sign in

March 24, 2011

Penyambung Ukhuwwah

best friends masa sekolah dulu...Alhamdulillah sampai sekarang masih xputus hubungan even dah jarang bertemu

Salam alaik,
Masa zaman sekolah dulu, adakah korang tergolong dalam kategori budak2 nerd yang pakai spec tebal2 bawak buku ke hulu ke hilir and sentiasa makan bekal yang emak buatkan?

Or

Tergolong dalam kategori budak2 gediks yang suke usha-usha cikgu or ustaz/ustazah muda, and tak berminat nak belajar sangat, pergi sekolah untuk bergossip and mencarik publisiti murahan... Takpun suka carik gadoh dengan orang2 yang korang rasa boleh threat kefemesan korang (yang korang rasa korang femes sangat)

Or

Jenis yang biasa2 je. Yang belajar betul2, tapi dalam masa yang sama pun enjoy jugak dengan zaman remaja korang...

Xiet? Entahlah... maybe tergolong dalam golongan pelajar pintar dan cerdas lagi cergas, di mana semua chekgu menyukai saya dan semua orang ingin berkawan dengan saya! 

--Sekali ada bantal terbang ke kepala--- Tipu, tipu, tipu!

Taklah, sebenarnya Xiet ni murid biasa2 je. Tak femes sangat, tapi takla takde kawan langsung pun... Tak pandai sangat, tapi tak la bodoh sangat pun... Senang citer, BIASA-BIASA SAJE! ok!

OK, apa-apapun, rasanya setiap orang mesti ada pengalaman yang sama masa sekolah/kolej dulu;
1) Ada kawan baik
2)Ada secret admirer / or tak pun kita yang minat orang. Hehehe
3)Ada jugak orang tak suke dengan kita due tu various reasons, yang kekadang reason tu tak masuk akal pun. Maklumlah, budak sekolah.... Entah pape...

Maca mana pun, mungkin tak semua orang mahu berjumpa dengan kawan lama dulu. Mungkin ada beberapa perbuatan mereka yang mengguris hati, mungkin menyusahkan kita dulu, mengganggu konsentrasi kita masa belajar dulu....Mungkin kerana cemburu, hidup kita masa di sekolah/kolej dulu tak berapa best sangat...Dek kerana cemburu, kawan baik sendiri menjadi gunting dalam lipatan...(Tu la, sapa suruh korang pandai sangat, cantik, dan aktif ko-kurikulum. cuba contohi aku, Biasa-biasa je. Kan takde orang cemburu.Hehehe)

Ataupun

Mungkin ada di antara kita yang tercari-cari beberapa nama yang satu masa dulu setia bersama kita sepanjang masa di sekolah, berkongsi suka dan duka bersama, tetapi hilang begitu saja sebaik meninggalkan alam persekolahan/kolej...

Penyambung ukhuwwah?
Ye, alangkah baiknya kalau kita boleh melupakan apa sahaja keburukan, kejahatan dan kesusahan yang dilemparkan kepada kita suatu masa dahulu. Lantas menerima semuanya dengan redha, dan menukarkan permusuhan menjadi persaudaraan?

Alangkah indahnya jika kita mampu berjumpa dengan sahabat2 lama yang dulu bersama2 dengan kita ketika susah dan senang... Dan menyambung semula ukhuwah yang terhenti seketika...

Alangkah indahnya...
Kalau kau kuat, tentu kau lah orang yang beruntung... Kaulah orang yang bersih hatinya...

 Nabi saw bersabda : Maukah kalian aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia dan diakhirat? Memberi maaf orang yang mendzalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu” (HR. Baihaqi)

Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan” (H.R. Bukhari-Muslim).

“Maukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada salat dan saum?” Sahabat menjawab, “Tentu saja!” Rasulullah pun kemudian menjelaskan, “Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjembatani berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal saleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan” (H.R. Bukhari-Muslim).

Allahuakbar, Allahuakbar... Betapa tingginya tempat orang2 yang menjaga ukhuwwah...

P/S: Dulu kan zaman kecik2 lagi, tak matang lagi... Takkan sekarang masih nak macam dulu ye tak? (0_0)

P/S/S: Ada orang pandang enteng terhadap keutuhan ukhuwwah dan kesatuan ummah... Tapi tahukah orang-orang tersebut bahawa utuhnya bangsa adalah dengan kuatnya ukhuwwah... Dan kesatuan ummah lah yang menyelamatkan ummat islam?

No comments:

Post a Comment

voice