... =)

Kepada kawan2: Jom jadi manusia nutritious! katakan taknak kepada manusia toksid! busuk!!!!

4 comments:

  1. nape terase macam i ni manusia toxic? ;p

    ReplyDelete
  2. i rs u bukan manusia toxic...tp busuk! Hahahaha... =)

    ReplyDelete
  3. naseb baek busuk, bukan tengik ;p kehkehkeh

    ReplyDelete
  4. Prof Muhaya tu Xie. On air every wed. Dia pakar mata.very inspiring talk as always.

    ReplyDelete

voice