sign in

March 18, 2011

Petua Cikgu Bio

Wahai cik adik dan kakak yang masih dara di luar sanun, nak tanya...kalau korang nk screen mamat2 sekelian untuk dibuat pasangan, part mana korang screen dulu?

Part muka ke, part perangai ke, part al-fulusnya ke....

Kalau ada mamat2 di luar sanun nak berkenalan dengan cik adik sekalian, apa kriteria yang cik adik sekalian lihat dahulu? apa soklan pertama cik adik sekalian nak tanya ekk?

Teringat masa sekolah dulu, cikgu bio pernah bagi satu petua,
'besok besar kalau ada lelaki mengorat kamu, soklan pertama kamu perlu tanya adalah you punya family ada penyakit genetik tak?'

Haha... Mesti lecturer genetik ku masa undergrad dulu bersetuju. Tak sia2 belajar genetik 3 yrs kan kan? (Yeke, dulu masa suami ngorat tak pulak ku tanya soklan mcmni? Ilmu tak amal...Haha, kau jawab kau jawab)

Actually, mengetahui salasilah family memang penting untuk mengelakkan apa2 penyakit genetik terhadap zuriat, especially penyakit yang bahaya...Ataupun sebagai langkah persediaan awal sekiranya mengetahui terdapat di kalangan ahli keluarga mempunyai penyakit keturunan. Sebab kalau dah terjadi, ia bukan mudah untuk diuruskan dan dihadapi di kemudian hari... Kau tengok Bersamamu kan? Kau pikirlah sendiri...

Tapi kena faham, tak semua penyakit tu adalah penyakit genetik atau istilah biasanya penyakit keturunan... Kena tahu jugak yang mana penyakit keturunan, yang mana penyakit akibat carik sndiri, yang mana penyakit yang memang special (mutasi), atau penyakit pandemic... Jangan pulak semua orang kau reject semata-mata ada antara family members yg berpenyakit, tak kisah penyakit apa... kang membujang pulak sampai ke tua..Uhuk uhuk...

Kalau kita tengok dalam agama Islam sendiri, tak digalakkan berkahwin sesama relatives, atau istilah genetiknya in breeding. Sebab? Sebab, kalau family kita ada penyakit keturunan, genes tu akan berlegar2 dikalangan kita dan high possibility untuk keturunan kita mengalami penyakit keturunan tersebut...Ada kaum yang pupus disebabkan mereka mengamalkan in breeding... tapi dah lupa kaum apa, dulu belajar dalam human cytogenetics...Ah, google la sendiri kalau mau tau lanjut okie?_ tp ia bukanla haram OK.

Tapi, agak2 korang la kan, sampai hati ke korang nk tanya soklan cepu emas tu kepada orang yang korang dah syok... Ye la, dibuatnya memang ada dalam keturunan dia berpenyakit keturunan, ada sanggup ke mau pisah? Kuikuikui...

Any how, jodoh ketentuan tu kan di tangan Allah. Ye tak? And macam mana jenis jodoh kita tu, bergantung jugakla kepada macam mana lifestyle dan usaha kita jugak kan... (biasanya lah)...Begitu jugak, macam mana rupa fizikal dan mental zuriat kita tu pun semuanya di tangan Allah... 

And ku yakin sume orang familiar dengan hadith di bawah ni, especially bila datang masa nak mencarik jodoh...
"Wanita dinikahi karena empat faktor. Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan karena agamanya. Maka, menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung"
Hadith dari Abu Hurairah...

Jadi apa lagi, selamat memilih pasangan yang soleh/ah dan sihat fizikal mental, supaya baka2 nya semua sihat2 belaka, insyaAllah...

**************
Genetik ni bukan sekadar untuk menentukan penyakit... Tapi harus diingat, setiap anak mencedok 50% daripada genes ibu dan ayah (50/50 : ibu/ayah)... So setiap inci tubuh badan yang terbentuk pada diri kita, ada kaitan ngan mak bapak kita... TAK CAYE? 

Kau tengok ni betol2...

Sebelum ada anak lagi ku dah bajet mata anak kami akan mirip daddy nya. Dominan sehhh 

Gambar anuar ketika 6 tahun...

3 comments:

  1. yaaa...
    maksudnya muka aaron mmg muka anuar..
    bkn najmi.
    (hehe..hari tu nmpk cam najmi..tp tgk anuar kecik2 rupanya sama ja muka depa.)

    ReplyDelete
  2. alamak! baca entry ni rasa macam hendak komen panjang! this is undoubtedly true kak. i was doing thalassemia punya research few years back, and this issue is actually quite sentimental. huhu.. tapi itulah... jodoh itu kan rahasya Tuhan..

    ReplyDelete
  3. kelakarnya.. sebijik muka aaron ngan anuar :D

    camne la versi anak shuq nanti ni. hahaha..

    ReplyDelete

voice