sign in

January 15, 2009

Bayaran seorang isteri

Kadang – kadang aku terfikir kenapa aku berkahwin? Lebih – lebih lagi di kala hidup dilanda dugaan, terkenang soalan – soalan lazim yang sering bertandang – best ke kahwin kak? Atau – awak dah kahwin senang la, makan pakai ada orang sponsor… Bla..Bla..Bla…

Ketahuilah sesungguhnya, itu hanyalah persepsi yang amat tipikal; Kahwin best - Ada orang jaga - makan pakai ada orang sponsor…

Kebenarannya, hanya yang sudah bergelar isteri sahaja yang mengetahui.. hehe…

Bagi aku, hidup ini kalau semuanya indah, maka ia adalah fantasi. Kalau semuanya bala, maka itu adalah nafsu yang sering melingkar di dalam hati, yang tidak pernah kenal erti syukur kepada Ilahi.

Sememangnya status isteri tempatnya tinggi dan mulia. Kerana itu ia datang bersama tanggungjawab yang setimpal dengan tempatnya. Tempat seorang isteri bukanlah di bawah seorang suami, tetapi di sisi suaminya.

Di kala suami lalai dan alpa, isteri lah penasihat dan pengingat. Di kala suami sedih, isteri adalah pendorong. Di kala suami lemah dan berasa putus asa, isterilah tempat berpaut dan berharap. Isteri perlu tabah, kuat dan cekal.

Sokongan moral dan fizikal datang selari. Di kala suami berpergian, isteri adalah penjaga rumah dan harta. Seiring suami, isteri adalah penjaga maruah keluarga. Di kala suami berkehendak, isteri menyediakan dan mempersiapkan. Terutamanya bagi wanita bekerjaya, memang bukan mudah untuk menyeimbangkan tanggungjawab di rumah dan di luar rumah. Tidak mudah juga untuk meneutralkan emosi, terutamanya di kala pelbagai masalah mengundang.

Jujurnya, kadang – kadang aku juga menangis.

Macam mana penat, marah, sakit, kecewa dan sedih, tanggungjawab sebagai seorang isteri tidak boleh diabaikan. Ye, tanggungjawab!

Terdapat sebilangan isteri yang tidak bernasib baik, dikurniakan suami yang tidak menghargai mereka. Suami sering mengharap isteri memberikan lebih lagi… Suami seakan – akan lupa bahawa isteri juga adalah manusia biasa yang tidak sempurna, sama seperti suami.

Redha. Itulah kunci kebahagiaan seorang isteri. Ikhlas. Itulah mentera semangat seorang isteri. Pahala. Itulah bayaran yang diperolehi oleh seorang isteri yang redha.
*******
Bagi persepsi lazim yang menggambarkan bahawa adalah lebih mudah hidup sebagai suami isteri, jawapan aku, ianya akan menjadi lebih mudah dan berbaloi jika wujud persefahaman dan kasih sayang antara kedua-dua belah pihak. Dan semuanya akan menjadi indah jika agama diletakkan di tempat yang tertinggi. Maka, pilihlah pasangan yang sesuai dengan kehendak syara'.

Dan bagi mereka yang masih bujang dan masih aktif dengan gerak kerja islam, janganlah kau mencipta banyak alasan dan menjauhkan diri daripada gerak kerja dan majlis ilmu. Nikmatilah setiap detik di dalam gerak kerja dan manfaatkanlah masa bersama sahabat kerana kelak sesudah berumah tangga, kau akan rasai satu dunia baru; Dunia yang sentiasa menagih keadilan masa dan perhatian daripada mu.

xiet_enigma
UM
15/01/2009

4 comments:

  1. Kdg2 ku juga x fhm,
    Pasangan Bila sebelum berkahwin semua cerita indah, angannya, impiannya, cintanya segalanya bahagia seperti dunia ini kempunyaannya..

    Pabila sesudah berkahwin, mmpunyai anak.. hidupnya kian kucar kacir, kerana mengejar kekayaan, wang, mata pencarian.. sehinggakan kebahagian hilang dlm rumah, rumah tidak lg menjadi tmpt stress-free, Hidup yg semakin tertekan.. sehingga sanggup kehilanggan sebuah keluarga.. jauh dr rumah.. humm apa yg ku merepek ni.. huhu~ kdg2 ku ingin memarahi mereka.. Apakah ini yang kau belajar apabila menjadi sebuah keluarga? mengejar sesuatu keselesaan yang tidak berpanjangan? sehingga kehilangan diri yg tidak lg berkasih syg?

    hurm.. Dunia Realiti yang kian berubah2.. Mgkin inilah cabaran bg manusia yg kurang beriman dan lupa pada tuhan yg memberikan segala-galanya.

    ReplyDelete
  2. camner plak klu berkawin ngan orang yang tak mampu untuk kita sayangi?? boleh ke redha walau hati x redha?
    macam mana plak klu kawin ngan org yg boleh heret kita jauh dr Tuhan?
    ~~kusut~~

    ReplyDelete
  3. to zua yg always jelita.. hak hak hak...

    erm...susah soklan tu. tapi for me... i wud say, kita belajar untuk redha... tugas kita usaha...and let Allah handle the rest... kalau kita gagal, kita cuba lagi...

    kawen ngn org yang heret kita jauh dr Tuhan... Kita ada free will utk choose utk tentukan hidup kita. kalau dia silap, kita betulkan. kalau dia taknak dengar, itu antara dia dengan Allah. tapi kalau dia ajak kita ke arah yg menjauhi Allah, kita lah yang kena jaga diri kita sendiri....Wallahua'lam =)

    ReplyDelete

voice