sign in

April 17, 2009

Belajar Mandarin...



Bermula bulan Februari yang lalu, setiap Rabu malam, Xiet akan menghadiri satu kelas Mandarin di Setiawangsa. Lao Shi nya adalah seorang pemuda yang poyo dan garang, bekas student MMU (opppsss.... tak boleh kutuk. kena hormat cikgu. Tui bu qi loa shi...hehe)

Banyak pengalaman yang Xiet perolehi daripada kelas tersebut. Selain dapat mempelajari ilmu baru, Xiet juga dapat memahami sedikit sebanyak tentang culture masyarakat cina di Malaysia. Lao Shi pun banyak cerita tentang pengalaman beliau sepanjang sesi persekolahannya di sekolah cina (dari tadika hingga sekolah menengah)... Patut muka dia pun dah macam ala - ala Jawa-China. hehe...

Terdapat satu pengalaman yang amat berharga telah Xiet perolehi daripada kelas tersebut; iaitu bagaimana susahnya untuk mempelajari sebutan yang betul. Tengok orang cina cakap cina nampak senangje (memanglah, bahasa ibunda dorang).... Tapi bila kita sendiri yang cuba bercakap, huh... memang naik tergeliat lidah...

Kelas pertama memang paling mencabar! Hampir putus asa jadinya bila hampir kesemua sebutan kami semuanya salah. Lao Shi apa lagi, bantai gelak kat kitorang. (Apa lah yang lawak sangat dengar sebutan kitorang yang salah tu)...

Kini (setelah lebih kurang 2 bulan belajar), banyak yang telah kami improve (yeke? harap - harap lao shi tak baca blog ni. hehe)...

Namun, satu pengajaran yang Xiet nak cuba kongsikan kepada rakan pembaca semua adalah;
Bukan mudah untuk mempelajari dan mempraktik bahasa yang asing daripada lidah dan budaya hidup kita...

Selama ini, mungkin ada dikalangan kita yang selalu memperlekeh bila muallaf membaca Al-qur'an dengan tidak fasih, atau tajwid yang tunggang terbalik.

Memang Xiet sendiri pernah dengar cerita di mana seorang pakcik menegur seorang mu'allaf yang giat berdakwah;

"Awak ni bukannya ahli agama. Baca Al - Qur'an pun tak betul. Ilmu pun tak cukup, lagi nak berdakwah. Boleh jadi apa yang awak dakwahkan tu pun tak betul. Awak patut pergi balik, belajar mengaji sampai betul dulu. Dan jangan memandai nak buat kerja ulama'"

Mungkin ada pula dikalangan para pendidik yang tak sabar, selalu memarahi mu'allaf yang membaca Al-Qur'an dengan tajwid yang salah, mengatakan bahawa setiap bacaan yang salah akan mengundang dosa besar!

Bagi yang mempunyai pemikiran sedemikian, cubalah anda bayangkan anda berada di tempat mereka. Adakah anda rasa mudah untuk mempelajari Bahasa Arab atau Al-Qur'an dengan lidah anda yang sudah sebati dengan Bahasa Mandarin atau Tamil atau apa sahaja bahasa dunia?

Percayalah, ianya bukan mudah!

Dan ingatlah, Allah tidak melihat pada hasil. Yang penting usaha kita. Kalau dah memang dia tak boleh nak sebut 'Ro' atau 'Zai' dengan betul, atau dengungannya sengau semacam, tapi kalau itu sahaja yang termampu dilakukan, maka itu sudah memadai.

“Permudahkan, jangan kamu susahkan.”

(Bukhari, Muslim)

“Allah intends for you ease, and He does not want to make things difficult for you."

(Al-Baqarah 2:185)


Xiet_Enigma

170409; 0933am

UM

3 comments:

  1. You nightmare come true, saya datang baca blog ni hahah.

    A very good post...bila relate dengan pengalaman mualaf dan cara kita pandang sebelah mata sebab sebutan mereka tak berapa tepat. Kita nak compare mereka dengan diri kita yang belajar tajwid dari kecik. Tu yang kes tergeliat lidah sebut salah surah pun jadi heboh. Pos yang sungguh menginsafkan.

    p/s: Tapi saya masih nak gelakkan korang kalau salah baca hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha
    tu dia...Lao Shi nya bukan saja datang, malah siap bg komen lagi.hehe

    ReplyDelete
  3. laa... abang faisal ni ke..

    igt spe la lao shi dia...

    dunia ni x de la bsr sgt enn.. huhuhu

    ReplyDelete

voice