sign in

August 22, 2011

Hayya bil 'arabiyyah @ TV Al-hijrah

Cube baca tajuk tu mengikut lagu tema hayya bil 'arabiyyah dalam radio IKIM.FM. Hehehe...

Do you know about one new islamic channel named TV AL-Hijrah? Xiet dapat siaran tv ni a few months ago but the coverage was very bad. Tapi sekarang dah cantik dah...

I should give pujian to those yang mengusahakan dan menjayakan siaran ni. Why? Sebab ia adalah satu alternatif channel yang sangat bagus. Banyak memaparkan cerita-cerita bercorak pendidikan samada secara direct atau indirect, terutamanya pendidikan agama Islam. Lagi-lagilah bulan Ramadhan sekarang ni kan. Banyak la kuliah2 ilmu disiarkan. 

Sejak mengikuti siaran tv Al-Hijrah ni, Xiet perasan pemilihan drama2 dan filem2 nya lebih universal. Ada beberapa cerita yang ditayangkan datang dari negara timur tengah. Ada juga dari negara sempadan, mengisahkan kehidupan masyarakat Islam di sana. After all, all the dramas are worth watching. Pendek kata, dapatlah kita tonton cerita2 yang luar dari kebiasaan kita. Dapat juga belajar cultures mereka. Sungguh umatnya Islam, tapi cara hidupnya, culturenya berbeza. Menarik!

Cerita2 bersifat discovery pun banyak. Antaranya tentang siri The Sign of The Creator by Harun Yahya, tentang sejarah saintis2 muslim, dan macam-macam lagi lah...

Paling Xiet suka, ada banyak cartoon yang bersifat mendidik seperti cerita tentang kisah2 nabi dan surah2 di dalam Al-Quran. Sesuai untuk kanak2 macam Aaron Houdd. Mostly in English pulak tu. Terbaekkk!

And ada satu perkara yang best untuk diri Xiet sendiri, iaitu boleh sharpen Arabic. Ada beberapa siaran memang dalam Bahasa Arab. Sangat lah sesuai untuk otak Xiet yang dah berkarat ni belajar balik bahasa Al-Quran tu.

Masa sekolah menengah dulu Xiet boleh faham dan bertutur sikit2 dalam bahasa Arab. Cuma Bahasa Arab skema la (fushah). Bukan bahasa pasar ('ammi). Yelah, belajar kat sekolah pun kan Bahasa Arab fushah. Dulu masa sekolah biasalah budak2 suka hafal karangan kan. Tapi Xiet tak suka hafal. Kalau exam, perah la otak sampai kecut untuk buat karangan sendiri. Tak kisah la kelam kabut pun, tapi Xiet suka buat sendiri supaya boleh meningkatkan bahasa itu sendiri. Walaupon mungkin hasilnya, Xiet tidak mendapat sebuah karangan yang baik. Namun Alhamdulillah, masa SMA form 4 pun result tak mengecewakan. Dapatlah Jayyid jiddan. Lagi beberapa peratus sahaja nak Mumtaz, dan oleh kerana pada batch tersebut tiada pelajar yang mendapat Mumtaz, maka Xiet telah menjadi antara top 5 di dalam sekolah pada tahun itu.

Lepastu masuk U, ambil bidang Sains kan. Confrim2 la tak de sepatah perkataan pun menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa perantaraan. Time tu masih menebal lagi kecintaan dalam Bahasa Arab. Time tu masih boleh dengar Mona Jasman (Ikim.Fm) membebel2 dalam Bahasa Arab. 

Tapi lama kelamaan bila dah tak praktis, makin luput la skill memahami and bertutur dalam bahasa tu. Yelah, macam bahasa lain jugak, B.Inggeris misalnya. Kalau lama tak cakap kan bila nak cakap tu mula la kurang confident. Vocab pun lari entah ke mana...

Terakhir Xiet test power adalah hujung tahun 2009, masa tu Yusuf Qardawi datang Masjid Negeri. Masa tu Xiet pregnant Aaron Houdd 6-7 bulan. Memang ada translator tapi Xiet berusaha untuk faham direct dari beliau. Herm... memang rasa berkarat la time tu sebab dah tak dapat faham semua. Dapat faham sebahagian aje.

Sekarangni, dah semakin jarang sangat membaca, mendengar atau bertutur dalam Bahasa Arab. Paling2 pun time recite Al-Quran and hadith je. Tu pun, kebanyakan hadith dah senang dah. Ada translation english or malay lagi...So tinggal time baca quran je lah. 

Perkara paling Xiet suka tentang arabic ni adalah memudahkan penghayatan ketika solat dan membaca quran. Memang satu bonus yang tak ternilai harganya! Bila baca quran tak payah la sikit2 tengok translation. Dulu boleh la, sekarang ni sayangnya dah tak macam dulu. Masa terawih pun sedih je sebab sekarangni secara keseluruhan, Xiet hanya boleh faham dalam 20-30% je kalau Imam baca ayat2 yang Xiet tak familiar and tak hafal. Teruk kan?!

So sekarangni memang perasaan nak belajar balik bahasa arab sangat menebal. Lagi2 bak kata hubby, kena prepare la kalau kena lepak 'sana' lama-lama, kenala tau bahasa depa. Takla rasa susah sangat. Huhuhu...

Xiet bercita-cita nak ajar Aaron Houdd Bahasa Arab jugak. Tak rugi. Kalau kita boleh belajar Spanish, French, Mandarin, Korea, etc... So why not bahasa yang boleh menambah kefahaman kita di dalam mempelajari Al-Quran, dan juga membantu menambah kekhusyukan di dalam solat... Kan?

No comments:

Post a Comment

voice