sign in

February 13, 2009

Mengharungi Fear-Factor (",)



Semua orang ada fear-factor. Ada yang takut pada ketingian (gayat), ada pula yang fobia pada ular. Tak mengapa kalau apa yang kita fobia tak melibatkan rutine harian kita. Tapi macam mana kalau kerjaya kita memerlukan kita menghadapi apa yang kita fobia?

Dalam hidup, ada beberapa perkara yang Xiet fobia (aku ni pengecut kot. Hehe). Pertama, Xiet takut api dan letupan. Sejak terperangkap di dalam kepungan api yang marak di tingkat 15 sebuah apartmen 3 tahun yang lalu, Xiet jadi agak fobia dengan api. Sejak tu Xiet tak pernah tukar tombol/kepala gas. Kalau nak masak, kalau 3 ke 4 kali try on api tapi tak boleh, Xiet akan suruh orang lain sebab takut bila once ada api, dia akan menyambar.

Perkara kedua yang Xiet takut adalah darah yang banyak. Xiet mula sedar tentang ni masa praktikal di MINT 3 tahun yang lalu. Masa tu kena proses sampel darah patient. Mula – mula OK je. Tapi lama – lama tengok darah yang banyak, Xiet jadi pening. Ingatkan pening sebab berdiri lama ke apa. Tapi lepastu, makin lama makin tak rasa kaki sendiri. Sampailah supervisor perasan muka Xiet masa tu dah pucat lesi… Hehe

Tapi, bila jadi saintis, kita ,memang tak boleh elakkan daripada menggunakan barang – barang yang mudah terbakar/sensitive. Mula – mula dulu, agak stres juga sebab Xiet terlalu peka. Bunyi lain macam sikit je atau keluar asap sikit je dari autoclave, X iet la orang pertama yang perasan. Tapi lama – lama Alhamdulillah ok sikit. (At least mendidik Xiet menjadi saintis yang peka. Haha. Cover line)

Tapi yang paling Xiet tak sanggup nak hadapi adalah bila Xiet kena handle experiment yang menggunakan sample darah. Bukan sikit, tapi adalah dalam 10 liter darah sepanjang eksperimen! Mula – mula ambil fresh blood, memang dah buat muka. Tapi Alhamdulillah boleh tahan. Tapi harini nak kena korek – korek darah tu, transfer ke dalam flask dan macam – macam lagilah. Xiet ingat pada mulanya Xiet tak Berjaya lakukan. Tapi Xiet teringat kata – kata seseorang tak lama dulu.

“It takes time to realize what you afraid of… you have to face your fear-factor… If you really want it, you’ll find a way”_ Mr. Fussy. (hehe. Jgn marah)

Jadi, Xiet cuba juga kuatkan semangat. Memang bila buka je container, bau darah menusuk hidung and terus rasa nak muntah.

Mula – mula memang agak terkedek – kedek jugaklah. Lama – lama, Alhamdulillah Xiet dah boleh pegang blood clot guna tangan. Ahirnya Xiet Berjaya juga siapkan kerja tu (baru half way dan baru 1 liter, ada lebih kurang 9 liter lagi… warghhh)

Sekarang, Xiet boleh duduk depan laptop and menulis untuk blog. Tapi memang tak nafikan sampai sekarang Xiet rasa pening dan mual. (macam orang pregnant pulak. Hehe)

Saintis PoYo... ('',) - Alamak, bersepah nya Lab!

Vampire!

Pengajaran;

Apa je yang kita lalui dalam hidup, kita mungkin akan hadapi situasi yang kita tak ingini. Situasi tersebut mungkin menakutkan, menyakitkan atau menyesakkan kita. Tapi jika itulah pilihan yang kita ada, anggaplah ianya sebagai dugaan dari yang Maha Esa. Hadapilah ianya dengan sabar dan cekal. Kerana once kita Berjaya memulakan langkah pertama, insyaAllah kita akan Berjaya menghadapi kesukaran tersebut. Bukan bermakna dugaan tersebut menjadi mudah untuk kita. Tapi mungkin ia menunjukkan kita semakin kuat dan tabah. Banyakkan berdoa agar Allah permudah urusan kita.

“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” Al- Insyirah, 94:6

2 comments:

  1. haha...zua pun dulu penah ada prob gak.. tersangat takut guna autoclave. sebab takut kalu dia meletup..ye la..pressure dia kan tinggi gler.. klu nak guna autoclave , mesti kene mintak kawan temankan kt lab..haha.
    bulan 8 ni, zua nak kene conduct student zua form 4 utk bedah katak..aduh..zua mmg takut ngan katak..xtau la cmner nnti..

    p/s: zua gak fobia ngan dentist. rasa nk mati bila duduk atas kerusi klinik gigi.erkk. :|

    ReplyDelete
  2. ala... ingtkn nk minum darah tu mcm lam fear-factor...

    ReplyDelete

voice