Nominal muslim = muslim pada nama... Apa tu? mazhab baru ke?
Eh, tak tak. Nominal muslim ni maksudnya muslim yang hanya pada nama je. Ayat mudahnya orang islam yang tak berapa nak praktis islam laaa... Biasanya banyak berlaku kepada orang islam yang memang lahir dalam family islam. Macam orang melayu ke? Aaaa lebih kurang laaa... Tapi ada berlaku juga kepada muallaf yang mungkin tidak mempelajari islam dan tidak mempraktis islam.
OK, so ada apa dengan istilah nominal muslim tu?
Berapa hari yang lepas, Xiet berjumpa seorang sister yang baru beberapa tahun bergelar muslimah. Pada awalnya sister ni ajak jumpa sebab nak minta Xiet menjelaskan beberapa kekusutan di hatinya tentang beberapa isu kekeliruan di dalam perihal agama. Tapi biasalah, women will be women, kalau dah jumpa tu, banyak la cerita tak tersenarai dalam minit mesyuarat telah kami bualkan =)
Before pulang, sister tu ada cakap yang dia sangat bersyukur sebab dapat jumpa Xiet haritu kerana dapat berkongsi pendapat dan ilmu. Tapi sebenarnya, Xiet bersyukur sebab Xiet yang banyak belajar dari sister tu. Banyak sangat!
One of the thing yang I still remember yg sister tu cakap is, " Kebanyakan muslim tidak mensyukuri nikmat terbesar mereka - Islam. Mereka sering menganggap mereka sudah bagus, dan surely will enter paradise! Tapi mereka tak sedar yang kelalaian mereka kadangkala boleh menjatuhkan iman mereka, dan lebih parah boleh menjatuhkan aqidah mereka. Jika aqidah sudah tergelincir, apakah dia masih Islam, apakah dia masih selamat dan masih akan masuk syurga?"
"Mungkin kelalaian boleh menggugat aqidah. Tapi satu perkara yang lebih bahaya dan mampu menggugat aqidah adalah keegoan. Riak! Riak menjadi muslim, riak dengan keimanan sendiri, riak dengan apa yang Allah anugerahkan kepada mereka. Sedangkan mereka tidak merasai bagaimana rasanya jika mereka tidak mengenal Islam, bagaimana sukarnya untuk mencari kebenaran tersebut, bagaimana kuatnya usaha yang perlu dilakukan untuk jatuh cinta kepada agama tersebut... Mereka telah lahir dalam keluarga islam, maka apa yang perlu mereka riakkan sangat?"
"Dan mungkin kerena itulah orang2 yang macam kami, yang mengenal Islam atas hasil usaha sendiri, yang mendapat hidayah dari Allah ni, kami lebih mensyukuri nikmat ini dan begitu ingin mengenal dan memahami agama ini supaya kami dapat mempertahankan aqidah kami.agar kami dapat hidup dan mati di dalam agama ini" _Ayat ni Xiet tukar2 bagi skema sket la sbb mau masuk belog. Tapi contentnya sama (^_*)
Subhanallah!
Mari kita cek status iman dan amal kita, supaya kita sentiasa berada di dalam landasan yang betul di dalam menuju syurga abadi...
Mari kita cek status iman dan amal kita, supaya kita sentiasa berada di dalam landasan yang betul di dalam menuju syurga abadi...
Moga2 kita semua sentiasa di bawah rahmat dan redha Allah.
P/S: Sis nanti balik Malaysia mau jumpa OK! jangan lupa sebenir nya yaaa! Hehe
No comments:
Post a Comment
voice